Pages

Sunday 22 May 2011

Petua menjadi cemerlang menurut Al-Quran

5 comments

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

Tuesday 17 May 2011

Rayuan Rindu

2 comments




mY heart is loving you, 
my heart is just for you,,
knowing you Allah 
i will try to get close to you,,

Let us find the way to know our God..
feel the torchers of hell-fire,,
think of pleasures paradise ,,
find the way to get Allah's love..

Carilah lmu mengenal Allah,
Tanamkan takut neraka Allah,,
Semaikan harap Syurga Allah,,
Carilah keredhaan Allah..

Saturday 14 May 2011

Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google

0 comments



UTUSAN BLOGGER (BUZZBLOGGER.COM)

Google Ingin Memadam Pengguna Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google
Mungkin semua sedia maklum yang mana Blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama. Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama.

Halawatul Iman

2 comments

Orang Mukmin itu memiliki keajaiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat ia akan bersyukur. Apabila ditimpa musibah dia akan mendapat hikmah. Semuanya dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat ''halawatul iman"  (kemanisan Iman). Kemanisan Iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran , perasaan dan kejiwaan,

" Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (world view) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakuan kita.. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimanannya kpd Allah) akan melihat segala yang berlaku dr sudut pandangan akidah (tauhidic mindset), lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya..Nilai ini akn mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorg Mukmin yang segala kelakuannya berpandukan Syariat dn akhlak Islamiah.."

Kemanisan Iman berkadar terus dengan kesempurnaan  iman dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman yang dirasai olehNYa..Oleh sebab itu, bukan semua orang yang mengakui beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata, ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan  perbuatan dan pengorbanan..

Justeru itu, sudah menjadi kewajipan manusia memburu kemanisan Iman. ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala2nya.. Bahkan jika disedari, pemburuan utk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dab kita pinta masuk ke dlm syurga juga dengan Iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan  segala2nya jika iman terasa pahit, pedih dan perit. Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya..

Apabila seseorang itu mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang itu dicintai oleh Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan  oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya..

wallahua'lam..

Thursday 12 May 2011

Suami Isteri yang tebaik..

3 comments
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...