Pages

Friday 27 July 2012

Solat Tarawikh

2 comments

Ingin mengetahui sejarah terawih??. Sejarah Terawih

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir. Penerangan lanjut Solat Sunat Tarawikh 

Perkongsian tentang Bilangan solat Tarawikh: 

" utamakanlah kualiti dari kuantiti tarawikh, sekiranya banyak namun keadaannya seperti train express beroperasi, kekhusyukkan dan penghayatan itu tidak wujud, maka tarawikh seperti tidak ada erti, walau kita melaksanakannya kerana kita hanya menganggapnya sebagai ia sbg satu kebiasaan yang wujud di bulan ramadhan.., namun jika kuantiti itu selari dengan kualiti tarawikh, maka itu lebih baik.. walau sedikit kuantitinya namun penghayatan itu ada, dan memberi kesan pada si pelaku itulah yang terbaik.."

- Kualiti itu yang perlu diutamakan.. 
lakukan dengan tenang, jangan  tergopoh-gapah.. Kita mampu mengubahnya.. :)


Kepada sesiapa yang menjadi bakal/pernah/berniat menjadi imam solat tarawikh.. anda lah yang memandu 'jemaah' dalam solat tarawikh ini, sama ada lagat spt train express atau dalam keadaan yang tenang . Jika anda solat bersendirian, andalah yang memandunya..


Sketsa ramadhan 
Lokasi : Surau Kg XXX

A : (mak cik kg XXX)
B : (anak dara yang baru menetap di kg XXX)


Setelah habis azan Isyak dilaungkan, maka B pun mulakan langkahnya untuk menunaikan solat sunat rawatib dengan menggunakan pakaian yang sedia ada. Si A juga turut bangun dan berdiri di sebelah si B sambil berbisik..

B : nak, kalau nak sembahyang, telekung ada di belakang sana. (sambil menuding jari ke arah rak pakaian itu dan matanya liar memandang diri si A dari kepala hingga ke kaki berulang2 kali)

Si A terkedu.. sambil berkata 

B: eh, tak pe mak cik, saya memang biasa solat pakai macam ni je ( B memakai tudung labuh, beserta t-shirt muslimah dan seluar slack hitam panjang, tidak lupa juga stokin tebal)..

Kini si A pula yang tergamam sambil memandang dari atas hingga ke bawah berulang2 kali semula.. seakan2 tidak biasa dengan fenomena ini..

* Pendedahan demi pendedahan perlu diketengahkan kepada masyarakat2 kampung, pedalaman, atau yang tidak biasa dengan fenomena seperti ini, dan kita perlu menyampaikan apa syarat sah dalam solat, bukan hanya memakai telekung sahaja yang menjadi syarat sah solat, bahkan apa sahaja pakaian yang menutup aurat itu dapat dibawa dalam sembahyang..
walaupun pandangan sebahagian dari kita melihat masalah fenomena ini biasa sahaja, namun masalah seperti ini perlu diambil berat juga.. 



Friday 20 July 2012

Ramadhan 2012

0 comments



Assalamualaikum w.b.t. semoga semua pembaca dan 
blogger sihat dengan hendaknya.
Di sini saya hendak kongsikan bersama anda satu lagu 
mengenai harapan kita dalam bulan ramadhan yang bakal tiba..


Zoom Out -Right click (open image new tab) 

Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Begitu bermakna lirik lagu ni, di dalam liriknya  penuh dengan harapan  kita terhadap Ramadhan ini,   DariNya kita datang, DariNya jua kita kembali.. :)

Saturday 7 July 2012

Perkongsian mengenai Akhlak

0 comments



‎" Perkongsian mengenai akhlak "

Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya ihya ulumuddin :
akhlak/budi pekerti ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul
dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan, sebagai penyataan dan keadaan jiwa seseorang.

Jadi, akhlak ini adalah tabiat, kebiasaan dan perangai yang menerbitkan amal usaha dengan mudah, tingkah laku, tutur kata, sikap dan kelakuan. Jika perangai itu mulia, maka akan terbit tingkah laku dan amal kebajikan yang baik dan sopan, tutur kata yang bagus dan sikap kelakuan yang menyenangkan, jika perangai itu buruk maka akan terbit tingkah laku yang sebaliknya.

*Bagaimanakah cara untuk memiliki akhlak yang mulia?
Akhlak yang baik perlu dipupuk dan dipelihara sehingga sebati dengan diri kita agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Ianya dapat disempurnakan melalui latihan, kebiasaan dan pergaulan.




 

1. perlu dipupuk dan dipelihara (untuk sebati dengan diri)
2. Perlu latihan berkali2 dan berterusan (untuk membiasakan akhlak itu)

Jika tidak dipupuk, maka akhlak tidak dapat sebati dengan diri,
Jika tidak ada latihan (latih tubi), ia tidak akan terbiasa dengan diri..

(sememangnya manusia itu tidak lari dari kesilapan, perubahan ke arah yang baik itu yang terbaik, tidak membuat apa-apa perubahan itu yang perlu dihindarkan)



sumber : Akhlak Pembentukan Keperibadian Muslim


Akhlak kepada Allah 

Kita mesti mengaku Allah itu sebagai Tuhan 
dan kepadaNya sahajalah kita sembah
dan kita redha pula apa yang Allah takdirkan kepada kita 
serta kita memiliki rasa hebat kepada Allah 
iaitu rasa berTuhan dan rasa kehambaan 
di mana sahaja kita berada




" Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan 
dalam neraca hamba pada hari kiamat kelak 
lebih daripada akhlak yang mulia "


Sunday 1 July 2012

Praktikal

4 comments

‎" Sesi Praktikal sudah bermula..
Pengalaman baru nk bertemu dengan masyarakat, dan berada di lapangan sebenar.. adakah teori sama dengan praktikal?
Adakah semua yang diperoleh dari buku dapat diaplikasi di medan sebenar?.."

- pengembaraan baru bermula, hasilnya?.. mudh2an memberi impak yang berguna dan memberi kesan baik pada diri dan orang lain.. InsyaAllah..

* Praktikal : Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...