Pages

Saturday 20 February 2016

Pos Box : Sesat!

0 comments




" Eh! Tersilap lah.."


Bissmillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum pembuka bicara, semoga semua pembaca sentiasa sihat hendaknya.
Kekadang kita merasakan hidup yang dilalui hari-hari terasa sukar dan tiada nokhtah pengakhiran. Tapi, kekadang kita terlupa untuk muhasabah kembali mengapa kita jadi begitu. Bila kita cuba imbau dan kenang kembali, rupanya kita sudah tersasar dari matlamat asal. Kita terlupa bahawa kita ini adalah seorang hamba yang perlu selalu bergantung dan dekat denganNya. Natijah keresahan yang kita rasai sekarang merupakan kesan dan rentetan dari tindakan kita yang semakin jauh dariNya. Ya! kita perlu akuinya.

Hari ni saya ingin berkongsi satu Perkongsian ilmu, mengenai Pos Box dan NIAT bagaimanakah kaitan antara keduanya.
Jika salah alamat yang ditulis salah jugalah destinasi yang dituju. 

Hatta tersilap no poskod, lain pula tempat yang dituju. Ataupun alamat tidak lengkap atau nama tersilap, apa akan jadi? Surat yang diutus akan sampai ke tangan yang salah, atau silap2x surat tu terbiar atau terbengkalai. Jika benar-benar penting perkara yang diutus dalam surat tu, maka tak sampailah ia pada orang yang berkenaan. 

Begitu juga dengan NIAT, apakah niat kita dalam melakukan sesuatu. Jika niat utama kita melakukan sesuatu begini, begini. Maka, itulah yang mendorong kita dalam mencapainya. Begitulah hasilnya. Tetapi, jika NIAT utama tidak jelas, atau terpesong niatnya. Maka, itu juga yang bakal kita peroleh.

* Nauzubillahminzalik!*


Misalnya, mengenai belajar. Jika kita belajar semata-mata untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan. Maka, itu yang bakal kita peroleh. Berbeza pula dengan NIAT kita nak belajar untuk kefahaman diri dan peningkatan iman dan ketaqwaan padaNya dan nak sampaikan pula manfaat ilmu itu kepada orang lain, serta lulus dengan cemerlang. Itu juga bakal kita peroleh. Kerna JanjiNya, apa yang kita minta itu yang akan Dia perkenankan. 

Dan kerana itu jugalah, kita sentiasa diperingkatkan agar sentiasa meletakkan pengharapan dan tawakkal yang tinggi padaNya dan menyerahkan segala urusan kehidupan kita padaNya juga. Meski kita sudah berusaha sehabis mungkin, rencana dan cita-cita Dia lah yang mengatasi segala rencana dan cita-cita makhluk. Ini dapat dibuktikan dengan maksud doa dalam al-mathurat, yang berbunyi :

" .... Kurniakanlah naunganMu kepada kami, keluarga dan anak2 kami serta sesiapa2 sahaja yang bersama2 kami. Janganlah engkau, Ya Allah biarkan nasib kami ditentukan Oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari Itu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau Tuhan Yang memperkenankan segala permintaan." 

Kita perlu serahkan segala-galaNya kepada Dia kembali. Pernahkah kita rasa stuck dalam melakukan sesuatu? Jika kita cuba muhasabah kembali niat utama kita melakukannya itu, pasti kita tersedar " Oh, niat aku ni mungkin silap." " Oh, memang ini sebenarnya yang aku niatkan tapi sebenarnya aku tak nak macam ni, kalau boleh nak lebih baik lagi." dan ungkapan2x yang seumpama dengannya. 

Setelah kita recheck diri. Maka tidak hairanlah kita, kita sering diajar agar selalu memperbaharui NIAT. Ya! tajdid niat kembali untuk kembali ke dalam 'track yang betul. Serta mengharapkan agar Dia yang mendorong semuanya tanpa membiarkan kita terkapai-kapai dalam menentukan urusan kehidupan kita ini sendirian. 

Aduh! Terseksa rasa, jika Dia tidak meredhai satupun amalan kebaikan yang kita lakukan selama ini disebabkan oleh NIAT yang salah. Bagaimana rasanya, jika seseorang melempar kain buruk ke muka kita? Hmm. *speechless* 

NIAT betul,
NIAT tepat,

Jika tersilap atau tersasar 


TAJDID Niat.
*perbaharuinya selalu*


#NIAT
By,
Me
20 Feb 2016
3.37 PM
Rumah TerChenta



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...