Pages

Saturday 24 August 2013

Taqlid

0 comments


image by google

- TAQLID -

" Jangan mengikut-ikut sesuatu yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Bahkan ikutilah sesuatu di dalam keadaan engkau mengetahui dan memahaminya. Janganlah kita menjadikan alasan, mengikuti sesuatu dek kerana orang yang lebih berilmu itu melakukannya dan kita juga jua melakukannya, sedangkan kita tidak benar2x memahami apa yang kita ikuti. Segala apa yang kita lakukan akan dipersoalkan dan perlu dipertanggungjawabkan di akhirat nanti, adakah ketika diri disoal dihadapan Yang Maha Esa kita akan menjawab begini ? 'aku hanya mengikut si polan bin si polan'. Kerana si polan melakukannya, aku juga turut melakukannya.

Alangkah malu rasanya, aqal yang Allah kurniakan fungsinya yang sebenar adalah untuk berfikir dengan sebaiknya. Mengapa kita tidak menggunakannya dengan berfikir sebaiknya? 

Bertepatan firman Allah s.w.t : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Surah al-Israa': 36)

Ayat di atas mengingatkan kita agar tidak beramal kecuali telah menguasai ilmunya. Disamping itu juga mendorong kita untuk memanfaatkan instrument pendengaran, penglihatan dan hati untuk menuntut ilmu. Kalau kita tidak memanfaatkannya maka kita akan celaka nanti ketika dimintai pertanggung-jawaban atas potensi yang diberikan Allah kepada kita itu. Apalagi Allah juga telah memberi peringatan kepada kita semua, bahwa orang yang tidak memanfaatkan pendengaran, penglihatan dan hatinya akan menjadi isi neraka Jahannam. Mereka dinilai Allah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi (Surah al-a'raaf : 179).

* Ikutlah sesuatu itu ilmu/pengetahuan/khabar dan lain-lain, dalam keadaan engkau memahaminya, bukan kerana mengikuti semata2x (taqlid buta). Segala2xnya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan.

Saturday 3 August 2013

Jiwa Merdeka

0 comments

Apakah kita benar-benar merasai kebebasan dalam hidup ini, atau masih banyak masaalah yang masih membelenggu kita? Zahirnya kita tidak terpenjara, tetapi tidak mustahil masih ramai yang terpenjara jiwanya oleh jiwa yang lain, atau terbelenggu oleh dirinya sendiri.
Bebaskan Jiwamu


   Saya teringat doa Rasulullah s.a.w. kepada kita, mafhumnya: “ Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah diri dan kemalasan,  dan aku berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan kebakhilan, dan aku berlindung kepda-Mu daripada cengkaman hutang dan pernindasan terhadap orang.”

   Nah! Inilah sangkar yang membelenggu kita, tanpa kita sedari. Dan jadilah kita sebagai manusia yang tidak bebas merdeka sebagai hamba Allah s.w.t.

   Bebaskan diri kita daripada perasaan sedih , sayu, pilu, resah, gelisah dan yang seumpamanya. Bangunlah jiwa yang positif, kawal lah perasaan negatif yang merosakkan hati dan jiwa kita. Melayan perasaan di atas tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kelemahan, kemerosotan dalam harga diri, kehilangan jati diri dan akhirnya kita tewas kepada diri sendiri sebelum berjuang dalam kehidupan. Oleh itu, mohonlah kepada Allah s.w.t. agar kita bijak dan berupaya mengawal emosi kita dan jangan sesekali membiarkan emosi yang mengawal diri dan kehidupan kita.

Empat belenggu terakhir yang mungkin memerangkap kita ialah pengecut, bakhil, hutang dan penindasan orang lain. Pengecut dan bakhil adalah dua sifat mazmumah atau tercela yang perlu kita ubati. Didiklah jiwa kita agar dihiasi dengan sifat mahmudah yang berlawanan, iaitu sya’ah (berani) dan pemurah. Berani yang dimaksudkan adalah dalam berani mempertahankan al-haq, tidak pernah tunduk kepada tekanan musuh dan tidak redha perintah Allah dipermainkan. 

   Manakala bebas dari belenggu bakhil diperoleh oleh mereka yang merdeka daripada kerakusan kepada harta dan kebendaan dunia yang sementara, kita dianjurkan supaya membangunkan kehidupan kita agar bebas daripada hutang dan cengkaman orang lain . Negara yang merdeka adalah negara yang bebas daripada penjajahan pihak lain dan dapat menguruskan ekonomi dan kekayaannya sendiri. Begitu juga jiwa yang merdeka akan diperolehi  apabila kita bebas daripada cengkaman hutang dan tidak perlu tunduk kepada tekanan, penindasan, paksaan dan perintah orang lain yang tidak bertepatan dengan perintah Allah s.w.t. dan perintah Rasul s.a.w.

   Akhirnya, yang paling utama ialah kemerdekaan jiwa yang sebenar sebagai hamba Allah s.w.t. ialah kita bebas daripada belenggu kufur dan kesesatan, menjadi mukmin yang hakiki. Kehidupan akan lebih bahagia dan bermakna jika kita bebas dari sistem-sistem ciptaan manusia dan kembali kepada fitrah dan sistem ilahi.

   Ruba’I bin Amir, tatkala berhadapan dengan Rustum, panglima tentera parsi, dengan penuh izzah, keberanian dan jiwa merdeka, melafazkan:
   “ Kami datang untuk membebaskan manusia daripada hamba sesama manusia, agar menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Dan kami datang dan membawa keindahan Islam, sebagai ganti kepada kesesatan agama-agama dan penindasan sistem lain.”

   Mana mungkin tokoh-tokoh pejuang dahulu bangkit menentang penjajah melainkan kerana jiwa dan perasaan mereka sudah diresapi makna kebebasan yang tulen. Namun, andai makna merdeka disempitkan kepada menghalau bangsa penjajah semata-mata, maka itu tidak memadai sebagai penghayatan terhadap makna kemerdekaan.

Lalu, besar maknanya jika diimbau kembali sejarah meletusnya peperangan Al-Qadisiyyah yang berlaku di antara tentera Islam dan tentera Parsi. Ketika itu, seorang Arab Badwi yang bernama Rub’ie bin Amir telah mengungkapkan kata-kata yang begitu bermakna di hadapan Rustam, panglima bersenjata angkatan tentera Parsi apabila ditanya misi kedatangannya. Katanya:
“Allah menghantar kami untuk mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah, daripada kekejaman agama-agama (iaitu sistem) kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.

* Inilah Jiwa yang merdeka sebenarnya! Wallahua'lam.

Sumber :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...