Pages

Tuesday, 5 June 2012

Kuasa Bisikan Hati

0 comments

Kuasa Bisikan Hati...


Bisikan hati atau self talk adalah antara faktor penting yang mempengaruhi tindakan seseorang. Ia melahirkan tindakan yang positif atau negatif. Bisikan hati atau self talk juga boleh dikaitkan dengan niat seseorang  dalam setiap perbuatannya. ia boleh mencorak kebahagiaan atau kesengsaraan bagi seseorang. Ia ibarat pena mata halus berdakwat infiniti yang mencorak lukisan hidup dari awal sampai akhir hayat setiap indiviidu. Majoriti manusia tidak menyedarinya.

Pengaruh niat dalam hati

Kekuatan niat yang dipasakkan dalam hati merupakan dasar kekuatan diri manusia. Menurut pendapat Imam Syafie, hadis tentang niat (hadis pertama di dalam matan arbain) itu meliputi satu pertiga daripada kehidupan beragama. Niat memang sangat penting dalam ibadah asas seperti solat, puasa, haji, umrah dan berzakat. Tanpa niat, ibadah tersebut akan tertolak dan menjadi sia-sia. Malah pengaruh kekuatan niat atau bisikan hati juga sangat penting dalam setiap aspek perbuatan dan tindakan dalam kehidupan. Kekuatan niat atas apa tujuan perkara yang kita hendak lakukan sama ada baik mahupun buruk bergantung kepada kekuatan kesungguhan motif niat tersebut. Orang yang melakukan jenayah bunuh, rogol, mencuri, ragut, zina dan lain2.


" Maka ingatlah pula dan jaga-jaga, barangsiapa niatnya membuka bagi dirinya satu pintu kebajikan dan kebaikan 
nescaya membuka Allah bagi dirinya tujuh puluh pintu taufik. Dan barangsiapa niatnya membuka bagi dirinya satu pintu kejahatan dan ketiadaan baik nescaya membuka Allah ke atasnya tujuh puluh pintu kemunduran dan kesia-siaan. Maka pintu kebajikan itu dari baik niat dan pintu kejahatan itu dari niat jahat." - Kitab Bahrul Mazi

Pengaruh Bisikan hati atau niat yang berkekalan akan mempengaruhi sistem kepercayaan dalaman (belief system) manusia yang menyumbang 88% untuk melahirkan tindakan positif mahupun negatif. Justeru, setiap patah perkataan yang dibisikkan pada diri sendiri, tidak kira di mana atau dalam keadaan apa sekalipun, pastikan yang terbaik dan positif agar dapat menghasilkan tindakan yang baik..


Carta Aliran ..
1. BISIKAN HATI

2. PEMIKIRAN (BELIEF SYSTEM) 
3. EMOSI/PERASAAN/KEHENDAK
4. PERKATAAN
5. TINDAKAN/PERBUATAN/TINGKAH LAKU ...

* Marilah kita menjaga bisikan hati dengan mengekalkan niat yang positif, bermotivasi dan kalimah-kalimah yang baik (zikir, ayat-ayat quran dan doa). Perbanyakkanlah bisikan hati yang baik setiap kali selesai solat, sebelum tidur, dan apabila bangun daripada tidur.

Sekiranya kita menghendakkan sesuatu, maka kita perlu bisikannya ke dalam hati dan perlu menyebutnya berulang2 agar minda kita dapat menerimanya dan menyampaikan maklumat ke seluruh badan untuk menghasilkan tindakan dan tingkah laku pula..

Wednesday, 30 May 2012

Exam

0 comments


" Hati2 pulang ke kampung,,
semoga selamat perjalanan kalian menuju
ke destinasi masing2..
Pulang ke kampung, mintalah ampun dan restu dr mereka
redha Allah, terletak di atas redha mereka..

" Hati lapang, jiwa tenang, ilmu mudah diterima.."

Setelah kembali ke alam kampus, dengan jiwa dn minda yang baru.. semoga dipermudhkan untuk menghadapi peperiksaan yang mencabar ini dn peroleh natijah yang mabruk!.. amin..

-" Semoga semuanya mendapat keberkatan dn kerahmatan dr Allah.. "



Monday, 7 May 2012

4 Bekal Ke Akhirat

2 comments

4 Bekal Ke Akhirat
Rasulullah s.a.w pernah bersabda kpd Abu Dzar al-Ghifari r.a :
Wahai Abu Dzar ,
1. Perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam,
2. Carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat jauh,
3. Kurangkanlah beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi dan
4. Ikhlaskanlah dalam beramal kerana menilai baik dan buruk adalah Zat yang Maha Melihat..
* Perbaharuilah perahumu - mksdnya perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperoleh pahala dan selamat dari seksa Allah.
Kurangilah beban - mksdnya janganlah terlalu mengejar keduniaan
Lautan yang dalam disamakan dengan Akhirat..
perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti ditempuhi untuk capai kebahagiaan di akhirat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...