Pages

Friday, 28 September 2012

Aku dan Kau

0 comments

Special Wishes For Me and You


Ingatlah Dia, Nescaya Dia Akan Mengingatimu,,,
Sayangilah Dia, Nescaya Dia Akan Menyayangimu,,,
Tunjukkanlah Kasihmu, Nescaya Dia Akan Menghargainya Dan 
Akan Membalasnya..

Dan Yang Paling Utama,,
Sujudlah Hanya Kepadanya...
Rintihlah Semahu2nya Di Hadapannya
Insafilah Diri Segarkanlah Kembali Iman Yang Hiba
Suburkan Kembali Iman Yang Lara 
Hanya Dengan Bertakafur Kepadanya
Nescaya Kemanisan Akan Bertamu KembalI..

Iman Ini Turun Dan Naik..
Semasa Naik Kekalkanlah Sebaik Mungkin,,
Semasa Turun Kuatkanlah Usaha Kita 
Untuk Tingkatkan Kembali..
Kehidupan Ini Mempunyai Pilihan
Sama ada  Ke Kiri Atau Ke Kanan,,
Jika Ke Kiri Mempunyai Jalan
Jika Ke Kanan Pun Mempunyai Jalan
Jika Ke Kiri Kemurkaan Akan Kita Perolehi
Jika Ke Kanan Keberkatan Serta Kerahmatan Akan Kita Kecapi 

Hidup Ini Ibarat Roda..
Kekadang Terlanggar Lopak,,
Kekadang Terlanggar Lecak..
Yang Penting Roda Itu Perlulah Kental
Dan Kekalkan Kualiti Roda Itu Menjadi Yang Terbaik,,,
Sekiranya Roda Itu Rosak Dan Pancit 
Di Pertengahan Jalan,,,
Jangan Biarkan Roda Itu Kesepian,,(!_!)
Malah Baikilah Ia,,Dan Elokkanlah Kembali Roda Itu,,,
Roda Itu Umpama Diri Kita,,

Segala Kebaikan Yang Ada Harus Kita Manfaatkan 
Gunakan Kebaikan Itu Untuk Menolong Orang Lain

Keburukan Yang Ada Pada Diri Harus 
Diperbaiki Dan Diperelokkan,,

" .. Be the best, among the best.. Do the best for our iman, akhlak and taqwa! .. "

Hasil Nukilan, 

Saeidah 

Monday, 24 September 2012

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

0 comments


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru, termasuklah:

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com

/

Sunday, 16 September 2012

BerIstikharahlah!

1 comments


" bagaimana seharusnya sikap kita apabila berdepan dengan dua perkara atau lebih yang hukumnya sama-sama harus, sama-sama baik, dan sama-sama bermanfaat, tetapi kita hanya boleh memilih salah satu daripadanya?

Orang beriman tidak akan selamanya buntu dan keliru. Mereka ada kekuatan semula jadi iaitu melaksanakan solat istikharah.

Daripada Jabir r.a beliau berkata Nabi bersabda maksudnya 
" Apabila ada daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (mengerjakan solat 2 rakaat), selain solat yang fardhu (mengerjakan solat dua rakaat dengan niat istikharah).'' (Riwayat Bukhari)

Kesalahan2 dalam Istikharah

1. Tiada Ilmu - tntg solat istikharah

2. Hanya menunggu mimpi - atau alamat2 yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat lain yang lebih penting spt kelapangan fikiran, ketenangan emosi, dan kemantapan hati..

3. hati sudah ada kecenderungan - terhdp pilihan tertentu sebelum istikharah, dgn ini tidak perlu istikharah (kerana istikharah hanyalah utk kekeliruan, kebuntuan dan ketidak pastian dalam membuat keputusan antara dua perkara)

4. Langsung tidak melaksanakan istikharah - dlm membuat keputusan yang diragui atau keliru.

5. Menyalahkan takdir atau menyesal- setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku selepas istikharah.



Istikharah cara yang betul

1. mengakui kesalahan dan bertaubat - istikharah bukan sekadar solat dan doa shj, tetapi perlu membersihkan diri dari dosa dan tidak mengulanginya.

2. Bersih dalam pilihan. - tinggalkan terhadap kecenderungan yang ada, bagaimana mungkin seseorang itu ingin meminta kpd Allah supaya dipilihkan yang terbaik buat dirinya, tetapi pada yang sama dirinya sudah ad pilihan? Serahkan sepenuh keyakinan kepada Allah bahawa petunjuk yang datang itu adalah yang terbaik biarpun tidak disukai oleh diri sendiri.

3. Mimpi, gerak hati dan pandangan - petunjuk blh datang dlm bentuk mimpi, boleh jadi ianya juga mainan tidur, sebaiknya ikutlah gerak hati dan mintalah pandangan orang soleh dn y berilmu.

4. Mengulangi istikharah - sebaiknya ulangi sebanyak 3 kali. Namun begitu, bilangannya tidak dihadkan. Lakukan sebanyak mungkin sbg tanda kesungguhan kita memohon sesuatu kepada Allah.

* Mungkin perkara ini melibatkan soal pekerjaan, pasangan hidup, pemimpin, rumah atau permusafiran. Kita berada dalam keadaan benar-benar buntu dan keliru. Apa yang terbaik untuk kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...