Pages

Tuesday, 18 December 2012

Next Stage in Life

2 comments

wah!, cute jubah konvo ni.

Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca dan blogger sihat sentiasa. 

Tetiba memikirkan tentang Master di dalam kekalutan menghadapi 'Mid Exam' yang diadakan dalam minggu last study. Memang dahsyat Jabatan kami. 'Mid Exam' namanya walaupun bukan dijalankan dalam mid semester. 

The Next Future Planning, ingat nak continue Master di Universiti Tempatan. Sebab sebelum ni terfikir nak sambung Master di Overseas, but actually and lately Uni yang menjadi pilihan adalah Universiti Malaya. UM, Why?? Hati ni terdetik dan tergerak sebab cerita yang disampaikan oleh ClassMate tentang UM, and my Mom also want to further study in Islamic Studies. When i search it in google for my mom. I found that UM also have Master in Usuluddin. Wow! only Usuluddin and Syariah in Master at UM.

The Other reason, because UM also universiti yang dikira lama juga menapak di bumi Malaysia ni. Berdasarkan ranking Universiti di Malaysia ni UM bawah sikit dari UKM. Well, alhamdulillah time Degree dah merasa di bumi Ilmu UKM ni. Niat di hati nak merasa environment dan surrounding yang lain pula. Walaupun prestasi UKM sekarang makin lama makin bagus. Bagus tang mana tu? Keselamatan or Pendidikan? (Hakikatnya warga UKM sendiri yang lebih mengetahui bagus tang mana). Nak tahu Ranking Universiti masing2?

Zaman sekolah menengah dulu pun, 3 sekolah yang berlainan aku dah rasakan. Dari tingkatan 1-6. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Malah cara pentadbiran, pengurusan, cara guru mengajar, memang berbeza ketiga-tiga sekolah ni. Namun, aku tetap bersyukur kerana aku dapat melihat situasi yang berbeza2 ni, kenalan aku juga ramai dan guru2 yang mengajar aku juga ramai. Sememangnya itu sesuatu yang amat bermakna dan berharga bagi aku. 

Sebelum ni, aku pernah terfikir untuk melanjutkan pelajaran Master aku diluar negara, tapi sejak akhir-akhir ni. Hati aku terpadam dan niat aku terhenti untuk ke luar negara. Mungkin matlamat aku tidak kuat dan kukuh mengapa aku perlu ke luar sana dan study di sana? (Ni mesti kes salah niat ni) Apa-apa pun, kita hanya dapat merancang dan yang menentukannya Allah s.w.t. 

Aku dah ricky-ricky (merisik2) syarat-syarat kemasukan Master of Usuluddin di UM. Alhamdulillah pass. Boleh lihat di sini,  Perjalanan aku masih jauh lagi, kerana masih berbaki 1 sem lagi, mana tahu dan mungkin, aku terbuka hati semula nak further study ke oversea? Waa! mesti awesome, budaya dan iklim di sana.

Apa-apa pun, tujuan yang utama adalah menuntut ilmu itu adalah kerana Allah s.w.t. Tuntut ilmu bertujuan untuk menambahkan kefahaman dan keyakinan serta keteguhan kepercayaan kita kepada Allah s.w.t dan menambah rasa kehambaan diri kepada dia. Sungguh! Jika belajar di Luar negara, namun tidak ada niat yang jelas dan betul, seperti tidak ada makna apa-apa setiap ilmu yang kita pelajari itu. Begitu juga dalam negara sendiri. Silap2 ilmu itu akan memakan diri. Tinggi-tinggi belajar, tapi tak dapat beri apa-apa manfaat pada diri dan orang lain. Nauzubillahiminzalik!

Banyak berangan la aku ni, tesis last year pun belum settle lagi, alhamdulillah praktikal dah settle! Doakan mudah2an segala urusan penjilidan dan pengumpulan maklumat tesisku berjalan lancar dan dipermudahkan. YaAllah! , kau permudahkanlah jua semua urusan sahabat2ku ini. Mudah2an, urusan sahabat sekalian juga begitu. Amin.. 

Last But Not Least, apa-apa pun yang kita hendak lakukan pastikan ia adalah semata-mata mengharap redha Allah s.w.t dan berkat dariNya agar Dia memberkati hidup kita di dunia dan akhirat. Kita masuk Syurga adalah kerana Rahmat dariNya, bukan kerana amal kita semata2. Malah kita perlu ingat bahawa segala kefahaman ilmu dan kepandaian yang kita ada sekarang semua adalah pemberian dariNya. Tidak ada Milik kita, Semuanya Allah  s.w.t yang punya. 

Bacaan Untuk Memudahkan Belajar dan Mudah Ingat :

اللهم ارزقنا يا رب فهم النبيين وحفظ المرسلين والهام الملئكة
المقربين في عافية يا أرحم الراحمين
Ya Allah,kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham daripada para Malaikat yang hampir
denganmu.Kurniakanlah kami kesihatan wahai tuhan yang amat
.mengasihani

Doa Mohon Selamat :

اللهم نور قلوبنا بنور هدايتك كما نورت الأرض بنور شمسك أبدا أبدا.

“Ya Allah dengan ilmu-Mu yang ghaib dan kekuasaan-Mu atas makhluk berilah kami kehidupan selagi engkau mengetahui bahwa kehidupan itu baik bagiku, aku mohon kepada-Mu kelezatan dapat melihat wajah-Mu dan kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu” 
-[Ibrahim Basyuni, Nasy’at al-Tashawwuf al-Islami, h. 76.]-


.... " Hope U olls, will success in ur studies too! "....

Rujukan :

Thursday, 13 December 2012

Tazkirah V : Hati dan Mahasiswa

0 comments


" Hati yang hitam dikotori dengan maksiat dan mungkar yang dilakukan dapat dibersihkan dengan taubat kepada Allah.. Namun, jika hati yang telah dibersihkan dan sering diulangi dengan kemaksiatan yang berterusan ini mengundang kepada karatnya hati. Bila hati menjadi karat, maka hati ini sudah menjadi kronik. 


Analogi bagi hati karat ini, seperti injap jantung yang sudah tersumbat, adakah berpatutan dengan hanya memakan panadol untuk merawatnya? Tidak. Tetapi Ia memerlukan kepada rawatan yang lebih besar dan serius. Bila hati menjadi kronik, maka untuk merawatnya juga bukan setakat biasa2 tetapi perlulah kepada jihad yang lebih besar untuk menyucikannya...

Taubat bukan bermaksud Istighfar kpd Allah s.w.t. sahaja.
Tetapi melibatkan 3 peringkat.
1- Menyesali akan perbuatan yang dilakukan.
2- meninggalkannya.
3- Berazam tidak mahu melakukannya lagi.

" Jenayah Paling besar yang dilakukan oleh umat Islam zaman sekarang! adalah pembaziran masa dan tidak menguruskan masa dengan sebaik2nya... "


Seterusnya, terdapat 3 Perkara yang menyebabkan Bala berlaku,

Antaranya :

1- Hati keras - Hati tidak pernah menangis kerana takutkan Allah. Dan juga tidak pernah menangis dan menyesal akan perbuatan maksiat yang dilakukan.
2- Tidak mempeduli nasib orang lain- lebih2 lagi nasib umat Islam yang lain. Hidupnya di muka bumi adalah nafsi2 (sendiri). Bagi mereka, orang lain yang hidup susah, bukan kita. Orang lain yang ditindas, bukan keluarga kita atau berlaku di negara kita.

3- Kita jarang di'uji', dicabar atau mencabar. Kerana itu, kita hidup dalam keadaan yang selesa seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Seolah2 tiada masalah besar yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Seorang Mahasiswa harus memimpin perubahan,
Seorang Mahasiswa harus berilmu, dan hadam dengan ilmunya itu.
Seorang Mahasiswa harus tahu tentang isu sekelilingnya.

Orang yang berilmu, tidak beramal maka itu tidak baik.
Orang yang berilmu, beramal tapi tidak ikhlas kerana Allah s.w.t juga masih tidak baik.
Orang yang berilmu, beramal dan ikhlas itulah yang terbaik..


... Antara intipati yang diperoleh dari Forum

Nur Qalbi Khas : Jihad Mahasiswa Memacu Perubahan ...
[13/12/12]-Masjid UKM, Bangi 

Tuesday, 11 December 2012

SoulMate

2 comments

Sesungguhnya seorang wanita mendambakan seorang suami yang beriman dan beramal soleh. Seorang suami yang beriman dan beramal soleh pasti dapat membimbing isterinya dan zuriat keturunannya. Malah seorang suami yang beriman pasti dapat menjadi imam yang menjadi petunjuk jalan bagi anak dan isteri. Beriman di sini adalah umum dan lebih meluas lagi konsepnya, jangan disempitkan dengan pemikiran pasti ustaz-ustaz, ini salah faham yang besar, sekiranya seseorang itu berpenampilan korporat, namun dalamannya berjiwa ustaz, itu juga menjadi dambaan. Apa yang penting adalah akhlaknya, ilmu agamanya dan sikapnya berkaitan tanggungjawab, bersedia atau tidak. Umur bukanlah penghalang. Kematangan dan ke'sedia'an itu yang penting. 

Namun, terdapat persoalan yang terbuku diminda. Bagaimana aku hendak mendapatkan suami yang aku impikan? Caranya ialah kita perlu memperbaiki dan memperelokkan akhlak, peribadi dan ilmu sebaik-baiknya sebagai persiapan menerima kedatangan sang suami sebagai pelengkap hidup. 

Kerana Janji Allah s.w.t itu pasti berdasarkan Firman Allah s.w.t (surah an-nur : 26) :

Maksudnya : 

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sejujurnya hati ini telah terbuka untuk mencari teman hidup yang selama ini tidak pernah dibuka. Hati ini milik Allah s.w.t, Dia jualah yang menyuntikkan rasa itu. Namun, kali ini, sekali lagi terdapat persoalan demi persoalan yang terbuku di minda. Aku amat-amat memerlukan jawapan untuk merungkai segala persoalan ini. Bagaimana aku hendak tahu dialah jodoh ku, dan dialah yang Allah s.w.t telah ciptakan untuk aku? 

Pernah aku berdiskusi bersama sahabat2 mengenai perkara ini. Terdapat beberapa pandangan yang aku peroleh, setelah aku meminta khidmat nasihat dari mereka. 

1. Berdoalah pada Allah s.w.t . InsyaAllah nanti dia akan hadir sendiri, bila tiba masanya.
2. Nak akak carikan yang sesuai?
3. Pelihara diri sebaik2nya, prepare sebaik-baiknya sebelum tiba masanya. 
4. Cubalah cari, kawan kan ramai. Tak kan lah tak de yang berkenan di hati.

Semua pandangan mereka aku raikan dan akan aku ingat. Namun aku masih belum puas hati akan semua jawapan yang diberikan, kerana aku rasa mesti ada cara dan jalan yang lain.
Namun, hati aku kuat dan tekad menyatakan bahawa diri aku tidak mahu terlibat dalam istilah 'couple'. Kerana istilah ini sinonim dengan aktiviti'belangkas'. Belangkas?  Iaitu ke mana-mana sahaja, pasti berkepit dan berdua-duaan, malah lebih lagi dari itu. 

Dan yang pasti itu bukan jiwa aku, kerana bagi aku kemanisan itu pasti terhakis dan makin hilang sedikit demi sedikit. Tapi, perkara ini bersifat subjektif, lain orang lain pandangannya.
Pasti ada yang berkata, 'macam mana kita nak kenal dengan orang itu, jika kita tak berjumpa dan keluar dengan dia? ' . Entahlah, apa yang aku yakin dan pasti, itu bukanlah cara dan jalan terbaik sebagai pra langkah mengenali seseorang dan menuju alam yang seterusnya. 

Bagi aku, rupa bukanlah suatu perkara yang utama. Hati itulah yang penting. Kerana bukan mudah utk 2 jiwa ber'satu' hati. Sememangnya 'instinct' bagi 2 jiwa yang ber'satu' hati adalah sesuatu yang begitu istimewa dan itu semua perancangan dan aturan dari Allah s.w.t sendiri.

Bila berbicara soal teman hidup, terjah lagi satu persoalan dibenak fikiranku, bagaimana fikrah suamiku? Adakah fikrahnya berbeza denganku? Walaupun tidak semua orang memikirkan mengenai perkara ini, bagi aku persoalan ini termasuk dalam kategori yang terpenting juga. 

Akhirnya, aku membuat kesimpulan. Walaupun banyak persoalan datang bersusun dalam 'folder' mindaku. Pencarian demi pencarian pasti akan aku teruskan. Apa yang penting, aku pasti tetap dengan prinsip aku, say no to 'Belangkas'.  Tidak lupa juga untuk terus berdoa, solat hajat dan memohon ibuku juga turut mendoakan agar aku menemuinya satu hari nanti yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa padamu Ya Allah! . 

" Jodoh tidak akan datang bergolek, Ia juga tidak akan muncul di depan mata dengan sekelip mata, kerana ia memerlukan kepada usaha dan pengorbanan masa yang berterusan. "

Dalam meneruskan pencarian ini, 3 aspek ini mesti dipraktikkan dan dipupuk dalam diri:

1) Teruskan menuntut ilmu sebanyak2nya utk menambah ilmu pengetahuan. Mengenai ilmu yang pelbagai, lagi2 bab hukum hakam agama, jika wanita tidak tahu ilmu ini, maka senang ditipu dan ditindas.
2) Proses 'Pentarbiyahan Diri' perlu diteruskan, untuk membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. 
3) Jaga 3 Hubungan ini selaku bergelar manusia dan khalifah di muka bumi ini. Hubungan dengan Allah s.w.t, manusia dan juga hidupan yang hidup di muka bumi ini (haiwan dan tumbuhan, ciptaan dan makhluk yang lain).

Teringat pesan ustaz dalam cerita 'Warkah Cinta' dalam Tips2 mencari pasangan , 'Jangan cari Wanita yang mesra alam, semua orang dia ramah, tidak kenal siapa dan  tidak kira di mana' .
Just nice to all people, but it's still have a limit. Is it Right?

Sebelum berakhir penulisanku pada ruangan kali ini, teringat pula pada kata2 sahabat yang tidak jemu menasihati aku. 

1) Be a positive person.
2) Be a cheerful women.
3) Speak the nice words.
4) Show your loving and caring to all of people around you. 
5) Don't be ego, selfish, stingy and all of the bad and negative thinks.
6) Don't forget to smile always.  

Terdapat juga satu lagu yang amat aku suka, iaitu Cintai Ilahi - Hijjaz. Maksud lagu ni memang memberi manfaat untuk diri kita. Aku seorang manusia yang lemah dan masih memerlukan kekuatan untuk terus 'istiqamah' dalam meraih Cinta Ilahi untuk ketenangan dan kesejahteraan hidup di muka bumi ini dan akhirat yang kekal abadi. 

* Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak zalim pada hamba2Nya. Allah s.w.t lebih Mengetahui dan  Mengerti apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia pasti akan memberikannya pada masa yang sesuai dan masa itu pasti kau dalam keadaan yang sudah bersedia. Kerana semua itu adalah dalam pengetahuannya. 

Link yang berkaitan : Mencari Jodoh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...