Pages

Friday, 1 February 2013

Jumaat

0 comments




" .. Puisi Jumaat .. "

Sayidul ayam Penghulu segala hari, 
hari untuk memperingati, 
semua makhluk di muka bumi,
Hari untuk menjana 'energy' 
buat semua pejuang kembali, 

Mehnah dan tribulasi di sana sini,
Mengajar erti ketahanan diri,
Adakah masih kukuh keyakinan di hati,
Atau mudah luntur dan mati,

Sudahkah kita meng'koreksi' diri,
Koreksi diri demi kebaikan diri,
Hari mulia ini semakin pergi,
Sudahkah kita membaca surah kahfi?
Surah kahfi pelindung diri,
Dajjal durjana dapat dihindari.

- Hasil Nukilan dari Saeidahsyamielah-

------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : I luv Islam

Fadhilat Surah al-Kahfi 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Thursday, 31 January 2013

Politik 'Robocop'

0 comments
" Jika orang Islam berpolitik secara Islam, maka sudah tentu dunia politik yang disifatkan sebagai 'a dirty game' itu mampu dibersihkan. Bukankah Islam itu umpama air mutlak? Sifatnya yang bersih dan membersihkan. "
Wajah politik orang Islam menjadi semakin kotor dan busuk! Politik sekarang adalah Politik "Robocop" - berpolitik tanpa hati dan perasaan. Soal iman dan akhlak seolah-olah dilupakan. Persoalannya, bagaimana kita boleh mendapat pemimpin-pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah dikotori dan dicemari? Realitinya rakyat semakin bimbang, bingung dan meluat  melihat drama sepak-terajang ahli-ahli politik yang semakin meminggirkan adab dan akhlak. 

Politik dalam Islam adalah urusan yang penting dan bersih. Urusan kepimpinan hakikatnya adalah amanah daripada Allah kepada setiap manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap pengembala akan ditanya tentang gembalaannya." (Muttafaq alaih)

Sikap adil seorang Pemimpin lebih utama daripada ibadah seorang abid. Malah, pemimpin yang adil akan mendapat naungan arasy di akhirat kelak. Urusan kepimpinan menurut Islam adalah manhaj (jalan) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t melalui khidmat sesama manusia. Dari segi istilah politik bermaksud 'the arts and science of government' atau 'siasah' dalam bahasa Arab yang bermakna 'to lead', to guide, to conduct, to direct

Pemimpin mewarisi tugas Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia dan menyelamatkan nasib mereka, bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Bukan sahaja untuk mendapat kesenangan fizikal dan material bahkan juga mendapat ketenangan dan kebahagiaan rohani. Inilah matlamat politik yang sebenarnya. Bila matlamat politik bersih, maka bersihlah kaedahnya. 

Bagaimana berpolitik dengan cara yang bersih?
Jawapannya, ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak. Tanpa pemantapan elemen-elemen dalam diri ahli-ahli politik, urusan kepimpinan pasti akan diseleweng. Lihat sahaja apa yang dipaparkan oleh media massa cetak atau elektronik. Ibu bapa yang benar-benar Islamik sudah berasa tidak selamat, malu dan bimbang apabila berita dan cerita negatif mula dipaparkan untuk tatapan umum. 

Politik bukanlah gelanggang perebutan kuasa, politik wang, pertelagahan, pembelotan, kata-mengata, cerca-mencerca dan fitnah memfitnah. Malangnya wajah itulah yang semakin mendominasi dunia politik kini sehingga hampir-hampir diterima sebagai satu budaya. Walaupun dalam arus politik perdana, persaingan  dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat dan bersih. Apa yang penting adalah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Untuk kebaikan seluruh ummat itu yang penting, bukan terhadap komuniti, kaum, bangsa tertentu. Islam untuk semua. Rasulullah s.a.w pembawa rahmat ke sekelian alam. - [Solusi 31 m/s :3]

Kesimpulannya :

1. Politik dan agama tidak dapat dipisahkan. 
2. Manusia yang menjadikan politik itu menjadi kotor dan buruk.
3. Orang yang tidak jujur dan tidak ber'politik' secara bersih dan adil itu 
adakah layak menjadi pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab? Kepimpinannya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
4. Ilmu agama Islam merangkumi semua aspek berkaitan dengan ekonomi, sosial, politik, dan pendidikan. Jangan ambil hanya bahagian tertentu sahaja. Islam untuk kehidupan.
5. Untuk menjadi rakyat yang celik dan intelek, kita perlu mengetahui matlamat dan objektif suatu kepimpinan itu, adakah meletakkan asas Quran dan Sunnah itu yang utama? Adakah  Ataupun sekadar di mulut bicara, tetapi tidak ada pelaksanaan langsung terhadap objektif perjuangannya itu. Adakah seorang pemimpin itu mentaati perintah Allah dan RasulNya? Jika dia mentaati perintah Allah dan RasulNya, maka selayaknya dia ditaati jua selagi mana dia mentaati perintah Allah dan RasulNya. Tiada ketaatan bagi siapa yang tidak mentaati perintah Allah dan rasulNya. Berdasarkan Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [ Surah al-nisa :59]


Wallahua'lam. 

Wednesday, 23 January 2013

Buku Resepi!

0 comments

Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Perkongsian pada kali ini adalah berkaitan dengan 'Buku Resipi'Buku Resipi? Ketika makan bersama keluarga, tetiba abah berseloroh : 

Abah : Abah dah sediakan menu sebulan untuk anak2 abah. Buku resipi sebulan yang lengkap, siap gambar, ramuan-ramuan dan cara memasaknya sekali. Paling penting siap print berwarna buku resepi ni, di'binding' dan di'laminated'

Umi : Tengok la, abah ni bersungguh nak tengok anak2 dia ni tahu memasak, dan pandai nak sediakan apa menu yang terbaik dan berkhasiat. Tak perlu tanya lagi, nak kena masak apa hari ni, masak je ikut jadual menu resepi ni. Setiap hari ada menu yang berlainan selama satu bulan.

Aku : Waa! Memang special betul. Tidak perlu lagi pening-pening nak masak lauk apa.

Abah : Yang penting sekali, buku resepi 'sebulan' ni kena simpan elok-elok. Simpan untuk legasi turun temurun, nanti boleh tunjuk kat anak-anak masing2. 'Buku resepi' menjadi peninggalan abah untuk anak-anak dan tatapan keturunan akan datang.

Aku :   Hee.. (sambil senyum melebar)

Umi : Nanti boleh la bercerita dengan anak masing-masing. 'Ni la buku resepi sebulan tok wan bagi pada ummi korang."

Aku : Dalam hati berbicara. " Memang bermanfaat apa yang abah tinggalkan, selain ilmu agama, kefahaman tentang agama dan kehidupan. Pengisian rohani dan jasmani dilengkapi."  Tapi ni nampak gaya macam persiapan untuk tempuh 'alam baru' yang akan datang je. Abah  pun bersama-sama bersiap sedia membuat persiapan yang terbaik untuk anak dia ni. Terima kasih abah! Terharu + tak sangka = awesome..


BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA
Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu bapa juga sanggup berkorban demi kepentingan dan kebajikan anaknya terjaga serta terpelihara. Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti. Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya yang bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman ayat: 14)
Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.
Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)
Maksud "berbuat baik kepada kedua ibu bapa" sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.
Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam,anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)."(Riwayat Muslim)
Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)

Rujukan : I Luv Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...