Pages

Friday, 7 December 2012

Jujur Vs Ber'Kias'

0 comments


" Jujur Vs Berkias.. "

1. Jika Jujur : Makna, maksud dan sesuatu perkara itu pasti dapat sampai dengan tepat dan difahami oleh orang.
2. Jika Berkias : Makna yang sebenar tidak sampai kepada orang itu.

Namun, perlu diingat jujur bukan bermakna kita perlu melupakan tentang adab. Bila jujur sahaja, bahasa tidak dijaga. Tidak boleh macam tu. 

Begitu juga dengan ber'kias', bila berkias sahaja pasti
 sinonim dengan sindiran dan kata2 negatif. Ucapkanlah kata2 yang baik walaupun dalam kiasan, tetapi perlu diingat, maksud sebenar tidak akan sampai kepada orang itu, melainkan kita memastikannya dengan menanyakan kembali bahawa orang itu faham atau tidak akan apa yang kita sampaikan dan katakan padanya. 

* Jika kita tidak memastikannya, sikap 'sangkaan' kita terhadapnya (bahawa dia memahami akan apa yang kita sampaikan) , akan merosakkan maksud sebenar yang hendak kita sampaikan pada individu itu. 

.... Elakkan membuat sebarang sangkaan atau Spekulasi yang berpanjangan, sebaliknya buatlah pengesahan dan kepastian bagi sangkaan itu .....

Tali Iman Yang Kukuh

2 comments

Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat2 mengenai satu soalan,

Rasulullah : apakah tali iman yang paling kukuh?
Sahabat 1 : solat?
Rasulullah : itu bagus, tapi belum kukuh
Sahabat 2 : zakat?
Rasulullah : itu juga bagus, masih belum kukuh
Sahabat 3 : puasa?

Rasulullah : bagus, dan masih belum kukuh
Sahabat 4 : Haji?
Rasulullah : itu juga bagus, tapi masih bukan ia.

Sahabat 5 : Jihad fi Sabilillah !!
Rasulullah : Diam, dan menjawab bukan juga jawapannya

Semua tertanya2, akhirnya Rasulullah s.a.w menjawab,
Jawapannya : Perasaan cinta dan benci adalah kerana Allah s.w.t
dalam diri kita.

* Jika semuanya didasari dengan Kecintaan kepada Allah s.w.t iaitu melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, semuanya kerana Lillahi Taala. Itulah merupakan tali iman yang paling kukuh. Jika sesuatu itu tidak didasari dengan Lillahi Taala, maka ia masih tidak kukuh, malah goyah dan tunggu masa untuk musnah. Sekiranya semua perkara ibadah yang kita lakukan bermula celiknya mata hingga tertutupnya mata hatta (hinggakan) jihad fisabilillah kerana Allah, maka itu adalah tali iman yang kukuh.

... Sedikit perkongsian mengenai program 'Nur Qalbi' ...
Bertajuk : Mujahadatun Nafs
Penceramah : Ustaz Wan Sohor Bani Leman
Tarikh : 6/12/2012
Tempat : Masjid UKM, Bangi.

Wednesday, 5 December 2012

Kebersamaan

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca sihat sejahtera. 


.. Kebersamaan ..

Analoginya : Sepasang kasut, punyai 2 bahagian, jika hilang satu bahagian, maka tidak dinamakan sepasang,kerana tidak lengkap. Manakala, jika satu bahagian itu rosak dan koyak, maka terasa seperti tidak sempurna untuk menggunakan satu bahagian kasut itu lagi.

* Pentingnya bersama2, jika satu bahagian kasut rosak dan koyak, sebelah kasut lagi pasti rasa tidak gembira untuk bergerak walaupun keadaan dirinya itu sempurna. Keseronokan dan kemanisan untuk bergerak dan berjalan bersama-sama itu begitu berharga dan punyai makna tersendiri.. Itulah namanya kebersamaan.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...