Pages

Monday, 18 February 2013

Oh Anakku!

0 comments



" .. Melentur buluh biar dari rebungnya.. "

Sedikit perkongsian di dalam talk 'Melentur Buluh' disampaikan oleh Ibu Wirianningsih (ibu kepada 11 orang anaknya huffaz) 

- Dalam mendidik anak2 terdapat 3 fasa.-

1) fasa 7 tahun pertama (1-7 tahun) - perlu melayan anak2 seperti raja iaitu dengan kasih sayang dan perhatian, ancaman atau kecaman menyebabkan anak2 berasa tidak selamat dan selesa. Karakter mereka terbentuk dlm lingkungan umur 6-7 tahun, ketika ini akhlak anak2 cerminan kepada perangai sebenar ibu bapa..

2) fasa 7 tahun kedua (8-14 tahun) - anak2 seperti tawanan perang. Mereka di dalam pantauan. Ibu bapa perlu memberitahu kepada mereka mana satu perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan. Mendidik mereka mengikut acuan Rasulullah s.a.w. antaranya perlu dipisahkan tempat tidur mereka, jika meninggalkan solat perlu dirotan.

3) fasa 7 tahun ketiga (15 tahun ke atas) Anak2 dijadikan sebagai Teman. Perkongsian masalah, ibu bapa mendengar masalah anak2 dan berkongsi solution kepada mereka.

Ibu bapa juga perlulah mempunyai misi dan visi yang jelas dalam memimpin dan memandu rumah tangga. Ibu bapa perlu saling bekerjasama dan mempunyai time management yang bagus dalam mengatur dan mengurus rumah tangga. Ini penting dalam mendidik anak2 sepanjang tumbesaran mereka.


" ... من لا يرحم لا يُرحم ..."

Barangsiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.

Tambahannya lagi, terdapat 3 jenis LEMAH :
1) Lemah iman --> lemah jiwa --> akhlak/moral lemah
2) Lemah akal --> lemah berfikir/pemikiran --> lemah jiwa
3) Lemah fizikal --> lemah pergerakan (tidak cergas/aktif) --> lemah produktivi.


1- pengawalan menonton television, rancangan yang hendak ditonton ditapis hanya rncangan yang betul2 bagus shj boleh ditonton.
2- menghidupkn budaya membaca, bapa mentasmi' hafalan dan bacaan anak2 di rumah lepas subuh dn maghrib di rumah.
3- Memainkan selalu alunan2 ayat al-quran di dalam rumah agar aura yang baik ini diserap oleh isi rumah dan membina minda yang aktif dan cerdas..


" Tingkatkan iman dan amal, akal dan akhlak pasti terpelihara.. "

Friday, 1 February 2013

Jumaat

0 comments




" .. Puisi Jumaat .. "

Sayidul ayam Penghulu segala hari, 
hari untuk memperingati, 
semua makhluk di muka bumi,
Hari untuk menjana 'energy' 
buat semua pejuang kembali, 

Mehnah dan tribulasi di sana sini,
Mengajar erti ketahanan diri,
Adakah masih kukuh keyakinan di hati,
Atau mudah luntur dan mati,

Sudahkah kita meng'koreksi' diri,
Koreksi diri demi kebaikan diri,
Hari mulia ini semakin pergi,
Sudahkah kita membaca surah kahfi?
Surah kahfi pelindung diri,
Dajjal durjana dapat dihindari.

- Hasil Nukilan dari Saeidahsyamielah-

------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : I luv Islam

Fadhilat Surah al-Kahfi 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Thursday, 31 January 2013

Politik 'Robocop'

0 comments
" Jika orang Islam berpolitik secara Islam, maka sudah tentu dunia politik yang disifatkan sebagai 'a dirty game' itu mampu dibersihkan. Bukankah Islam itu umpama air mutlak? Sifatnya yang bersih dan membersihkan. "
Wajah politik orang Islam menjadi semakin kotor dan busuk! Politik sekarang adalah Politik "Robocop" - berpolitik tanpa hati dan perasaan. Soal iman dan akhlak seolah-olah dilupakan. Persoalannya, bagaimana kita boleh mendapat pemimpin-pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah dikotori dan dicemari? Realitinya rakyat semakin bimbang, bingung dan meluat  melihat drama sepak-terajang ahli-ahli politik yang semakin meminggirkan adab dan akhlak. 

Politik dalam Islam adalah urusan yang penting dan bersih. Urusan kepimpinan hakikatnya adalah amanah daripada Allah kepada setiap manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap pengembala akan ditanya tentang gembalaannya." (Muttafaq alaih)

Sikap adil seorang Pemimpin lebih utama daripada ibadah seorang abid. Malah, pemimpin yang adil akan mendapat naungan arasy di akhirat kelak. Urusan kepimpinan menurut Islam adalah manhaj (jalan) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t melalui khidmat sesama manusia. Dari segi istilah politik bermaksud 'the arts and science of government' atau 'siasah' dalam bahasa Arab yang bermakna 'to lead', to guide, to conduct, to direct

Pemimpin mewarisi tugas Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia dan menyelamatkan nasib mereka, bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Bukan sahaja untuk mendapat kesenangan fizikal dan material bahkan juga mendapat ketenangan dan kebahagiaan rohani. Inilah matlamat politik yang sebenarnya. Bila matlamat politik bersih, maka bersihlah kaedahnya. 

Bagaimana berpolitik dengan cara yang bersih?
Jawapannya, ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak. Tanpa pemantapan elemen-elemen dalam diri ahli-ahli politik, urusan kepimpinan pasti akan diseleweng. Lihat sahaja apa yang dipaparkan oleh media massa cetak atau elektronik. Ibu bapa yang benar-benar Islamik sudah berasa tidak selamat, malu dan bimbang apabila berita dan cerita negatif mula dipaparkan untuk tatapan umum. 

Politik bukanlah gelanggang perebutan kuasa, politik wang, pertelagahan, pembelotan, kata-mengata, cerca-mencerca dan fitnah memfitnah. Malangnya wajah itulah yang semakin mendominasi dunia politik kini sehingga hampir-hampir diterima sebagai satu budaya. Walaupun dalam arus politik perdana, persaingan  dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat dan bersih. Apa yang penting adalah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Untuk kebaikan seluruh ummat itu yang penting, bukan terhadap komuniti, kaum, bangsa tertentu. Islam untuk semua. Rasulullah s.a.w pembawa rahmat ke sekelian alam. - [Solusi 31 m/s :3]

Kesimpulannya :

1. Politik dan agama tidak dapat dipisahkan. 
2. Manusia yang menjadikan politik itu menjadi kotor dan buruk.
3. Orang yang tidak jujur dan tidak ber'politik' secara bersih dan adil itu 
adakah layak menjadi pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab? Kepimpinannya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
4. Ilmu agama Islam merangkumi semua aspek berkaitan dengan ekonomi, sosial, politik, dan pendidikan. Jangan ambil hanya bahagian tertentu sahaja. Islam untuk kehidupan.
5. Untuk menjadi rakyat yang celik dan intelek, kita perlu mengetahui matlamat dan objektif suatu kepimpinan itu, adakah meletakkan asas Quran dan Sunnah itu yang utama? Adakah  Ataupun sekadar di mulut bicara, tetapi tidak ada pelaksanaan langsung terhadap objektif perjuangannya itu. Adakah seorang pemimpin itu mentaati perintah Allah dan RasulNya? Jika dia mentaati perintah Allah dan RasulNya, maka selayaknya dia ditaati jua selagi mana dia mentaati perintah Allah dan RasulNya. Tiada ketaatan bagi siapa yang tidak mentaati perintah Allah dan rasulNya. Berdasarkan Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [ Surah al-nisa :59]


Wallahua'lam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...