Pages

Saturday, 15 September 2012

Model Musyawarah Rasulullah s.a.w - (Berbincang)

1 comments

" Aku tidak pernah melihat seorang pun  yang selalu mengajak para sahabat bermusyawarah (berbincang), kecuali Rasulullah. ''
(Riwayat al-Hakim)

Rasulullah s.a.w seorang yang terkenal dengan kebijaksanaannya menguruskan pelbagai perkara, daripada sekecil-kecil urusan rumah tangga hinggalah sebesar-besar perkara seperti urusan pemerintahan.
Namun Rasulullah s.a.w tidak pernah menganggap kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha Baginda semata-mata, sebaliknya ia adalah satu kejayaan yang terhasil daripada musyawarah (perbincangan) bersama.

inilah salah satu ciri-ciri asas kepimpinan yang diamalkan oleh Baginda dalam keluarga dan organisasi yang dipimpin.

a) Model Musyawarah dalam Keluarga :
1. Kikis ego. 
2. Raikan pandangan 
3. Penuh kasih sayang.
4. Menghargai sumbangan.

b) Model Musyawarah dalam organisasi.
1.  Tidak terburu-buru membuat keputusan.  
3. Tidak menolak terus idea
4. Menghargai Sumbangan

Aplikasi Model Musyawarah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan.

1. Tidak membuat sesuatu keputusan secara terburu-buru. Berbincaglah terlebih dahulu.

2. Mengikis ego dahulu sebelum memulakan perbincangan. Rasulullah s.a.w mengenepikan egonya sbg seorang suami dengan menerima pandangan dan cadangan isteriny. Baginda juga meraikan dan melibatkan pandangan isterinya hatta dalam perbincangan menyelesaikan satu masalah negara.

3. Tidak mementingkan pendapat kita shj, sebaliknya cuba raikan setiap pandangan yang diberikan oleh anggota keluarga/organisasi.

4. Mencatatkan semua cadangan yang dikemukan dan dibentangkan untuk perbincangan.

5. Tidak menolak mana-mana idea yang diberikan secara melulu. Sebaliknya, amati dan kaji dengan teliti idea-idea yang diberikan.

6. Sekiranya keputusan telah diperoleh, tolaklah idea-idea yang lain dengan baik dan betul.

7. hargailah sumbangan yang diberikan oleh ahli keluarga/organisasi kerana mereka telah berusaha sedaya upaya memberikan pendapat untuk kejayaan sesebuah keluarga atau organisasi. Pujian atau hadiah adalah salah satu cara untuk anda menghargai mereka.

Untuk mengetahui huraian lebih lanjut,
Dapatkan 'SOLUSI' Isu 42 di pasaran sekarang!
Terdapat Isu-isu menarik lagi di dalamnya..

Friday, 14 September 2012

Tak Pernah Solat? Dah lama tinggal Solat?

0 comments


Tak Pernah Menunaikan Solat?..
Sudah lama meninggalkan solat?

Di sini terdapat 'panduan' mengerjakan solat,
jika setelah lama meninggalkannya..

1. Kesedaran - penting, sbg mukaddimah utk kembali mengerjakan solat secara konsisten.

2. Azam - sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat, bulatkan tekad utk mengerjakan solat scr konsisten. 

3. Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua - Ini langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua melainkan solat yang pertama dan seterusnya.

4. Nota Motivasi - buat satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat untuk terus bersemangat dn bermotivasi..

5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat - Ini penting bagi merasakan kemanisan dlm solat. kemanisa yang diharapkan menjadi ketagihan (menjadi seronok dn cinta untuk beribadah).

6. Jangan tergesa-gesa dalam solat - Bersederhanalah dan ambil masa sedikit utk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7. Tingkatkan imaginasi - kosongkan minda, tenangkan fikiran dan merasakan bahawa persembahan solat yang kita lakukan ini adalah  yang terbaik dan juga merupakan tempat kita berinteraksi dan berhubung dengan Allah s.w.t..

8. Usaha dan doa perlu seiring - Kita sering terdedah dgn pelbagai ujian dan godaan, maka berdoalah agar diberikan kekuatan utk melawannya dan konsisten dlm solat..

9. Rasai ketenangan - Cuba perhati hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda merasakan satu ketenangan?

10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Lantas bangun dan berwudhuk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11. Berfikir secara positif- jangan fikir sekali2 bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dgn kawan dn sbgnya. Sebaliknya ia merupakan faktor kejayaan anda. Marilah Menuju kejayaan.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani - beritahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten. Moga mereka dpat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.

13. Setiap perkara pasti ada musuhnya - Musuhnya ialah nafsu dan syaitan. Oleh itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dn godaan syaitan terkutuk.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat - bg memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu..

Anda inginkan perubahan?
Pilihan di tangan anda,
Anda inginkan ketenangan yang abadi,
Tunaikanlah solat..

Walau resah dan gelisahnya diri,
Walau serabut dan kacau bilaunya fikiran,
Ketenangan itulah ubat dan penawarnya,
Solat itulah penyelesaiannya.. 
Dekatkanlah diri kepada Allah s.w.t.. 

Wallahua'lam..

Tuesday, 11 September 2012

Tips memilih Jodoh

2 comments

Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah segala pujian bagi Allah tuhan sekalian Alam.. Sesungguhnya aku masih bersyukur kerana masih diberi nikmat iman dan Islam.. Sedih melihat saudara seislam yang sudah 'murtad' (keluar dari agama Islam).. Hati mereka buta dan mereka terhijab dari melihat betapa Indahnya agama Islam ini, Islam ini agama yang harmoni, agama yang friendly dgn semua orang yang bukan Islam, selagi mana mereka (orang bukan Islam) tidak memusuhi Islam, maka Islam tidak akan memerangi mereka, malahan sesiapa yang mengikut perintah dan peraturan Islam, mereka akan dilindungi dan dijaga kebajikan mereka, Subhanallah! betapa hebatNya Islam ini, Inilah ajaran yang diajarkan oleh Nabi kita Rasul Junjungan Mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Bagindalah contoh teladan yang terbaik bagi umat Islam, betapa tingginya akhlak dan budi pekerti baginda, tidak kira sesama Islam mahupun Bukan Islam (Kafir, Yahudi, Nasrani atau Majusi)


Topik perkongsian pada kali ini adalah mengenai 'JODOH'.. asyik-asyik tentang Jodoh, tak de topik lain ke?.. Perkongsian kali ini amat bermakna bagi pembaca dan blogger yang belum tahu..

Apabila kita berdoa, memohon jodoh kita..
Kita tidak boleh mengkhususkan namanya,
Contohnya : 
Ya Allah kau temukanlah aku, dan jodohkanlah aku dengan Si 'Polan Bin atau Binti Si Polan' 
Ini kerana, secara tidak langsung kita telah menghadkan kudrat dan kekuasaan 
Allah s.w.t seolah-olah kita ini lebih tahu dari Dia mana yang terbaik untuk kita..
Dengan itu, nasihat dari Dr Fadzilah Kamsah kepada semua adalah berdoa lah secara umum, 
permintaan dan hajat itu.
Allah s.w.t yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
Malahan apa yang kita minta itu (hanya sedikit cuma), Allah akan berikan lebih dari apa yang tidak terlintas di fikiran, betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya.. 
Yang penting, kita perlu yakin bahawa Allah lah yang berkuasa ke atas segalaNya..

Allah itu menurut sangkaan hambaNya, Jika sangkaan itu baik terhadapNya, maka segala perkara yang baik akan datang dalam hidupnya.. Tetapi Jika buruk sangkaan itu terhadapNya, maka apa yang ada di hadapannya dan apa yang datang dalam hidupnya keburukan dan kesengsaraan shj.. Nauzubillah min zalik.. Jadilah kita hamba yang sentiasa bergantung padaNya dan sentiasa bersyukur selalu atas segala nikmatNya..

Malahan, doa itu harus terus menerus dan selari dengan tindakan kita 
dalam memperbaiki diri, menuntut dan menambah ilmu  untuk 
 menempuh alam perkahwinan dan masa akan datang.
Kita juga digalakkan untuk menyebut dan meminta apakah 'ciri-ciri' pasangan yang kita hendakkan bukannya individu yang khusus cthnya : berilah aku suami yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh pada mu Ya Allah, berilah aku suami yang dapat membimbingku, zuriatku dan generasi keturunanku dunia dan akhirat..

Bagaimana dengan tips2 untuk memilih ciri2 pasangan kita?
Sudah tentu perlu dilihat dari sudut agamanya,
Itulah ciri yang utama..

Ciri tambahan pula adalah akhlaknya..
Bagaimanakah sikapnya, tutur katanya, pergaulannya, hubungannya dengan ibu bapa dan keluarga?
Agama dan akhlak itu yang dititikberatkan..

Sekiranya ilmu agama penuh di dada, namun sikap panas baran, tidak menghormati orang dan bercakap bahasa yang kasar, bercakap dengan nada yang tinggi, ini adalah sifat yang tidak baik.
Malah mempengaruhi hidup bersama untuk masa akan datang..
Bila akhlak rosak, dan bermasalah ini akan mempengaruhi hubungan sesama suami isteri, interaksi dan komunikasi satu sama lain terjejas, salah faham akan timbul dan kemesraan sesama suami isteri akan hilang dan lenyap, kesannya rumah tangga akan menjadi porak peranda.

Terlalu banyak ilmu yang hendak dikongsikan, tapi rasanya perkongsian kali ini sudah memadai bagi sesiapa yang belum pernah mendengar info sebegini..

Mudah-mudahan Ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. 
Mohon maaf di atas segala kecacatan, kesilapan, dan kekurangan yang wujud dalam penulisan ini, kerana aku hanya insan yang serba kekurangan.
Namun teguran dan nasihat yang membina dari kalian pasti dapat 
mempertingkatkan mutu penulisan ini.  
Mungkin penulisan ini kelihatan fokus kepada kaum hawa, 
Namun  kaum adam juga boleh meng'aplikasi'kan ilmu ini ..
Syukran 'ala Kulli hal ..


Untuk mengetahui maklumat lain tentang Jodoh :-

-Hasil Nukilan Saeidah- 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...