Assalamualaikum w.b.t semoga pembaca sihat sejahtera..
setelah sekian lama,, baru kini muncul dengan entry yang baru,,
setelah sekian lama,, baru kini muncul dengan entry yang baru,,
Perkongsian kali ini adalah amat bermanfaat bg sesiapa yang masih belum berkahwin, belum berpunya..dan masih mencari2..
Ilmu ini saiedah peroleh di dalam kuliah,,
Ilmu ini sangat ditekankan oleh pensyarah kepada kita yang masih mencari2 ni..
Katanya..terdapat di kalangan kita..mengapa masih tidak bertemu dengan pasangan hidupnya?
kemungkinan mukanya tidak ada seri dan daya tarikan untuk pasangannya melihat akan kehadiran kita..
Ini kerana mungkin di sebabkan oleh makhluk halus/ angkara aniaya dan fitnah maka wajah kita telah ditutupi d'pandangan matanya.,.
Maka di sini ada perkongsian untuk menaikkan seri muka dan punyai daya tarikan pada wajah kita sendiri.
untuk disenangi dan disukai,,Pensyarah mengingatkan bahawa
daya tarikan itu tidak semestinya perlu wajah yang sempurna dan cantik,,
tetapi daya tarikan itu adalah menyebabkan mata yang orang sekeliling memandang kita akan merasa tenang dan sejuk mata memandang..
langkah2 berdoa..
Di sini terdapat doa yang perlu diamalkan bagi mereka yang ingin mencubanya..
1) Baca al-fatihah (niat akan segala hajat)..
2) Baca doa ini dan hembuskan pada tapak tangan,
serta sapukan ke seluruh wajah.
3) seterusnya, solat hajat, pohonlah segala hajat yang diinginkan dan jodoh anda..
mak berpesan,, janganlah kita menspecifickan siapa jodoh kita,, tetapi pohonlah ciri2 dan kriteria yang kita inginkan..kerana Allah itu lebih mengetahui siapa yang terbaik utk kita,,
sekiranya kita mengharapkan si dia sbg jodoh kita, belum tentu ia yang terbaik utk kita,,tetapi jika kita mengharapkan ciri2 dan kriteria itu insyaallah,,Allah akn makbulkan..
(surah ghafir :60)
"Segala2nya datang dr Yang Maha Esa,,
Segala hajat dan permintaan pohonlah pada-Nya,,
Nescaya akan diperkenankan.. sebaik2 perancangan kita,,
terbaik lagi perancangan drNya utk kita dan masa depan kita.."
"Di mana ada kesungguhan di situ ada kejayaan..
Di mana ada kekhilafan (salah), maka akan ada kekurangannya"
Kenapa perlu berusaha,
sedangkan semuanya telah ditentukan???
Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?
Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.
Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”
Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]
Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”
Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”
Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”
Wallahu’alam.
sumber : http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim #4786.
Teknik mengenal pasti calon yang beragama..
Kita telah sedia maklum bahawa Islam menyarankan mencari pasangan hidup yang beragama dan berakhlak baik. Namun, bagaimana cara mengenal pastinya? Bagaimana seorang lelaki atau wanita itu dikategorikan sebagai seorang calon yang beragama ? Adakah cukup sekadar rajin ke masjid dan rajin mendengar kuliah agama?
Sebenarnya ia amat mudah. Dengan hanya melihat kepada pengetahuan fardhu ain seseorang, kita sudah boleh membuat kesimpulan sama ada beliau tergolong di dalam golongan orang yang beragama atau sebaliknya.
Malangnya, ramai mengambil mudah frasa “fardhu ain.”
Iman Al-Ghazali telah membahagikan ilmu fardhu ain kepada dua kategori. Pertama, ilmu berhubung cara pelaksanaan ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ilmu ini ramai yang tahu, ramai yang amal. Ada juga yang tidak tahu dan sedang berusaha memperbaiki diri.
Kedua, ilmu berhubung cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela di dalam hati seperti rasa tamak, dengki, marah tak bertempat, riak, ujub dan sebagainya. Menurut Imam Ghazali, “Menghilangkan sifat-sifat itu adalah fardhu ain dan tidak dapat mungkin menghilangkannya melainkan dengan mengetahui batas-batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya.” [1] Ilmu ini ramai yang tidak mahu ambil tahu. Jika ada pun, ia tidak dianggap sebagai fardhu ain.
Justeru, wujud masyarakat Islam yang bersolat, berpuasa, tetapi masih melakukan maksiat. Thats why laa ..
Jadi, buka mata kita. Apabila kita melihat seseorang yang suka mengumpat, berdengki, bercakap sombong dan sebagainya, ini menunjukkan beliau belum lagi mempunyai pengetahuan fardhu ain yang lengkap.
Seseorang yang tidak lengkap ilmu fardhu ainnya, sudah tentu tidak mempunyai asas agama yang kukuh. Apabila asas agama tidak kukuh, maka beliau bukanlah calon pasangan hidup seperti yang disarankan oleh nabi s.a.w.
Untuk itu, sama-samalah kita belajar teknik untuk bermujahadah dengan nafsu diri, kerana ia sebahagian daripada perkara yang perlu kita ketahui. Ia adalah fardhu ain.
Antara kitab-kitab yang menyatakan teknik-teknik ini adalah Bimbingan Mukminin. Kitab ini ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang telah disaring dan disemak semula oleh para ulama.[2]
Tassawuf Moden karangan Professor HAMKA juga membincangkan teknik-teknik ini dari perspektif masyarakat Islam moden.
Wallahu’alam.
sumber:
1)Ihya Ulumuddin, Al-Imam Al-Ghazali; Di dalam Kitab Ilmu, Bab Mengenai Ilmu Terpuji dan Tercela …
2)Koleksi kitab-kitab Ihya Ulumuddin mengandungi hadith-hadith daif, palsu serta riwayat yang kadang-kadang tidak bersumber. Justeru, para ulama telah meringkaskan dan menapis maklumat tersebut lalu dijadikan kitab ringkasan seperti Bimbingan Mukminin.
Panduan memilih jodoh dari Rasulullah
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
.
Wallahu’alam.
sumber
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.
3 comments:
Saya mempunyai pengalaman gagal dalam rumah tangga kerana suami saya kelihatan seperti orang yang ‘beriman’ tetapi sebenarnya sebaliknya. Jadi kini saya lebih matang dalam menilai tahap keimanan seseorang. Untuk mengenali seseorang itu beriman atau tidak adalah ketekunan dia mengerjakan solat. Sekiranya solat 5 waktu diringankan misalnya semasa dalam perjalanan ataupun semasa berada di pusat membeli belah atau tempat-tempat awam lain, maknanya dia bukanlah seorang muslim yang baik. Keduanya lihat pada budi bahasanya. Sekiranya bahasanya kesat, merendah-rendahkan orang lain, suka meninggi diri serta sikap-sikap yang menyebabkan orang sekeliling makan hati dengannya, maka dia bukan seorang muslim yang baik walaupun dia bersembahyang cukup 5 waktu sehari semalam. Seorang yang suka berprasangka buruk, cemburu yang ketara, dengki yang ketara, busuk hati ataupun apa-apa penyakit yang berkaitan dengan hati adalah wajar dijauhi terutamya sekiranya ciri-ciri tersebut terlalu ketara walaupun dia seorang yang bersembahyang dan perwatakan baik. Ingatlah, seketul daging itulah yang akan menjadi raja menentukan hala tuju rakyat jelatanya yang lain. Secara rambang kita dapat melihat ciri-ciri individu yang mempunyai iman yang longgar sekiranya dia sering menghadapi masalah dengan masyarakat sekelilingnya, tetapi haruslah dia berada di keliling masyarakat yang beragama juga. Seterusnya nilailah kegiatan harian dia- di mana dia biasa pergi, dengan siapa dia berkawan, apa bahan bacaan, tontonan dan sebagainya. Untuk mendapat maklumat-maklumat ini, anda haruslah bertindak bijak. Maklumat yang dikumpul terus daripada dia adalah lebih cenderung untuk diselewengkan kerana sudah tentu dia yang anda puja akan menunjukkan sikap yang baik semata-mata. Sebaiknya anda tinjau kedaan keluarganya. Adalah penting untuk memastikan ibu bapa sidia juga muslim yang baik dan bergaul dengan masyarakat. Ini kerana sekiranya ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh cenderung untuk tidak memberikan didikan agam yang baik kepada anak-anak mereka. Bagi saya, mencari muslim yang beriman untuk dijadikan pasangan hidup pada zaman sekarang memanglah sesuatu yang sukar, tetapi sekiranya anda berjumpa dengan seorang insan walaupun sering gagal menghadirkan dirinya untuk beribadah tetapi senantiasa sedia untuk mendekatkan diri dengan agama serta sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik, itupun sudah memadai. Semua manusia tidak sempurna. Daripada mendapat pasangan yang dakwanya seorang yang beriman adalah lebih baik mendapat seorang pasangan yang kurang beriman tetapi sentiasa berkehendak kepada agama. Dikhuatiri orang sudah merasakan dirinya ‘beriman’ angkuh, tidak mahu menerima pandangan orang lain serta memandang rendah pada orang yang dirasakan lebih rendah tahap keimanannnya daripada dia. Ingatlah! Sifat angkuhlah yang telah mengeluarkan Iblis daripada syurga Allah, angkuh kerana merasakan Iblis yang dicipta daripada api tidak perlu sujud kepada Adam yang dicipta daripada tanah. Jadi nilailah dengan mata hati, jangan dinilai dengan mata nafsu kebendaan. Carilah cinta agama dahulu dalam diri seseorang kemudian barulah mencari cintanya.
as salam. 3 perkra yg sudah ditetapkan masa kita lahir lg, Allah s.w.t meniupkan roh dlm diri kita dgn adanya 3 perkara iaitu, ajal maut, jodoh dan rezeki. Ciptaan Allah sempurna. jodoh sudah ditetapkan, right?? ok, bila sampai masanya, insyaAllah urusan itu berjalan dgn smooth dgn SYARAT, Allah minta kita bersabar sebelum kahwin dgn menjaga batas pergaulan, tidak melakukan perkara yg menghampiri zina serta amal makruh nahi mungkar. ok, so perlu ke kita couple smpi meluahkan perasaan kepada si dia yg kita tdk pasti suami kita atau isteri kita. bukankah kita telah ditakdirkan utk ‘Mr Right @Miss Right kita? Wallahualam. bersabarlah.. sy sudah berjumpa dgn ramai pasangan yg bercinta nk rak seblm kahwion dgn bercinta nk rak slps kahwin. of course kebahagiaannya seleps kahwin.ini kerana tingkahlaku kita akan mencorakkan anak kita pd masa hdpn. if kita da melakukan maksiat pd Allah dgn zina hati, cmana dgn anak kita nt?? anda marah ke mereka sedangkan anda dlu??? wallahualam.tepuk dada tanya iman? mahu yg mana. sesungguhnya perempuan yg baik utk lelaki yg baik. hilangkan rasa rendah diri kerana Allah da berjanji dlm Al-Quran. so nk dpt yg baik kita kena berusaha ke arah kebaikan. kita manusia.. apa2pa pun, PUT YOUR TRUST TO ALLAH. wallahua’lam
salam, bagaimana jika lelaki ataupun wanita yang keji itu sudah bertaubat…
adakah masih dapat yang keji juga….sya rasa..salah anggapan begitu..
semunya terletak pada yang Esa..dia yang maha mengetahui jodoh kita..
sometime sya tengok org yang keji dapat yang baik….org yang baik dpt yang keji…dia yang Esa je yang tahu kenapa…
itulah dia…Yang Esa..dia sayangkan hambanya…
bagi saya tak ade sorang kat dunia ni yang sempurna imannya…for sure ade buat silap…
cuma kita perlu berdoa…dah jika dah melayarkan bahtera rumahtangga…SOLAT JEMAAH…buat dengan kerap..jgn tinggal solat…
itu lah tiang ugama..itulah yang akan backup kita di dunia dan akhirat…itulah yang akan buatkan rumahtangga seseorang itu bahagia sampai akhir hayat..mcm mak abah kita…
sya cerita ni certia benar,….cuma sya belum pernah alami(belum berumahtangga lagi)..cuma pernah lihat… kawan-kawan yg dah berumahtangga…ade yang dah berpisah…..walaupun dua-dua loving couple..yang Esa je yang tahu kenapa…mungkin ada tinggal satu..who knows
bgi saya..sya harapkan seorang lelaki yang tahu tanggungjawab dia, sayang kat sya…ikhlas…..yang lain kita boleh improve..sya pun sendiri masih lagi menuntut llmu akhirat utk mantapkan lagi dirii saya sebelum ke alam rumahtangga…
kalau ade jodoh ..insyaallah sya kawin tahun hadapan….
sya akan jemput rakan-rakan sekalian..
Post a Comment