Monday, 15 April 2013

PRU13: Keramat!

1 comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca sihat sejahtera. Entry ke 2 untuk bulan April. Pada tahun 2013, merupakan tahun keramat dan bermakna bagi aku yang bergelar mahasiswa tahun akhir di UKM. Sungguh! mengapa aku katakan keramat? Pada tahun 2013 merupakan tahun PRU 13 bagi negara Malaysia tercinta. Aku kini berumur 22 tahun. Dengan itu, umur aku sudah melayak menjadi pengundi tegar yang dapat menyumbang kepada pimpinan Negara akan datang. 

PRU13, banyak perkara yang berlaku di dalam fasa ini, antaranya sidang PARLIMEN bermain tarikh dengan rakyat. Teka-teki ini bermain dengan penuh 'tricky'. Dato' Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tidak berani mengumumkan tarikh pembubaran PARLIMEN. Alasannya, mereka mahu bermain-main dahulu. =_='

PRU13, bahang kempen dan general elections ini berlaku dengan rancak dan sengit sekali. Kesemua parti yang bertanding, cuba menonjolkan kewibawaan Parti dan Calon masing-masing. Manifesto demi Manifesto dibentangkan dengan hanya satu tujuan iaitu untuk mendapatkan sokongan dan meyakinkan Rakyat akan kepimpinan mereka akan datang. 

Isu Manifesto juga menjadi satu persaingan yang sengit, kerana muncul pula isu menciplak manifesto yang telah dibuat oleh Pihak Lawan. Pihak yang menciplak cuba memberikan hujah dan penjelasan mengenai manifesto yang di bawa namun hujah yang diberikan masih tidak mantap dan tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat dan menaikkan kembali ekonomi Negara yang sudah jatuh dan memiliki nilai defisit yang tinggi jika dibandingkan dengan pemerintahan Perdana Menteri sebelum-sebelum ini. Semula.

Tidak kurang juga, pelbagai tawaran dan hadiah cuba disalurkan kepada rakyat demi meraih UNDI. 
Banyak lagi telatah dan ragam sempena kempen PRU13 ini. 

Dan paling penting, aku termasuk dalam kategori FIRST VOTER!.
Undilah Parti dan Pemimpin yang amanah, tidak mempunyai masalah akhlak dan rasuah.

Demi Negara Malaysia dan ISLAM yang tercinta!.
Semoga Hukum Allah dapat ditegakkan dan dilaksanakan di Negara tercinta.
Hukum Allah itu bukan terhad untuk Umat Islam sahaja, tetapi ia 'valid' kepada seluruh umat manusia yang hidup di muka bumi ini.

Penganut yang setia kepada agama masing-masing, pasti menjadi hamba dan rakyat yang baik moral dan akhlaknya. Setiap agama mengajar penganutnya tentang kebenaran dan kebaikan, tidak sesekali mengajar dan mengajak penganutnya kepada kebatilan dan keburukan. 

- 1 UNDI begitu BERNILAI! -

Sunday, 14 April 2013

Love

0 comments



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca sihat sejahtera. Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu yang bermanfaat di laman ini. Rindu rasanya. Perkongsian kali ini berkisar mengenai CINTA. Oh cinta!, bila mendengarnya sahaja boleh membuatkan hati rasa berbunga-bunga. Mempunyai perasaan cinta itu adalah fitrah bagi setiap insan. Namun, perlu dilihat pula bagaimana kita mengurus dan mengendali rasa cinta itu. Adakah dengan cara yang diredhai olehNya ataupun cara yang dimurkai olehNya?

Sungguh, bila berbicara soal cinta, pasti melibatkan isi hati 2 insan. Lelaki dan perempuan lah pasangan dan pelengkap bagi sebuah CINTA. Untuk membina sebuah mahligai yang didasari dengan CINTA yang berlandaskan iman dan taqwa perlu kepada pemilihan pasangan dan penelitian yang mendalam. CINTA di dalam rumah tangga akan mekar jika CINTA itu dibajai dengan kasih sayang yang bersulam dengan iman dan taqwa. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapakah IMAN dan TAQWA itu perlu dititikberatkan di dalam soal CINTA ini. Penjelasan yang saya dapat kongsikan bersama kalian adalah bila cinta yang didasari dengan IMAN dan TAQWA ini, maka cinta yang disuburkan dan disalurkan itu sentiasa memandang dan menitikberatkan tentang keredhaan Allah di dalam segala tindak tanduknya. Jika dia mencintai isterinya, maka pahala yang dia akan peroleh, malah kemesraan sesama isteri juga dia peroleh. 

Cinta yang diikat adalah mengharap redha dari Allah s.w.t semata-mata. Tetapi jika CINTA yang tidak di dasari dengan IMAN dan TAQWA, cintanya hanya berdasarkan nafsu semata-mata, malah apa yang didasari oleh nafsu semata tidak mendatangkan untung dalam jangka masa yang panjang. Jika kecantikan yang menjadi tarikan baginya di dalam percintaan itu, bila kecantikan itu luput dan hilang, maka CINTAnya juga turut pudar, tawar dan hilang. 

CINTA yang diiringi dengan IMAN dan TAQWA, misi dan visi hidup mereka itu terang dan jelas. Arah tuju perkahwinan yang dibina bukan berhenti setakat mereka berdua sahaja. Tetapi  bersangkut paut dengan keturunan dan Generasi yang bakal lahir. Mereka mahu melahirkan generasi yang berIMAN dan berTAQWA. Didikan yang diberikan kepada anak-anak juga berkaitan dengan pembentukan peribadi dan akhlak yang mulia. 

Untuk memperoleh zuriat, generasi dan keturunan yang baik, beriman dan bertaqwa asasnya bermula daripada pemilihan pasangan hidup, misi dan visi kita akan dapat terlaksana jika pasangan kita juga turut mempunyai visi dan misi yang sama. Dengan ini, arah tuju dan matlamat hidup kita dapat dilaksanakan dengan fikrah dan jiwa yang sama. 


Untuk memperoleh pasangan yang terbaik, beriman dan bertaqwa padaNya kita juga perlu mempersiapkan diri ke arah itu. Allah s.w.t akan memberikan pasangan hidup dari jenis dan kalangan kita sendiri. Malah, pasangan kita itu akan menjadikan hidup kita bersama aman, tenang dan tenteram. Kasih sayang akan terbina di dalamnya. 

Sekiranya setiap sebuah institusi kekeluargaan menitikberatkan pendidikan ilmu, iman dan akhlak yang mulia bagi rumahtangga dan generasi mereka akan lahirlah sebuah tamadun dan negara yang mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia. Ketahuilah, asasnya bermula dari diri kita sendiri, didiknya pada institusi kekeluargaan masing2 dan akhirnya terbentuklah sebuah masyarakat yang ber adab dan bertamadun. 

Persiapan dari segi ilmu asas fardhu ain dan ilmu tambahan yang lain juga perlu dititikberatkan, kurangnya ilmu menyebabkan banyak kelompongan dan kepincangan berlaku dalam rumah tangga malahan kesan pada diri sendiri pula akan berlaku gangguan terhadap kewajipan asas sebagai hamba kepada tuhanNya. Jika kurangnya ilmu pasti kita tidak dapat melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang dengan sebaiknya. 

Berdasarkan Firman Allah s.w.t : 
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu ."(Surah Ar Rum: ayat 21)

 "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui."(Surah An-Nuur: ayat 32)

Mudah-mudahan perkongsian entry kali ini memberi manfaat dan pencerahan kepada pembaca dan sahabat-sahabat yang masih tercari-cari CINTA yang diredhai olehNya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diperkenankan apa yang dihajati. Amin!

-   Berhijrah ke arah yang lebih baik!  -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...