Thursday, 15 November 2012

Oh Tesis! - Part 2

0 comments


Assalamualaikum w.b.t semoga pembaca sihat hendaknya. Perkongsian kali ini, sambungan kepada Oh Tesis! - Part 1. Kalau ada yang belum baca lagi, boleh refresh story ni. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memudahkan segala-galanya. Thank You Allah! and gives thanks to all of you yang telah mendoakannya. Semoga Allah membalasnya dan memberkati hidup kalian, amin.

Proposal yang dilakukan telah dihantar dan disemak oleh Penyelia. Alhamdulillah dapat feedback yang baik, namun masih ada sedikit editing yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih lengkap, sempurna dan terbaik! Perlu re'send' semula proposal tu. 

Apa-apa pun, doa+ usaha+ tawakal itu penting. Jika kita usaha sekeras mana pun, jika tidak pohon padaNya, pasti kita tidak akan merasa puas dan bersyukur. Masa tetap berlalu, detik demi detik bertukar silih ganti dan kini telah memasuki zon 'Mid Sem Break' pula. Kebiasaannya memang tempat utama yang menjadi sasaran adalah 'Home' tercinta. Entahlah rasa selesa, bila balik rumah, dapat jumpa Adik Beradik dan Parents.

Namun, time 'Mid Sem Break' ni, diri ini bersama-sama Cik Assignment turut pulang ke rumah. Masing-masing punya perancangan kan, ada yang merancang untuk pulang ke kampung halaman setelah selesai kerja2 yang tertunggak, terdapat juga sahabat2 yang pulang ke Kampus awal untuk menyiapkan projek2 yang terbengkalai. Tapi bagi saya, cuti mesti cuti sebaiknya dan kerja2 pun perlu dilakukan juga, sambil menyelam minum air. (Memang susah buat 2 kerja dalam satu masa) tapi itu yang menjadi pilihan. Mm terimalah penangannya. Ikutlah style,cara dan keselesaan masing-masing. 'Pilihan di tangan anda!'

Choice, you made it!

Tidak lupa juga, pada hari ini juga sudah masuk 1 Muharram a.k.a Maal Hijrah. Kebiasaannya sambutan Maal Hijrah ini disambut dengan membaca doa akhir tahun (tempoh membacanya selepas asar hingga sebelum masuk waktu maghrib) dan doa awal tahun (selepas waktu maghrib) sebanyak 3 kali membacanya. Isu amalan ini menjadi sedikit perbalahan antara kita dek kerana punca utama adalah amalan seperti ini tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. 

Maka dalam kekalutan begini, Ustaz Kemah Keming (UAI) kita telah menjelaskannya di sini Hukum Doa Awal dan Akhir Tahun. Kesimpulannya tidak salah untuk  kita membacanya selagi mana ia membawa kepada kebaikan dan maksud doa tu sendiri baik. Cuma jangan pula kita mendakwa itu sebahagian daripada sunnah ar-Rasul dan kita menetapkan hukum tertentu pula kepada sesiapa yang tidak melakukannya. Nauzubillah! (Moga dijauhkan).

Banyak lagi isu yang hangat ketika 'Holiday' ni, antaranya lagi kecurianugutan dengan pisauIsu Tanah Runtuh di UKM, dan juga isu terkini pula dek kerana sebatang pokok yang tumbang bisa meRanapkan Susur Gajah di DECTAR , sebanyak 25 buah kenderaan terlibat dalam hempapan itu dan tidak tahu apa kes yang bakal berlaku di masa akan datang pula. Seolah-olahnya ini menunjukkan kemurkaan Allah s.w.t kepada kita atas kekhilafan yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar atau  tidak sedar. Jika kita tidak melakukannya, tetapi orang lain yang melakukannya, tempiasnya kita juga akan turut merasakannya. Sememangnya ujian dan Musibah yang Allah timpakan bertujuan untuk hambaNya kembali sujud dan patuh kepadaNya. Check iman masing2, adakah kita ni banyak ingat pada Allah atau lalai dengan dunia sendiri, dan juga alpa untuk mengucapkan syukur di atas segala nikmat yang telah diberi olehNya.

Photo: Tanah runtuh depan FSSK. Jalan depan FSSK menghala ke pusanika ditutup. Perkhidmatan bas tergendala di depan Pusanika, perpustakaan dan kolej Amin. Kesian yang menunggu hari ni.

 Photo: [UKM]

Sebelum ni berlaku tanah runtuh,
hari ni susur gajah berdekatan parking dectar pula...

#peringatan dari Allah,,[muhasabah]
Ya Allah selamatkan dan lindungilah perbukitan ilmu kami ini...#

Photo: Suraya Sweet, ni la weh. nmpk x kepanjangan runtuhan tu. adakah cuti midsem boleh dpnjangkan lg..? haha

Photo: beside dectar, in front of fakulti pengajian islam.
sumber gambar : rakan di FB .
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
 Di dalam Surah al-Ankabut : 2 Maksudnya : "Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
 Allah s.w.t lagi :"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"  (Surah At-Taghabun:11)

Kesimpulannya :
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
" Selamat bercuti semua, teruskan memanfaatkan cuti yang berbaki ini dengan sebaiknya, luangkan masa anda dengan family yang tercinta.."

Monday, 12 November 2012

To : Sunni

0 comments



From : The Amman Message, Jordan

Ringkasan Risalah Amman/Amman Message
(Ijma' 500 orang Ulama Muktabar)

Risalah Amman dikeluarkan pada bulan Ramadhan 1425H/November 2004 di Amman, Jordon oleh Raja Abdullah II dari Jordan bersama-sama Para Ulama Besar Islam. Persidangan Islam Antarabangsa yang terdiri daripada 200 orang Ulama terkemuka dari 50 buah Negara ini menyepakati tentang tiga (3) perkara Asas yang amat penting :

1) Mereka secara khususnya telah mengiktiraf SAHnya kesemua LAPAN (8) MAZHAB yang terdiri dari Ahlul Sunnah (Hanafi, Maliki, Shafi'i, dan Hanbali) , Syiah (Jaafari dan Zaydi) , Ibadhi dan Thahiri yang sebenar dan telah menyepakati definisi yang tepat tentang siapakah orang yang bergelar Muslim .

2) Berdasarkan definisi ini, mereka melarang perbuatan 'TAKFIR' (mengkafirkan orang lain, sesat-menyesatkan ) di antara sesama umat Islam.

30 Berdasarkan MAZHAB-MAZHAB tersebut, mereka telah menetapkan prasyarat yang subjektif dan objektif dalam mengeluarkan FATWA, lalu mendedahkan fatwa-fatwa palsu yang telah dikeluarkan oleh mereka yang jahil dan tidak berhak di atas nama Islam.

KETIGA-TIGA perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh :

i) Pemimpin politik Negara Islam di perjumpaan OIC di MEKAH pada tahun 2005.
ii) ENAM (6) Pertubuhan Ilmiah Islam Antarabangsa.
iii) Akademi Fekah Islam Antarabangsa
iv) 500 Ulama terkemuka diseluruh dunia.




Nasihat Ikhlas dari Majlis Ahli Sunnah Wa al-Jamaah (ASWJ) Malaysia, Renungkanlah!!!

Sumber Hukum tertinggi kita ASWJ  ialah al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias.

Dengan Ijma' 500 orang Para Ulama Muktabar yang ditaja oleh OIC (Mekah) yang wajib kita patuhi, Majlis Sunnah Wa al-Jamaah Malaysia yang cintakan perpaduan, keadilan kebenaran dan kemajuan menyeru jangan ada pihak-pihak yang jahil (iaitu menentang ijma' 500 orang ulama Muktabar) dan tidak berhak atas nama Islam, membuat, mewartakan dan mempertahankan fatwa Palsu yang memecahbelahkan perpaduan Islam dengan menyalahgunakan wang negara/wang kedudukan/wang zakat/ menyalahgunakan kuasa/ pangkat/ jawatan / kedudukan/ undang-undang secara paksaan/ mengamalkan rasuah dengan menaja program-program perpecahan/ menggunakan mimbar-mimbar masjid/ khutbah-khutbah/ media cetak/ media elektronik/ Blog-blog/ Facebook/ twitter 

dalam apa cara sekalipun untuk menghasut & memfitnah, menakut-nakutkan serta menggugat untuk melahirkan perpecahan/kebencian sesama Islam yang akhirnya akan menggugat kestabilan negara dan hanya menguntungkan musuh Islam bagi tujuan menutup kegagalan kita sendiri melaksanakan amanah (Pecah amanah/khianat/ mungkir janji/ kronisme) untuk memajukan, memakmurkan rakyat (melayu Islam).

Dari sudut Ekonomi, pendidikan politik, sosial & sebagainya dengan membesarkan ISU MAZHAB. Hentikanlah perbuatan musyrik ini, muhasabah dirilah! Cerminlah diri kita siapa kita jika dibandingkan dengan Ijma' 500 orang Ulama Muktabar OIC seluruh dunia itu.

Sedarlah, tidak kira sesiapapun kita, tidak kira atas alasan apapun  kita menentang/ menolak/ tidak menerima  pakai ijma ini untuk menggantikan Fatwa-Fatwa Jahil/ Palsu yang sedia ada dengan sendiri kita berlagak menjadi Tuhan, menyekutukan Allah dengan diri kita sendiri/ kumpulan kita/ musyrik-ingkar kepada Islam seterusnya menjadi Agen / Barua syaitan Zionis - Israel - Amerika pengganas Antarabangsa Laknatullah Musuh Utama Islam dan Musuh Utama setiap Orang Islam. Ingatlah! Insaflah! Bertaubatlah!!!

Rujukan :

Sunday, 11 November 2012

En Iman Holiday?

0 comments


Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca dan para blogger sihat sejahtera. Perkongsian kali ini mengenai kisah " En Iman Holiday? " , mm.. ke mana pula En Iman ni ber'holiday' ya?. Kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama sahabat2 sekalian. Hasil Nukilan Cik Cty Radhiah  walaupun ceritanya pendek, namun ia tetap memberi manfaat kepada kita. Selamat membaca dan semoga terhibur :)


google image

Encik Diri : Assalamualaikum Iman.

Encik Iman : Waalaikumussalam tuan.

Encik Diri : Lama awak menghilang, awak kemana?

Encik Iman : Eh, bukan saya diberikan cuti ke tuan?

Encik Diri : Owh, baru saya teringat. tapi saya terasa sangat ketiadaan awak. rasa hidup saya kosong je.

Encik Iman : Hmm, eh mana pekerja yang baru tuan upah tu? siapa nama ye, En. Nafsu kan?

En. Diri : Hmm dia bagus, dengan adanya dia, hidup saya gembira. Dia bawa saya berhibur, nikmati dunia. tapi saya "still" ingatkan awak waktu saya "free". boleh awak kerja harini jugak?

Encik Iman : Ish tak boleh tuan, sebab saya dan En. Nafsu tu tak boleh bekerjasama di bawah satu bumbung. saya takut nanti syarikat tuan huru hara, lama-lama tuan yang pening. Maaf tuan.

Encik Diri : Tapi........... saya tak boleh hidup tanpa En. Nafsu.

Encik Iman : Tuan perlu pilih salah satu antara kami, tak boleh berdua.

Encik Diri : Susah tu, tapi saya rasa saya lebih perlukan awak. Baiklah, saya akan singkirkan En. Nafsu. Awak tolonglah bimbing saya, hidupkan balik solat jemaah kat surau ni, puasa sunat, boleh kan Iman?

Encik Iman : Alhamdulillah, InsyaAllah tuan. saya yakin selepas ni tuan akan lebih bersungguh-sungguh dan tak mustahil tuan akan dilantik CEO (muttaqin) oleh Bos kita (Allah s.w.t) di masa hadapan.
"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman, tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." [2:177]
Katakanlah: " Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." [Al Maa’idah : 77] 


Some Advises For You and Me :

" Jangan biarkan Hawa Nafsu menyelubungi diri, 
kuatkan diri menentangnya demi peroleh rohani yang berkualiti.. "

" Iman di hati, tidak dapat diwarisi
Iman yang berkualiti perlu dicari dan dididik dalam diri.. "

P/s : Mari kita mendidik diri agar menjadi Hamba yang beriman dan bertaqwa kdpNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...