Pages

Thursday, 15 November 2012

Oh Tesis! - Part 2



Assalamualaikum w.b.t semoga pembaca sihat hendaknya. Perkongsian kali ini, sambungan kepada Oh Tesis! - Part 1. Kalau ada yang belum baca lagi, boleh refresh story ni. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah memudahkan segala-galanya. Thank You Allah! and gives thanks to all of you yang telah mendoakannya. Semoga Allah membalasnya dan memberkati hidup kalian, amin.

Proposal yang dilakukan telah dihantar dan disemak oleh Penyelia. Alhamdulillah dapat feedback yang baik, namun masih ada sedikit editing yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih lengkap, sempurna dan terbaik! Perlu re'send' semula proposal tu. 

Apa-apa pun, doa+ usaha+ tawakal itu penting. Jika kita usaha sekeras mana pun, jika tidak pohon padaNya, pasti kita tidak akan merasa puas dan bersyukur. Masa tetap berlalu, detik demi detik bertukar silih ganti dan kini telah memasuki zon 'Mid Sem Break' pula. Kebiasaannya memang tempat utama yang menjadi sasaran adalah 'Home' tercinta. Entahlah rasa selesa, bila balik rumah, dapat jumpa Adik Beradik dan Parents.

Namun, time 'Mid Sem Break' ni, diri ini bersama-sama Cik Assignment turut pulang ke rumah. Masing-masing punya perancangan kan, ada yang merancang untuk pulang ke kampung halaman setelah selesai kerja2 yang tertunggak, terdapat juga sahabat2 yang pulang ke Kampus awal untuk menyiapkan projek2 yang terbengkalai. Tapi bagi saya, cuti mesti cuti sebaiknya dan kerja2 pun perlu dilakukan juga, sambil menyelam minum air. (Memang susah buat 2 kerja dalam satu masa) tapi itu yang menjadi pilihan. Mm terimalah penangannya. Ikutlah style,cara dan keselesaan masing-masing. 'Pilihan di tangan anda!'

Choice, you made it!

Tidak lupa juga, pada hari ini juga sudah masuk 1 Muharram a.k.a Maal Hijrah. Kebiasaannya sambutan Maal Hijrah ini disambut dengan membaca doa akhir tahun (tempoh membacanya selepas asar hingga sebelum masuk waktu maghrib) dan doa awal tahun (selepas waktu maghrib) sebanyak 3 kali membacanya. Isu amalan ini menjadi sedikit perbalahan antara kita dek kerana punca utama adalah amalan seperti ini tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. 

Maka dalam kekalutan begini, Ustaz Kemah Keming (UAI) kita telah menjelaskannya di sini Hukum Doa Awal dan Akhir Tahun. Kesimpulannya tidak salah untuk  kita membacanya selagi mana ia membawa kepada kebaikan dan maksud doa tu sendiri baik. Cuma jangan pula kita mendakwa itu sebahagian daripada sunnah ar-Rasul dan kita menetapkan hukum tertentu pula kepada sesiapa yang tidak melakukannya. Nauzubillah! (Moga dijauhkan).

Banyak lagi isu yang hangat ketika 'Holiday' ni, antaranya lagi kecurianugutan dengan pisauIsu Tanah Runtuh di UKM, dan juga isu terkini pula dek kerana sebatang pokok yang tumbang bisa meRanapkan Susur Gajah di DECTAR , sebanyak 25 buah kenderaan terlibat dalam hempapan itu dan tidak tahu apa kes yang bakal berlaku di masa akan datang pula. Seolah-olahnya ini menunjukkan kemurkaan Allah s.w.t kepada kita atas kekhilafan yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar atau  tidak sedar. Jika kita tidak melakukannya, tetapi orang lain yang melakukannya, tempiasnya kita juga akan turut merasakannya. Sememangnya ujian dan Musibah yang Allah timpakan bertujuan untuk hambaNya kembali sujud dan patuh kepadaNya. Check iman masing2, adakah kita ni banyak ingat pada Allah atau lalai dengan dunia sendiri, dan juga alpa untuk mengucapkan syukur di atas segala nikmat yang telah diberi olehNya.

Photo: Tanah runtuh depan FSSK. Jalan depan FSSK menghala ke pusanika ditutup. Perkhidmatan bas tergendala di depan Pusanika, perpustakaan dan kolej Amin. Kesian yang menunggu hari ni.

 Photo: [UKM]

Sebelum ni berlaku tanah runtuh,
hari ni susur gajah berdekatan parking dectar pula...

#peringatan dari Allah,,[muhasabah]
Ya Allah selamatkan dan lindungilah perbukitan ilmu kami ini...#

Photo: Suraya Sweet, ni la weh. nmpk x kepanjangan runtuhan tu. adakah cuti midsem boleh dpnjangkan lg..? haha

Photo: beside dectar, in front of fakulti pengajian islam.
sumber gambar : rakan di FB .
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
 Di dalam Surah al-Ankabut : 2 Maksudnya : "Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
 Allah s.w.t lagi :"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"  (Surah At-Taghabun:11)

Kesimpulannya :
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
" Selamat bercuti semua, teruskan memanfaatkan cuti yang berbaki ini dengan sebaiknya, luangkan masa anda dengan family yang tercinta.."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...