Pages

Tuesday 25 June 2013

Email : heart.com

0 comments

EMAIL : Heart.com


To : Yang Maha Mendengar.com
Subject : Lubuk hati Paling dalam


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diri ini masih menikmati nikmat iman dan Islam. Kekakadang diri ini leka dan lalai serta jauh dariNya. Inilah masalahnya, masalah iman yang terumbang ambing dek kerana perbuatan sendiri juga. Entahlah, aku merasakan jiwa aku semakin kering dan kontang. Jauh melayang-layang tanpa arah tuju yang pasti.

Kini, aku benar-benar mencari teman sejati yang bisa membimbing diri menuju cintaNya yang abadi dan hakiki. Aku memerlukan pembimbing hidupku y teguh imannya. Kerana dia bakal meneraju bahtera dan nakhoda rumahtangga ini. Dialah yang mempunyai kuasa veto dalam membimbing aku dan anak-anak.

Aku tahu, ia sesuatu yang telah ditetapkan dan dicatatkan olehNya sejak di Lauh mahfuz lagi. Kini, aku tertanya-tanya dan tercari-cari, di manakah Dia sekarang? Adakah dia sedang mencari2 aku juga? Benar, aku merasakan ia semakin hampir, mendekati aku. Tapi adakah ini hanya perasaan ku semata-mata? Banyak benar angan-anganku ini. Tetapi sejujurnya, aku menginginkan suami dan bapa yang bisa membimbing aku, anak-anak dan generasi keturunanku dunia dan akhirat. Mengenal penciptaNya dan RasulNya sebaik-baiknya. Meningkatlah rasa cinta dan Iman kepadaNya. 

Yang Benar,
Aku.

Saturday 22 June 2013

Wahai Hawa!

0 comments

WAHAI HAWA,

Ingatlah!

Lelaki yang baik tidak melihat kamu hanya pada paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuan semata.

lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya sehingga berkemampuan mengoncang keimanannya.

Namun..
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan bersama wanita yang bukan muhrimnya, kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,

Akhir sekali, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

- Care of Our Pride!.. -

Friday 21 June 2013

Zuhud Orang Kaya

2 comments

" Zuhud ialah sifat orang yang tidak terpaut dengan dunia dan kebendaan walaupun dia sedang berhadapan dengan dunia dan kebendaan.. "

[Orang Kaya Zuhud vs Orang Kaya tidak Zuhud]

Orang kaya yang zuhud : Harta dan kekayaan yang dimiliki hanya ditangan, tidak sampai ke hati. Bermaksud kekayaan dan harta yang dimiliki itu disalurkan dan disumbangkan di jalan Allah. Kerana di dalam rezeki itu terdapat hak2 orang lain yang perlu diselesaikan dan dibahagi2kan. Bila harta itu hilang, ia tidak kesal. Bila harta itu datang, bersyukur kerana itu rezeki untuknya. Malah sumber rezeki itu sentiasa dititikberatkan sama ada sumber yang halal atau haram. Tujuannya berharta adalah untuk menyumbang di jalan Allah. Semakin banyak harta y dimiliki, lebih ramai dan banyak orang Islam yang dapat dibantu. Dunia ini hanyalah wasilah (jalan) baginya mengumpul saham kebaikan dan pahala untuk dituai di akhirat kelak. 

Orang Kaya yang tidak zuhud : Harta yang dimiliki untuk kegunaan dan kehidupan dia dan keluarganya shaja. Harta itu tidak ditunaikan hak2 yang terdapat di dalamnya. Kerakusan mengumpul harta semata2 untuk kesenangan, kemewahan hidup di dunia sahaja. Tidak memikirkan tentang akhirat. Sumber rezeki yang diperoleh tidak dititikberatkan dari mana sumbernya sama ada halal atau haram. Harta yang dimiliki itu melekat dihatinya, bila mana harta itu hilang dan lenyap, dia menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima hakikat bahawa semuanya itu adalah pemberian dari Allah s.w.t kepada sesiapa yang dia kehendaki dan akan menarik kembali kepada sesiapa yang dia kehendaki juga.. 

* Mari menjadi orang Kaya yang bersifat Zuhud! Walaupun ia tidak mudah tetapi kita bisa mencuba untuk melakukannya.


[Zuhud Taikun : Zuhud Seorang Kaya/BerKuasa/Banyak Harta]

Bagaimanakah zuhud taikun? 
Bagaimana seorang kaya itu bersifat zuhud?

Zuhud juga bererti: segala apa dr dirimu tidak dimiliki oleh sesuatu pun kecuali Allah.
Taikun bererti: seorang yang kaya, banyak harta, dan berkuasa.

Zuhud bukanlah tidak menyintai dunia, tdk kaya, tetapi bgaimana mggunakan hartanya buat bekal di akhirat. Zuhud dgn meletakkan dunia itu di tangan bukan di hati, apabila kehilangan sesuatu itu mudah dilepaskan dgn tenang tanpa perasaan hati yg terkilan.


Hadis Nabi : "Tidaklah aku dengan DUNIA seperti: seorg dgn tunggangannya yg smpai di sebuah pohon untuk berteduh, setelah hilang penatnya maka dia meneruskan perjalanannya kembali". [Riwayat Tirmizi-hadis Sohih]


Maksudnya, hidup di dunia ini harus berfikir bahawa ianya persinggahan yang sekejap, berbanding akhirat yang kekal abadi.

Antara sifat2 Zuhud:
1.tdk trpedaya dgn dunia yg mnimbulkan kecintaan di dlm hati
2.jgn mnganggap hidup di dunia ini hidup yg lama dn pnjang.
3.jgn hnya mnjaga hal2 dunia brbanding akhirat.
4.hendaklah brsikap sprti org asing di dunia,akn mnjdikan kita kurang mnikmatinya dgn sderhana.

Kesan Zuhud:
Antaranya akan mudah perhitungannya di akhirat, kerana Allah akan menanyakan setiap harta yg dimiliki "dari mana didapati dan kemanakah jalan menghabisknnya?" org yang zuhud akan menjawab mudah andai segala hartanya digunakan di jalan Allah.

Segmen : Al-hidayah TV3
[21/6/2013 : 1.00 - 1.30 pm]
By Ustaz Husni.

Friday 14 June 2013

5 Pencemar Hati Insan!

0 comments


[5 PERKARA PENCEMAR HATI INSAN]

5 Perkara yang bisa mencemarkan, menghitamkan hati insan :
1. Mata : Bila melihat perkara2 yang dilarang, mungkar dan melihat perkara2 yang menaikkan nafsu syahwat akan menghitamkan dan menggelapkan hati. Bila melihat ciptaan Allah s.w.t tidak menyebut ucapan2 pujian kepadaNya spt Subhanallah, MasyaAllah, Allahuakbar. Kita lupa bahawa ketakjuban dan keindahan yang dilihat itu tidak semuanya ciptaan dan kekuasaanNya.

2. Telinga : Sentiasa mendengar perkara2 yang tidak elok, dengar umpatan. Mendengar hiburan yang melalaikan dan melekakan dari mengingatiNya. Sepatutnya dengan telinga yang dimiliki perlu mendengar perkara2 yang baik, majlis2 ilmu, zikir2, alunan ayat sucinya, hadis Rasulullah dan lagu2 yang mendekatkan diri kepada Penciptanya. 

3. Mulut : Gunakan dengan sebaiknya bukan dengan mengumpat dan menjaja cerita yang tidak benar. Gunakan mulut dengan sebaiknya, menyebut kata2 yang baik dan kalimah2 puji2an padaNya dan RasulNya. Umpatan tidak akan berlaku jika tidak ada yang join sekali. Bila majlis umpatan nak bermula, segeralah menghindarkannya. 

4. Perut : Perut yang tidak kisah tentang halal dan haram akan memberi kesan pada hati. Walaupun makan makanan yang halal tapi dari sumber yang tidak halal, maka akan memberi kesan pada si pelaku. Cthnya : Makan harta anak yatim, makan dari hasil curi. Orang yang sentiasa menjaga batasan halal haram, tidak akan terjebak dalam perkara yang syubhah. Siapa y terjebak ke dalam perkara syubhat, maka nerakalah lebih dekat denganNya. 

5. Faraj (kemaluan) : Faraj tidak dijaga dengan baik. Tidak disalurkan dengan jalan yang halal. Nafsu tidak disalurkan dengan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sanggup memuaskannya dengan jalan yang salah, daripada jalan yang dituntut dlm Islam iaitu Perkahwinan. Begitu juga kpd orang lelaki. 

Bila mana kelima2 ini di jaga dengan baik, maka hati ia akan menjadi baik. 
Bila mata dipelihara dgn baik, maka hati akan menjadi bersih dan baik.
Bila telinga dipelihara dengan baik, maka hati akan menjadi bersih dan baik.
Bila mulut dipelihara dgn baik, maka hati juga akan menjadi baik dan bersih.
Bila perut dijaga dgn baik, maka hati akan menjadi baik dan bersih.
Bila faraj/kemaluan dipelihara dengan baik, maka hati akan menjadi baik.

Berdasarkan Firman Allah s.w.t :
وأوفوا بعهدي أوف بعهدكم 
Maksudnya : Dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu. [1] 
( البقرة : 40 ) 

وقال أيضا : فاذكروني أذكركم 
Maksudnya : Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). [2]
( البقرة :152 ) . 

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w pula : 
.. احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ..
Peliharalah agama Allah, maka Allah akan memeliharamu. [3]
[Riwayat Tirmizi]

Intisari yang diperoleh dari rancangan al-Kuliyyah yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Bollywood daripada kupasan Kitab Penawar Hati. Moga ia bermanfaat untuk semua.  :) 
[14/6/2013 : 6.00PM]

* Mari Pelihara Diri dari Perkara2 yang bisa menggelapkan dan mengkaratkan hati,
Mari menuju ke arah yang lebih baik, kita bisa melakukannya! InsyaAllah..

Monday 10 June 2013

Oh Dosaku!

0 comments


[Apa khabar dengan DosaMu?]


" Dosa telah memisahkan manusia itu dari TuhanNya.." 

* Dosa itu pelbagai macam bentuk dan jenisnya. Dosa besar dan dosa kecil.
Dosa besar itu sememangnya diketahui umum. Akan tetapi dosa kecil ramai yang tidak menyedari kewujudannya dan selalu melakukannya. 

Dosa bermaksud; “Setiap perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang disuruhNya atau melakukan apa yang ditegahNya”. Dosa kerana meninggalkan yang disuruh seperti dosa orang yang mengabaikan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Dosa kerana melakukan tegahan Allah seperti dosa berzina, minum arak, mencuri, mengumpat, menipu dan sebagainya.

Dosa mengikut takrifan di atas merangkumi semua jenis dosa sama dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Sebahagian ulamak tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah besar belaka. 

Sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata;

كُلُّ مَاْ نَهَى اللهُ عَنْهُ فَهُوَ كَبِيْرَةٌ
“Setiap yang dilarang/ditegah Allah adalah besar”. (Riwayat Imam at-Thabrani)

Namun mengikut pandangan majoriti ulamak, dosa terbahagi kepada dua iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Pandangan majoriti ulamak inilah yang menepati al-Quran dan hadis kerana Allah berfirman;

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. (An-Nisa’:31)


- JANGAN MEMANDANG RINGAN TERHADAP DOSA KECIL-
Daripada Anas r.a katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).” - [Riwayat Bukhari]

Huraian Hadith: 
1. Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah dan lebih-lebih lagi memandang ringan pada dosa besar.

2. Orang yang paling mengenal Allah selepas nabi dan rasul adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pengetahuan mereka luas yakni tidah menganggap remeh kepada sesuatu perkara.

3. Para sahabat begitu perihatin akan sesuatu perkara dan tidak pernah ia menganggap ringan.

Namun harus diingat, walaupun dinamakan dosa kecil, tetapi ia bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah atau remeh kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

إِيَّاْكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Awasilah kamu sekelian dari dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar)”. 
(Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Berdasarkan Firman Allah s.w.t pula :
Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - [Surah al-Zumar :53]

* Hindarkan diri dari melakukan dosa2 kecil, Nescaya dosa besar kau akan dijauhkan dan dihindarkan darinya. Insaf!.

Monday 3 June 2013

Hati

2 comments

Aku kini dilema,
Aku kini merasakan begitu konfliknya 
perasaan dan jiwa dalaman ini,
Aku merasakan kosong, resah dan gelisah.

Aku benar-benar tidak suka akan konflik jiwa ini,
Aku rasa resah dan gelisah yang tidak sudah2x.

Amalan kerohanian sudah lama aku tinggalkan,

Amalan yang sering menjadi amalanku telah aku tinggalkan,
Kini aku merasakan balasannya terhadap apa yang telah aku lakukan,
Kesannya jiwaku menjadi kosong, kontang dan merasakan sesuatu yang kurang.

Begitu kurang! Aku tidak dapat mengungkapkannya,
Namun rasa itu begitu memberi kesan pada jiwa dan diri aku kini,

Hidup seperti tidak ceria, 
Walaupun banyak senyuman sudah aku lemparkan,
Hakikatnya jiwa aku tidak bahagia!

Jiwa yang tenang dan bahagia bukannya
bisa dibeli dilorong-lorong, atau pasar malam,
Namun ia perlu diperoleh melalui amalan kerohanian yang diamalkan setiap hari.

Jika kita tinggalkan ia walaupun sekejap,
Pasti kesannya terasa dan memberi tindak balas terhadap rohani dan nurani ini.

Ya Allah!
Aku mengakui kealpaan dan kelalaian aku terhadapMu,
Aku telah mementingkan dunia ini daripada memandang akhirat.
Aku telah mengutamakan hawa nafsuku daripada bisikan dan jeritan batin dan imanku.

Aku akui aku telah jauh dariMu,
Aku akui aku dalam kegelapan dan terkapai2x.
Aku berharap akan Rahmat dan KasihMu bernaung dan memayungi aku kembali.
HanyaMu sahaja yang bisa mengembalikan kebahagiaan dan ketenangan yang telah hilang selama ini.

Ya Totmainnal Qulub,
Sabbit Qulubana 'ala dinika wa 'ala to'atik.
Ihdinas siratol mustaqim,
Sirotollazi naan'amta 'alaihim minannabiyin wa siddiqin
wa syuhada' was solihin wa hasuna ulaika rafiqa' ya arhamar rahimin..


Mengapa aku meluahkannya?
Aku sudah tidak tahan lagi memendamnya,
bagiku sedikit tekanan dapat dikurangkan
Pengajaran untuk semua jangan sekali-kali,
Meninggalkan amalan2 yang pernah diamalkan sebelum ini,
Amalan2x tersebut bertujuan untuk menjadi benteng diri dan pelindung diri.
Menghindari dari perkara2 yang tidak baik dan khianat sekeliling.

Dengan amalan ini juga, melatih jiwa kita kental dan kuat pergantungan kepada Allah.
Hati menjadi tenang dan aman. Jiwa bahagia walaupun terdapat masalah yang melanda.
Kerana hati dan jiwa sudah ada 'keterikatan yang kuat' dengan Pencipta yang Maha Esa.

Yang Benar,
Insan yang hina dan lemah.

[8:56pm : 3 Jun 2013]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...