Pages

Friday 10 February 2012

Dapur Berasap

1 comments



 Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca dn blogger sekalian sihat sejahtera...
Kali ini kita bersama di dalam segmen 'Mencuba apa saja..'
Di sini saya hendak berkongsi rasa dn pengalaman..
Membuat ais krim goreng sendiri menggunakan kulit popia..
saja2 'mencuba apa saja'.. 

'' TRY SOMETHING NEW.. ''


Mm.. Mula2 mesti kena ada ais krim.. 




Kemudian, letakkan di atas kulit popia..kulit popia digunakan sebanyak 2 lapisan 
untuk satu ais krim goreng, kerana kulit popia nipis..
Kemudian, lipat2.. menggunakan style masing2..




Haa,, begini bentuk dan rupanya.. 
kemudian, goreng ................ 
tp hati2,, sebab takut kulit popia ni terkoyak..bila kulit popia ni terkoyak..
ais krim ni akn meleleh masuk dalam minyak..dn berlaku percikan yang bertalu2...
Awas!..



Kemudian bolehlah disimpan dalam bekas.. 
Kulitnya sangat rangup ... mm .. cubalah.. 




PERINGATAN : 
1. Sekiranya ais krim yang diletakkan dalam kulit popia tadi agak cair, maka perlu dibekukan dalam peti sejuk utk mengelakkan ais krim itu meleleh ketika makan..
2. Sekiranya guna kulit popia, peluang untuk kulit itu koyak amat tinggi, dengan ini ais krim akan meleleh keluar. Semasa proses menggoreng akan berlaku percikan2 yang bertalu2.. Awas!..
3. Boleh menggunakan selain kulit Popia, untuk membuat ais krim goreng ni..
4. Bukanlah ais krim goreng yang terbaik, tetapi satu cubaan yang terbaik.


'' SELAMAT MENCUBA.. ''

Friday 3 February 2012

Shoot.. Shoot more..

2 comments

Assalamualaikum,, semoga para pembaca dan sahabat blogger tegar,, sentiasa dalam rahmat Nya sentiasa.. sudah lama tak updated blog tercinta ni...Seronok rasa di hati untuk kongsikan info yang simple, tp penuh bermakna.. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan semangat baru untuk anda semua... zass... :)


Let's shoot something dari bulatan gembira tadi.

I. Dakwah itu tidak tertegak atas semangat semata-mata. Bahtera itu tetap akan terus belayar walaupun tanpa semangat. Orang lain masih terus melangkah. Nak kena tinggal?

II. Dalam satu kisah seorang tokoh yang sepatutnya memberi syarahan utama tapi dia turut serta datang awal dan membuat persiapan dewan, menyusun kerusi dan sebagainya. Bila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian, jawapannya mudah,

"Aku tak tahu amal yang manakah akan diterima Allah"
 
Shoot. Tepuk dahi sendiri.

III. Anda islam? Islam pada kad pengenalan sudah cukup?

Islam itu perlu menyeluruh. islam pada fikiran dan akidah. Islam kah cara pemikiran kita? Islam juga perlu pada akhlak. Nama islam tapi akhlak islamnya di mana? Belajar di sekolah dan ditinggalkan celah-celah buku teks? Juga semestinya islam pada perasaan. Seterusnya pasti islam pada amalan dan tingkah laku. Kalau cara cakap serupa yang bukan islam. Errr. Itu susah dik.

Islam itu bermula dengan seorang pemuda. Seterusnya membentuk keluarga. Pastinya individu seorang wanita  yang diperlukan bagi membentuk keluarga muslim sangat memerlukan individu wanita muslim yang sama hebat seperti pemuda yang tadi. Maka, pembentukan seorang wanita muslim tidak seharusnya pernah dipandang mudah. Tugas membentuk keluarga itu terletak pada keduanya.

Isteri bukanlah setakat tukang cuci baju, tukang masak, tukang kemas rumah. Itu semua kerja bibik. Jadi untuk mengangkat martabat seorang isteri tidak bermakna perlu menggaji bibik tetapi turut sama terlibat dalam mendidik, menanam nilai rabbani dalam sebuah rumah tangga.

Errr. Tugas isteri.

Mencungkil nilai khalifah. Merangsang jiwa hamba. Menyemai benih amal soleh. Menyubur iman dan taqwa. Qudwah hasanah pasti posisi paling mustahak. Sabarnya dalam menyusur laluan hidup berumah tangga, dalam mendidik jiwa-jiwa muda khalifah.

Errr. Tak punya pengalaman lagi. Naqibah dah memandai masuk bab BM.

Shoot. yang jelas, islam itu harus pada semua aspek hidup.

IV. Shoot. Banyak lagi. Tapi tak berjaya dihurai strukturnya. Heh. Masalah hati? Astaghfirullah. Mungkin banyak ayat-ayat akademik untuk assignment bersusun dalam otak.

Errr. Atau mungkin sebenarnya semakin kita banyak membuka mata hati semakin banyak yang dapat ditafsirkan. Semakin banyak yang terasa di hati. Seperti tadi budak comel yang bergenang air mata memikirkan nikmat tuhan bila banyak mentadabbur ayat, melihat bukti kekuasaan-Nya. Bergenang di sepanjang bulatan gembira berjalan.

Juga terasa ada rasa suam hangat menyinggah.

Allah hadirkan ujian untuk menguji dan merindui hamba-Nya.Bila diuji apa langkah pertama kita?

Demam. Mana pandol?Sakit perut. Mana minyak?Highest result. Yeahh.

Allah letak mana?

Sakit. istighfar selawat dulu. tenang hati. telan and sapu ubat pelan-pelan.Dapat nikmat. ucap syukur. kurniaan Dia.

Allah letak depan dulu.

Moga Allah redha.

References : http://mutaiyam.blogspot.com/ .. :) tq.
from my lovely friends.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...