Pages

Friday 28 October 2011

IBU BAPA

1 comments




Assalamualaikum,,
pembuka bicara dan salam ukhuwah kepada saudara dan saudari sekalian..

Kali ini terpanggil hati ini,, untuk memberi pendapat dan perkongsian kepada anda semua tentang isu IBU BAPA..

Dunia kita kini, sudah lali dengan berita isu pembuangan anak, anak lari dari rumah, anak derhaka, Ibu bapa tak reti jaga anak, Ibu bapa yang bersalah, anak2 terbiar dan tidak mendapat didikan yang secukupnya dari Ibu bapa mereka.

Perkara seperti ini sudah menjadi kelaziman di era ini,,mengapa perkara sebegini semakin menjadi2 dan tidakkah ada jalan penyelesaiannya??

Di sini, saya ingin mengetengahkan beberapa pandangan tentang isu keibu bapaan..



Saturday 22 October 2011

Because of you (practical)

1 comments



Assalamualaikum w.b.t ...
Alhamdulillah wa syukur lillah..
Bernafas lagi aku sehingga hari ni,
Betapa luas dan besarnya nikmatnya yang dilimpahkan kepada semua
hamba2nya..
Walaupun terdapat segelintir hamba2nya yang tidak bersyukur,
dan tidak pernah mengingatinya..
Rahmat dan rahimnya sentiasa melimpah ruah tanpa berbelah bagi...


Arggh!! sudah bermula pencarian untuk tempat (praktikal) latihan amali...
Pakat ramai2 kita pulun na....
Tempat mana yang hang nak,
Apa yang penting???...
Tempat penginapan disediakan..
Tak de masalah pengangkutan...
Budget  cukup..


Mmmm... Ya Allah mcm mana aku nk cari tempat praktikal ni...
 2 bulan aku kena kerja kat sana nanti..
Pikir punya pikir.. tak pe la, cari tempat praktikal yang senang je la..

ala-ala mcam ILDAS, ILIM, Pusat Pemantapan Akidah ke, Pusat Pemulihan Akhlak ke..
Penjara pun mcm best, tapi seram juga bersama dengan banduan2 ni..
Diorang pun manusia juga..tapi...............................

Klu pusat serenti pula.. fuhh!! mencabar juga ni..
Ya Allah... peningnya...
Nak kena submit kat sini https://smp.ukm.my/slai/index.cfm sebelum mac ni,,
Banyak rentetan prosedur y nk kena buat...


Oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...
Dengan itunya dengan ininya..(assignment, proposal)...
oo..
Skg dh minggu ke 7 dah...
dh nk dekat separuh sem dh belajar kt u ni .....


Apa2 pun,,
Cari tempat kerja yang kita selesa,
dan kriteria yang kita cari dan perlukan itu lengkap dan ada..
yang penting sesuai dengan bidang yang kita ambil di U ..

Lagi satu, dengan Practical ni,
akan menjadi senang utk Projek Amali..
sebab kita dh berada di lapangan..
maklumat juga kita sudah ad serba sedikit..

Banyaknya mengeluh kan..Ish3x....
Memang tak baik...
Astaghfirullahalazim...
Sabar3x....

Selawat byk2,, agr dipermudhkan segala urusan
Dan berdoa agar dibukakan jalan kpd segala kebuntuan dan kesulitan ...


# ayat seribu dinar dan ayat kerusi byk manfaat dan kelebihannya..


  

P/s : sedang tertekan ( stress dalaman, pressure max)...:(

Sunday 2 October 2011

Khidmat komuniti 2011

0 comments


KHIDMAT KOMUNITI, TANGKAK JOHOR



Assalamualaikum w.b.t
Semoga semua pembaca dalam keadaan yang dirahmati dan
 mendapat keberkatan dr Allah selalu..

Pengalaman berkhidmat kpd Masyarakat di Tangkak, Johor..
merupakan pengalaman yang pertama kali dalam hidup..

Membantu membersihkan laman, rumah dan sekitar kawasan rumah orang kampung
adalah sangat menyeronokkan,.
setelah lama tidak pulang ke kampung..
suasana ini dapat dirasai...

walaubagaimanapun... penat itu sudah semestinya wujud
hidangan yang disediakan kepada kami..
dpt menghilngkan dn melegakan penat lelah kami...
hehe... macam la teruk sgt bekerja..

Mudah2an dapat berkhidmat lagi kepada masyarakat yang lain juga di lain waktu..
Ingat!!!.. yang utama adalah mengutamakan ahli keluarga dan kerabat..
sekiranya mereka mmerlukan bantuan atau kewangan..
kita harus mendahulukan mereka..
adik beradik dan ibu bapa juga termasuk di dalam kalangan ahli kerabat dn ahli terdekat
dengan kita..


Nabi SAW menunjukkan contoh teladan membina kerukunan hidup berjiran termasuk mengambil berat dan hidup rukun bersama jiran tetangga.

Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui Abu Zar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata: “Wahai Abu Zar , jika kamu memasak perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu dengan baik.”
Islam menekankan hubungan baik sesama tetangga demi melahirkan suatu kehidupan dalam masyarakat yang harmoni. Mungkin barang yang kita sedekah atau berikan kepada jiran tidak seberapa tetapi nilai ganjaran pahala di sisi Allah sangatlah besar.
Di samping itu, pemberian seumpama itu juga akan mencetuskan nilai kasih sayang sesama manusia. Jibril selalu berpesan kepada Nabi SAW mengenai jiran dan tidak sempurna status iman seseorang seandainya tidak berbuat baik terhadap jiran.
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)
Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni.
Perubahan zaman menyebabkan masyarakat khususnya yang tinggal di bandar kurang berinteraksi dengan jiran. Kesibukan kerja dengan waktu tidak menentu mendorong melakukan hal masing-masing.





Hak Jiran tetangga ada 3 kategori:
Hak seorang bukan muslim : mereka mendapat  1 hak,
iaitu hak sebagai Jiran. kita harus bertegur sapa dan bermesra dgn mereka..

Hak seorang Muslim: mereka mempunyai 2 hak,
iaitu hak sebagai jiran dan hak saudara se Islam. Kita harus melayani mereka dn mewujudkan sifat mahabah di antara kita..

Hak seorang kerabat : mereka mempunyai 3 hak,
iaitu sebagai jiran, saudara seIslam, dn seorang kerabat
kita harus melayani mereka, wujudkn mahabbah di antara kita dn mengutamakan mereka dahulu di dalam semua aspek. cthnya sedekah, jika kerabat kita ad yang memerlukan kita perlu sumbangkn kepada mereka terdahulu..

..JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT..
..MAHABBAH TERJALIN UKHUWAH TERBINA..

"ORANG MUKMIN YANG BERIMAN KEPADA 
ALLAH DAN HARI AKHIRAT
ADALAH ORANG YANG MENJAGA 
HAK2 KEJIRANANNYA.."

please see this :
dan kupasan lebih lanjut :



Wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...