Pages

Saturday 30 June 2012

Hasad Dengki

0 comments


Perkongsian : Hasad Dengki

3 Tanda orang berhasad dengki

1. Bergaul dengan baik di hadapan sahabatnya, bermesra, berkasih sayang..
tetapi ketika dihadapannya sahaja (bermuka-muka)
2. Ketika ketiadaannya atau dibelakangnya, kita menceritakan keburukannya dan aibnya.
3. Ketika sahabat di timpa musibah, kita bersuka ria dan gembira atas musibah yang menimpa dirinya.


 

5 Kesan hasad dengki dalam diri dan hati

1. Merosakkan ketaatan kepada Allah dan menghapus pahala amalan kita.
2. Akan melakukan maksiat dan kejahatan (spt sihir, merosakkan hidupnya, semata-mata untuk melihat hidupnya sengsara
3. Penat dan berduka cita tanpa faedah (hati menjadi benci dan berdendam kepada sahabat).
4. Buta hati, dan tidak dapat memahami hukum-hakam Allah.
5. Terhalang daripada mendapat taufiq Allah dan tidak berjaya mencapai apa yang kita hendak (tidak akan dimenangkan atas musuh)


Di dalam persahabatan, sekiranya perasaan hasad dengki itu wujud, perselisihan faham akan muncul,
dan kasih sayang tidak wujud antara satu sama lain. ini akan menyebabkan permusuhan (perang hati, memusuhi satu sama lain, dan menghapus amal kita ) 

Jangan lupa sebelum tidur, amalkan ayat kursi dan 3 surah
 terakhir (al-ikhlas, falaq, an-nas) - moga mendapat perlindungan dan terhindar dari segala perkara kejahatan, perkara ghaib dan segala perkara yang tidak diingini berlaku.

* Untuk mendapat ketenangan jiwa dan terhindar dari perasaan hasad dengki,
sebelum tidur, kita perlu memaafkan semua orang .. dan berdoa juga kepada Allah agar orang lain juga memaafkan kita. Agar hati dan fikiran menjadi lapang dan kosong..



Friday 29 June 2012

Harta : Memiliki dan Mencintai

0 comments


Perkongsian : 'Memiliki' dan 'Mencintai'..

Terdapat perbezaan di antara keduanya..
Memiliki harta dan mencintai harta..
adalah berbeza kefahamannya..

Memiliki harta, mempunyai banyak harta..
tapi hati/jiwanya tidak lari dari mengingati akhirat..

Manakala mencintai harta/dunia..
hatinya semata-mata untuk dunia,
dia tidak memandang yang lain, melainkan
hanya untuk dunia semata2..
moga kita dijauhkan..

 


* Abd Rahman Auf, adalah contoh teladan yang terbaik,
harta yang dimiliki di infaqkan di Jalan Allah,
itu yang kita mahukan.. harta yang dimiliki hanya di tangannya sahaja, tidak sampai ke hatinya (harta yang ada tidak melekakan/melalaikan diri dari ingat akhirat)..
orang Islam, perlu banyak menyumbang untuk kemajuan Ummah dan Islam sendiri..

... " اليد العلياء خير من اليد السفلى " ...
(Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah)
Maksudnya :
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.. :)




'' Kecintaan dunia punca segala kerosakan ''

Bersederhanalah kita dengan dunia,
tetapi bukan meninggalkan dunia,
dan tak juga melupakan akhirat..

Di Dunia tempat kita menanam kebaikan dan pahala,
Di akhirat tempat kita menuai, dan memperoleh hasilnya.

Link lanjut mengenai 'bersederhana' : Zuhud (bersederhana)

Wednesday 27 June 2012

Bebas Hutang

0 comments


...BEBAS DARI HUTANG....

"Seorang sahabat Rasulullah bercerita, sewatku kami sedang duduk bersama nabi, ada yang datang membawa jenazah dan meminta baginda menyembahyangkannya. Baginda bertanya:"Adakah ia (si mati)mempunyai hutang?. "Mereka menjawab: "Tidak." tanyanya lagi: "adakah ia meninggalkan sesuatu (yang boleh diwariskan)?" jawab mereka ,"Tidak." Lalu baginda pun menyembahyangkan mayat tersebut, k
emudian satu jenazah lagi di bawa kepada Rasullullah."Wahai Rasullalah, sembahyangkanlah jenazah ini ", mereka meminta.

Tanya Nabi "Adakah ia mempunyai hutang ?", apabila dijawab "Ya"  Nabi bertanya,"Adakah ia meninggalkan sesuatu, jawab mereka "Tiga dinar." Baginda pun menyembahyangkannya.

Sesudah itu dibawa pula jenazah yang ketiga. Mereka juga meminta nabi menunaikan sembahyang jenazah. Nabi bertanya ; "Apakah si mati ada meninggalkan sesuatu?" mereka menjawab, "Tidak ada." Nabi bertanya : "Adakah si mati mempunyai hutang ," mereka menjawab"Ya ,dia mempunyai hutang sebanyak tiga dinar."

Lantas rasullullah bersabda ."Kamu sembahyang kanlah temanmu ini" Seorang yang bernama Abu Qatadah segera berkata."Sembahyanglah dia wahai Rasullullah saya akan menanggung hutangnya ."Kemudian baginda menyembahyangkan mayat tersebut.

Peristiwa tiga jenazah ini sewajarnya menjadi bahan renungan bersama, betapa pentingnya kita dapat membebaskan diri dan melunaskan hutang sebelum ajal tiba. Kerana itu jugalah sebelum jenazah dikebumikan, ahli waris akan menghebahkan supaya orang yang memberi hutang tampil menuntut hutangnya atau mengikhlaskannya. Dan sebelum faraidh dibahagikan kepada ahli warisnya, hutang-hutang si mati patut dilunaskan dulu, 

kerana roh orang yang sengaja tidak mahu melunaskan hutangnya sedangkan dia mampu berbuat demikian akan tergantung antara langit dan bumi, jika orang yang memberi hutang tidak merelakan atau memaafkan hutangnya itu.
Sebuah lagi hadis mengingatkan, 
"Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya". 
-Riwayat muslim. -
Sudah tentu kita semua tidak mahu dinyatakan bankrap 
atau muflis bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat!

Barangkali, memandangkan akibat dan beratnya masalah berhutang ini, Allah menerangkan secara terperinci melalui kalamNya, Al Quran, perkara-perkara yang patut dilakukan oleh orang yang berhutang dan pemberi hutang dalam surah Al Baqarah ayat 280:

"Apabila kamu menjalankan suatu urusan dengan hutang piutang....."(dan seterusnya). 


Rasulullah juga memberikan banyak contoh-contoh kepada orang yang berhutang dan pemberi hutang 
1. "Sebaik-baik kamu ialah orang yang membayar hutangnya dengan cara paling baik," - dengan cara membayarnya secepat mungkin, dan membayar lebih sedikit dari kadar hutang. - cth rm 5.00 hutang, bayar kembali rm 5.50


2. "Bertolak ansurlah kamu nescaya kamu juga akan diberi tolak ansur" 


3. "Sesiapa yang menangguhkan tuntutan bayaran kepada orang yang sedang 
berada dalam kesusahan ataupun dia memulangkannya (mengikhlaskannya) 
nescaya Allah akan menghisabnya(pada hari qiamat) dengan hisab yang mudah"
 
Akhirnya mari kita hayati bersama pesanan Rasulullah ini: "Sesiapa yang berhutang dan dia berniat hendak membayarnya, nescaya Allah akan mewakilkan malaikat yang sentiasa memeliharanya dan mendoakannya hingga dia dapat membayarnya" 

Tuesday 26 June 2012

Bussiness dan Komunikasi

2 comments

Perkongsian : 'Perniagaan' dan 'Komunikasi'

Berniaga, bussiness,, berniaga apa?
terpulang, apa jua bentuk perniagaan selagi tidak melanggar syarak
itu yang kita perlu cari dan dituntut oleh Islam..

Maju... yang manakah lebih maju?..
perniagaan orang Islam atau bukan Islam?
Rata-rata hari ini, kita melihat tarikan orang ramai
terhadap bussiness orang bukan Islam lebih menggalakkan..

Cth perniagaan : kedai makan, kedai runcit, perniagaan sendirian berhad 
dan seumpama dengannya..

Hendak dibandingkan kualiti produk?..
Kita sbg Umat Islam sentiasa menyediakan produk yang terbaik,
Macam mana dengan kebersihan dan halal?.. itu juga kita titikberatkan..

Namun, terdapat satu perkara yang terlepas pandang oleh semua peniaga yang beragama Islam.. iaitu komunikasi.


 

Komunikasi itu kurang dititikberatkan, komunikasi terhadap pelanggan atau dikenali sebagai customer service..
Komunikasi melibatkan eye contact, keramahan, senyuman, dan kesediaan kita berinteraksi dengan pelanggan.. Sekiranya perkara2 yang berkaitan denga customer service tidak diambil berat, walau bagus dan hebat mana produk kita!
jangan mimpi kita akan maju ke depan, bahkan kita akan ketinggalan..

* Islam itu syumul, lengkap, menyeluruh dalam semua aspek, spt politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dll. Macam mana ekonomi Islam nak maju, jika adab bersama pelanggan tidak dijaga dan dititikberatkan, kita bukan semata2 berniaga, tetapi kita membawa imej dakwah Islam,, kita menyebarkan agama dan wasilahnya berniaga,

" kerana itu, kita ada dengar bahawa janganlah kamu menjual ayat-ayat quran dengan harga yang murah.. ini berkaitan dengan sikap umat Islam, yang berniaga tetapi adab sesama pelanggan tidak dijaga.. Dengan itu, perniagaan kurang maju, malah imej tercemar.. Allah!..
Islam penuh dengan adab yang mesti dilakukan untuk kesejahteraan semua.

-.. Perubahan ke Arah yang Lebih Baik.. -

Monday 25 June 2012

Tight up your principles

0 comments




" Benarlah, kita perlu berpegang pada prinsip... Prinsip?..
orang yang mempunyai prinsip, adalah orang yang mempunyai matlamat, dan objektif yang jelas terhadap apa yang dia mahukan dalam hidup.. "

Untuk terus berpegang pada prinsip, diri perlu ada suatu 'inspirasi' yang dapat memotivasikan diri..

Apa beza inspirasi dan motivasi ?..
Motivasi, hanya berkobar2 untuk mencapai sesuatu dalam masa2 tertentu sahaja,
Manakala Inspirasi pula berkaitan dengan dalaman diri iaitu 'in spiritual'..
bila diri kita mempunyai inspirasi, walau apapun perkara yang cuba hendak menganggu matlamat kita, kita tidak akan mudah tergugat..

jika motivasi, ia hanya bersifat luaran, dia hanya berkaitan dengan emosi sementara sahaja kesannya.. manakala inspirasi berkaitan dengan kuasa jiwa dalaman, itu yang 'give the powerful strength' to throughout our life although many obstacles..

* Berusahalah untuk pertahankan prinsipmu, selagi mana tiada hujah yang lebih kuat yang dapat mematahkannya.. yakinlah akan apa yang kamu pertahankan.. Jika tiada prinsip yang kau pertahankan, maka amat mudahlah dirimu ditumpaskan dan hidupmu pasti akan terumbang-ambing dan menjadi tidak tentu arah.. :)

- Pertahankan prinsip, bukan secara mem'babi buta', janganlah jadi jahil lagi sombong.. Semoga kita dijauhkan dariNya.. Apa yang dilakukan mestilah Lillahitaa'la, hatta sekecil2 perkara, walaupun terdetiknya hati untuk melakukan sesuatu, mudah2an 'detikan' itu ke arah yang diredhai, bukan yang mengundang murkaNya.. :)

Sunday 24 June 2012

4 Peringkat Virus Dosa

0 comments

Perkongsian : 4 peringkat Virus Dosa..

Virus? Dosa?.. 
Sesuatu yang merbahaya jika merebak dan tersebar dalam hati/diri manusia.. 

Terdapat 4 peringkat Virus, virus ini mula menyelinap masuk dalam tubuh dan akan terus merebak ke dalam diri dan hati kita..

Bagaimana untuk mengenal pasti virus ini wujud atau tidak dalam diri?..
Adakah anda rasa bersalah, biasa, manis atau mahu perjuangkan dengan dosa yang ada?

1. Rasa Bersalah - ini adalah peringkat beginner (permulaan), bersyukurlah kita kerana masih dikurniakan rasa bersalah ini, kerana kita masih awal untuk patah balik.

2. Rasa Biasa- Peringkat ini, sudah masuk ke zon yang tidak baik untuk hati/jiwa manusia. Kerana si pelaku akan bersahaja menjalani kehidupan seharian, tanpa ada rasa apa2 kesalahan dan sesuatu perubahan yang perlu dilakukan..

3. Rasa manis - tahap ini sudah berada di stage keempat dalam penyakit barah,
si pelaku boleh merasa gembira dengan dosa yang mereka lakukan, malah mereka bangga dengan apa yang mereka lakukan. (Berat nanang!)..

4. Perjuangkan dosa- Apa itu?.. Ini adalah stage paling kritikal, seakan-akan tidak ada ubat, namun sebenarnya masih ada jalan dan ruang iaitu kembali kepada Allah (taubat).. Si pelaku dikenali juga sebagai orang yang menegakkan 'kemungkaran' dan menentang 'kebaikan'.. Sifat ini adalah sifat orang munafik. Segala program yang berbentuk kelalaian dan kemaksiatan itu yang akan diperjuangkan, apa sahaja jenis dan bentuk program yang berbentuk keinsafan dan kebaikan, mereka akan menyekat dan menghalang.. Nauzubillah!...

* Kenali peringkat virus yang wujud dalam diri, dan ubatilah dengan merendahkan diri kepada Allah dengan cara, lakukan sunat taubat, solat hajat kepada Allah, dan tindakan yang terbaik, amalkan sunat tahajud, taubat, dan hajat kepada Allah s.w.t
Semoga segala sifat mazmumah dan virus2 yang wujud dalam diri dapat dikikis dan dibuang.. InsyaAllah!.. :)

Saturday 23 June 2012

Roh dan Jasad

0 comments

Perkongsian mengenai 'Roh' dan 'Jasad' :

Hakikatnya diri kita ada 2, roh dan jasad..
Ketahuilah yang bersemangat, tidak bermaya, cergas itu adalah roh..
Jasad hanya pelaku tindakan daripada mesej yang diterima..

Kita perlu sedar,
Bahawa kita juga perlu menyayangi dan memelihara diri kita yang satu lagi (roh),
kita perlu berinteraksi dengan dia, kita perlu menggerakkan dia
dan sentiasa memberi motivasi pada dia untuk terus berkhidmat untuk jasad kita..
Jika roh kita 'mogok', maka kesannya pada jasad kita..




Jika penjagaan kita terhadap diri kita yang satu lagi (roh),
tidak baik, dan kurang memuaskan, maka (roh) kita akan menjadi lemah
dan tidak bermaya.. maka hari2 yang dilalui seperti tidak bermakna dan tidak ada erti, walaupun kita menjalani hidup seperti biasa..
 

* Motivasikan diri anda yang satu lagi, berinteraksilah dengan sebaiknya dengan diri anda itu, apa yang penting.. kebajikan roh dan jasad anda terbela dan terpelihara..

Untuk mendapat 'Qalbun salim' (jiwa yang tenang) dan 'Jismi Salim' (Tubuh yang sejahtera/sihat), Umat Islam itu perlu kuat dalamannya dan luarannya, utk memperoleh iman yang hebat dan mantap..


" Bersama2 kita merealisasikannya dan mengamalkannya" 
InsyaAllah!.. :)

Friday 22 June 2012

'Kesan' dan 'Terkesan' melalui Dakwah

2 comments



Perkongsian mengenai "Kesan dan terkesan"..

Terkesan mendahului kesan..
apabila sesuatu itu menyebabkan 'terkesan' dalam hati dan diri,
maka akan ada kesan menyusul/ menzahirkan apa yang terkesan dalam hati/diri..

Rupa2nya :
Di antara perkara yang membuatkan seseorang boleh 'terkesan' adalah dengan melihat seseorang itu :
1. melalui apa yang di'kata'kan oleh seseorang .. (dakwah bi al-lisan)
2. melalui apa yang di'laku'kan oleh seseorang itu .. (dakwah bi al-hal)
3. melalui apa yang di'tulis' oleh seseorang itu.. (dakwah bi al-tqdwin)

dan juga, seseorang itu boleh 'terkesan' melalui :
1. dakwah bi al-hikmah (kata-kata dan cara yang bijaksana)
2. dakwah fardiah (dakwah kepada individu/kumpulan kecil)
3. dakwah 'ammah (dakwah kepada orang ramai/ kumpulan lebih besar)

* Setiap orang Allah s.w.t telah anugerahkan mempunyai pengaruh yang tersendiri. Tambahan pula, pengaruh yang ada boleh mempengaruhi orang lain dan keadaan sekeliling, sekiranya seseorang yang melihat diri kita 'terkesan' dengan tindakan, perkataan atau keadaan yang lahir dari diri kita dan memberi 'kesan' yang baik dalam diri seseorang itu, maka itu adalah natijah yang baik. Jika sebaliknya, moga dijauhkan. Maka dengan ini, sebar-sebarkanlah pengaruh yang baik disekeliling anda.




-..... hukum law of attraction .... - 
what you did, you get back.. :)

Thursday 21 June 2012

Zero to success!

0 comments

"..  zero to success ! .. "

say no pada malas,
say yes pada rajin,

say no pada leka,
say yes pada tumpu..

say no pada biasa2 aje,
say yes pada luar biasa,

say no pada entahlah,
say yes pada pasti,

say no pada berserah je lah,
say yes pada kita mampu buktikan!...

 '' Kepada semua Sahabat yang turut sama menempuh final exam ni,
semua boleh!.. ''

.
* mood 
pulun2x... tak cukup masa dah ni..
mesti pecut as kayuh basikal... :)
kayuh basikal? laju ke?.. (lebih laju la dari jalan kaki).


perlu melangkah menerjah 4 paper lagi.. banyak juga tu..
Gagahkan jiwa, jegilkan mata, buka dan kosongkan minda 
untuk memasukkan data-data yang seterusnya..
(manusia = robot yang berakal, semuanya bersistem).. apa2pun
manusia adalah sebaik-baik kejadian dari Allah.. 
- Alhamdulillah, Thank you Allah! -

Wednesday 20 June 2012

4 Tanda Hidup tak Berkat

2 comments


4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga
 —

Link Rujukan : Islamic Articles

Tuesday 19 June 2012

Parah Hatiku, Ya Allah!..

0 comments

Astaghfirullahal'azim.............................. 3x
Banyaknya dosa ku Ya Allah..


Hari demi hari, detik demi detik..
segalanya berlalu bagaikan tiada apa yang berlaku..

Setiap hari yang dilalui seperti rasa tiada erti,
entah mengapa aku rasakan begitu,,
mungkin kerana aku telah jauh dari-Nya,

Sudah lama aku tidak bersama-Nya di malam hari..
aku cuma memikirkan tentang diri ku saja,

Tapi aku telah lupa akan pencipta ku..
Tikaku berada di atas awangan,
Aku tidak sekali2 melihat ke bawah,

Namun bila aku sudah berada di bawah,
Baru ku mengerti betapa tingginya berada di awangan..

Ini yang menyebabkan aku alpa, leka dan lalai,
Sesungguhnya, sejujurnya aku rindu pada Mu 
Ya Allah!...

Aku amat merindui kemanisan imanmu,,
Aku amat rindui untuk mengadu semahu-mahunya kepada Mu,
Aku amat rindu akan rasa ketenangan dalam hati..
Aku amat rindu akan rasa syahdu bila mengenangkan kekuasaanMu..
Aku amat rindu untuk mengalir air mataku semahu-mahunya bila membuat pengakuan
akan kesalahanku padaMu,

Ya Allah,
Betapa lemah dan hinanya diri ini,
Ya Allah,
Betapa jahilnya hamba mu ini,
walaupun sudah berada di tahap yang tinggi dalam menuntut ilmuMu,
Namun aku masih tidak punya apa-apa, 
Aku rasakan seperti aku tidak pernah belajar di muka bumi ini,
Ya Allah,
aku amat merinduimu Ya Zaljalaliwal Ikram..

Entah mengapa aku merasa diriku kosong,
walau aku cuba untuk mengisi hatiku,
Namun kekosongan itu masih terasa..

Ku rasakan seperti satu kelompongan dan kekurangan yang amat ketara dalam hatiku
Aku merasakan seperti tidak ada arah tuju untuk aku terus hidup di atas muka bumi ini,
kerana Aku tidak merasa nikmat iman itu,
betapa ruginya aku, nikmat iman itu amat samar-samar dari lubuk hatiku untuk aku merasainya..

Allah!!,, mengapa diriku kini terasa amat 'down' sekali..
Aku tidak tahu Ya Allah!...

Kau tenangkanlah kembali hati hambaMu ini,
Kau berikanlah hidayahMu kepadaku,
Kau berikanlah kembali rasa nikmat kemanisan ImanMu Ya Rabbul Izzati..

Aku seperti hilang arah, jika aku tidak dapat bimbingan dan pengawasan dariMu ..
Ya Allah jangan kau biarkan hambaMu mentadbir diri ini sendiri walau sesaat.. 
Ya Allah janganlah engkau biarkan nasib kami, ditentukan oleh kami sendiri
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..


Aku takut Ya Allah,
Jika aku kekal dalam kegelapan dan kesengsaraan ini,
Aku takut Ya Allah,
Jika aku tidak beroleh peluang yang kedua,
Aku takut Ya Allah,
Jika Aku masih tiada perubahan.. 
Aku takut Ya Allah,
Jika sisa2 hidupku yang terakhir,
bukan berada dalam husnul khatimah..
Kau jauhkanlah aku dariNya.. 




 Doa al-Ma'thurat.. (amalkan selepas subuh dan selepas asar)

"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basahmengingati dan menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak  lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah)..



* semoga diri ini diberi kekuatan untuk terus bangkit dan meraih kembali kemanisan imanMu..

Sunday 17 June 2012

Luangkan Masa untuk Mereka

0 comments


‎" Masa bersama ibu bapa tidak lama, masa berlalu sangat pantas. Sekejap sahaja mereka sudah berusia. Andai kita terlalu sibuk, tidak luangkan masa dengan mereka, bimbang kita tidak sempat 'rapat' dengan mereka sebelum nafas terakhir. Raikan dan hormati hak masing2.. " 

* tanamkan niat dan impian, agar kita diberi kesempatan utk bersama dengan mereka di saat akhir hayat mereka, kita sempat menata
p mereka untuk kali terakhir, dapat menunaikan hajat mereka selagi sesuatu itu masih dlm kemampuan dan daya upaya kita, dapat memandikan mereka, mengkafankan dan menyembahyangkan mereka, dan menjadi anak yang 'membantu' mereka di alam sana.. :) - mari bersama2 kita impikan dan tanamkan dalam diri.. semoga ianya dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan tercapai.. amin..
" ................لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ................"

Saturday 16 June 2012

Peranan dan Kasih Bapa

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan para blogger sekalian,
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat illahi, kerana masih diberi nikmat iman
dan Islam .
Bersyukur juga kerana ada dikalangan kita masih mempunyai kedua ibu bapa,
dan tidak kurang juga, terdapat juga sebahagian dari sahabat-sahabat kita yang sudah kehilangan orang tua mereka..

Subhanallah, betapa indahnya kasih dan sayang itu,
Allah curahkan sifat Maha Rahman dan Rahim kepada seluruh hambanya..
segala sifatnya dibiaskan kepada mahkhluk-makhluknya.. sifat kasih dan sayang yang kita kecapi, dan rasai ini hanyalah secebis cuma.. Kerana Limpahan Kasih dan RahmahNya begitu luas..

Pada kali ini, terdapat satu perkongsian menarik yang ingin dikongsikan bersama sahabat,
iaitu Peranan dan Kasih Seorang Bapa. Perkongsian ilmu yang diperoleh dari program Hal Ehwal Perdana Islam yang bertajuk 'Bingkisan Buat Ayahanda'

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (surah al-tahrim : 6)
"Peliharalah anak dan isteri kamu dari Neraka Allah.."
Apa yang hendak saya kongsikan adalah Peranan Bapa!..
Sememangnya pada hari ini zaman keruntuhan akhlak dan moral sudah berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kini tidak kira lelaki mahupun wanita.

Apa yang lebih membimbangkan adalah institusi keluarga itu diketuai oleh Bapa yang tidak dapat memandu dan membimbing anak dan isteri ke arah jalan yang diredhai oleh Al-Khaliq (Maha Pencipta sekalian Alam).
Kaum Bapa juga perlu membaca buku dan menambah ilmu, kerana ia menjadi tempat  
rujukan anak dan isteri,
Jika bapa kurang ilmu dan pengetahuan, maka si bapa tidak dapat mendidik
agama anak dan isteri dengan acuan yang betul dan dikehendaki syara'...

Peranan Ayahnda boleh diringkaskan kepada 4 perkataan iaitu (P.L.K.N) :

P - Pimpin - dia perlu menunjuk jalan pada anak dan isteri menuju jalan yang lurus dan diredhai Allah 'azzawajalla (membina biah solehah dalam rumahtangganya solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak, menunjukkan qudwah hasanah (contoh dan teladan yang baik kepada mereka).

L - Lindung - Si bapa yang melindungi anak-anaknya dan isteri tercinta, bukannya haruan makan anak, Harapkan pagar, pagar makan padi, bapa lah menjadi tempat mereka mendapat keamanan dan ketenteraman. Care n safety . Bapa seperti safety guard, kekuatan yang dimiliki untuk menjadi pahlawan dan pelindung kepada keluarganya. Si bapa juga perlu kisah akan hal anak-anaknya, agar anak-anaknya sentiasa dalam pemantauannya. Ke mana anak pergi, dengan siapa dia berkawan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan surrounding si anak dalam keadaan yang baik sentiasa. (Jika tempat utama sudah tidak selamat, ke mana mereka hendak berlindung!)

K - Ketegasan - Kasih sayang ini diluahkan dengan memberi nafkah kepada anak dan isteri, menjaga makan,minum, pakai mereka. Ketegasan ini perlu untuk memastikan keadaan sentiasa dalam keadaan yang terkawal, jika si bapa tidak waras, mana mungkin dia dapat memastikan keadaan keluarganya dalam keadaan yang terkawal.

N- Nasihat/ Nafkah - Mencari rezeki untuk anak dan isteri. Jika si bapa seorang yang goyang kaki di rumah, maka ini  'kiamat' namanya. (Al-Rijal Qawwamun al-Nisa' ) lelakilah yang berada dihadapan dan mendahului wanita dalam konsep kepimpinan .Walaupun tidak dinafikan wanita juga boleh menjadi pemimpin, tetapi lelaki itulah pemimpin kepada wanita. Si Bapa juga perlu sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada anak-anak dan isteri. Sentiasa mencurahkan ilmu baru atau perkongsian baru kepada anak dan isteri untuk penambahbaikan iman dan akhlak untuk kesejahteraan institusi sesebuah keluarga.

''Sebaik-baik bapa adalah yang baik dengan ahli keluarganya..''

(Rasulullah s.a.w menunjukkan teladan mengenai kasih sayang kepada masyarakat Arab pada masa itu yang tidak biasa dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ) Seperti yang kita ketahui
''Rasulullah s.a.w di utuskan adalah untuk menyempurnakan Akhlak. ''

Ketika Rasulullah s.a.w meriba cucunya Hasan dan Husin, baginda di datangi oleh seorang sahabat dan bertanyakan mengapa baginda meriba cucunya? Katanya :Aku tidak pernah meriba anak-anakku dari yang pertama hingga kesepuluh.. Rasulullah s.a.w menjawab : '' Ucapkanlah dan luahkanlah rasa kasih dan sayang  dan tunjukkan kasih dan sayang itu kepada anak-anak dan isteri. ''

Sekali-sekala, ucapkanlah rasa kasih dan sayang kepada anak dan isteri, kita tahu kebanyakknya lelaki ego untuk mengucapkannya, tapi luahkanlah ia dan tunjukkanlah rasa kasih dan sayang itu.. terutama sekali kepada si isteri  kerana telah melahirkan zuriatnya, kerana telah bersusah payah sepanjang tempoh menjaga kandungannya. Si isteri memerlukan kata-kata semangat dan luahan rasa kasih dan cinta dari suaminya..

'' Orang yang tidak amanah, adalah orang yang tidak ada agama pada dirinya..''


Ayah!
Mendengar sahaja nama ayah, Sudah terlintas di fikiran dan minda,
ayah adalah satu icon yang digambarkan sebagai seorang yang tegas,
garang tapi penyayang.. Allah.. betapa hebatnya Allah mencampakkan 
rasa kasih dan sayang kepada bapa dalam masa yang sama ketegasan 
itu seiring. Jika  Ibu pula, sifat kasih sayang seiring dengan kelembutan 
dimiliki oleh kaum ibu, kesabaran yang tinggi sinonim pada kaum ibu, 
setiap kata-katanya adalah doa. Terdapat juga sifat  sabar pada 
seorang Bapa, namun jarang kita lihat. Di sebalik ketegasan bapa, 
sebenarnya terselit dalam sanubarinya untuk berlemah lembut 
dengan anak-anaknya. Namun ini tidak menjadi masalah kerana ibu 
dan bapa mempunyai sifat tersendiri yang telah Allah campakkan kepada 
mereka dan yang penting, kedua-dua mereka bersama-sama 
menyayangi zuriat-zuriat mereka. Tidak dilupa juga, Doa bapa 
juga adalah doa yang tidak akan ditolak oleh  Allah s..w.t.


Kisah Di rimba:
Si bapa ayam berkokok di subuh hari setiap pagi,
ini menunjukkan bahawa si bapa ayam begitu komited dalam
membimbing anak dan isteri, dengan mengejutkan mereka bangun bagi..
semata-mata untuk solat subuh berjemaah.. 
(sedangkan bapa ayam begitu peka dan komited dgn tanggungjawabnya, apatah lagi kita sebagai manusia yang punyai akal). Jika 'Bapa Ayam' lain pula bunyinya..

Bapa, besar peranannya.
Bapa, besar tanggungjawabnya,
Bapa, dia yang memandu anak dan isteri,
Bapa, dia yang melindungi anak dan isterinya,
Bapa, dia yang memberi nasihat dan tunjuk ajar pada anak dan isterinya
Bapa, dia juga menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya itu kepada menantunya untuk menyambung peranannya..

(cthnya : semasa akad nikah, aku nikahkan dikau si polan binti si polan dengan mas kahwinnya RMxxx tunai..) maknanya si bapa telah menyerahkan amanahnya kepada menantunya untuk menyambung perjuangannya..

Semuanya harus memainkan peranan masing-masing, si ibu dengan tanggungjawabnya dan si anak dengan tanggungjawabnya dan bapa juga dengan tanggungjawabnya. Jika kesemua memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing maka semuanya akan menjadi mudah, namun 'Bapa itulah tonggak utama dalam meneraju nakhodanya ke timur atau barat, utara atau selatan..'

*Untuk memastikan anak dan isteri dalam keadaan yang diredhai oleh Allah,
perlu juga meneliti dalam pemilihan menantu, kerana ini satu amanah yang besar dan berat,
untuk meneruskan perjuangan.
Kepada sahabat-sahabat yang bakal bergelar bapa, dan sudah pun menjadi seorang bapa,,
maka inilah peranannya. Institusi keluarga adalah satu pembentukan utama dalam membentuk acuan bagaimana yang dikehendaki untuk membentuk zuriat-zuriat dan generasi kita, dan  paling awal adalah pemilihan pasangan itu sendiri. 
(segala kebaikan dari Allah s.w.t dan segala kekurangan dan kelemahan dari diri yang kerdil dan hina ini..)
Wallahua'lam.. 

- Hasil Nukilan : Saeidah-

Sunday 10 June 2012

Tanam dan Menuai

0 comments


‎''............. من زرع حصد .................. "

Maksudnya :Siapa yang menanam dia yang menuai

siapa yang menanam kejujuran, dia akan menuai keberuntungan,
siapa yang menanam kerendahan hati, dia akan menuai kemuliaan hati,
siapa yang menanam keampunan kepada orang, dia akan menuai perdamaian antara manusia,
siapa yang menanam kebajikan, dia akan menuai mendapat sokongan orang ramai,
siapa yang menanam ketekunan, dia akan menuai kemenangan,

siapa yang menanam kebaikan, dia akan menuai pahala..
siapa yang menanam kejahatan, dia akan menuai dosa..

* sesiapa yang mengajak orang menuju kebaikan walau hanya sekecil2 perkara, dan orang mengikutinya, maka pahala yang berterusan baginya, begitu juga sebaliknya, jika dia mengajak kepada kejahatan dan kemaksiatan, orang mengikutinya.. selama itu dosa terus menerus menuju pada dirinya

- Prof Dr Muhaya,UKM (Ikim.fm) -

Pintu Hati (surah al-Nur : 21)

0 comments



وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُمْ مّنْ أَحَدٍ أَبَداً وَلَـَكِنّ اللّهَ يُزَكّي مَن يَشَآءُ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 


Maksudnya:
" Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, 

nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya 
selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya 
(menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) 
lagi Maha Mengetahui. " ( surah al-Nur : 21)

* Hati manusia sentiasa berbolak-balik, tanda2 hati mulai ditutupi dengan bintik2 hitam dan rosak adalah hati tidak tertarik dengan kebaikan, jika terdengar alunan al-quran, tidak tersentuh hati dengan alunan dan keindahan maknanya.. tidak tertarik dengan majlis ilmu.. Berminat dengan perkara yang melekakan dn melalaikan (lagha), kemaksiatan, dan kejahatan..


Hati ini mempunyai banyak pintu, kita perlu tutup pintu2 ini dari 
dimasuki syaitan.. antaranya ialah, pintu riak, marah dn 'ujub..
hati manusia tidak pernah bersih dari dosa selama2nya, melainkan dengan 

kurnia dan rahmat Allah.. perbanyakkan istighfar dikala kita mula merasakan 
terdapat pintu2 hati kita yang mula tertutup (menjadi hitam).. 
dan pohon keampunan padaNya.. - Prof Dr Muhaya

Soal Hati : Kejujuran

0 comments


Perkongsian 
Kisah Soal Hati : Kejujuran 

Al kisah, seorang raja dan seorang puteri yang tercinta..
Umur si raja sudah lanjut usia, dan harapannya untuk mencari pengganti tempatnya dan mencari calon suami untuk puterinya.. Arakian.. si raja terfikir untuk menguji calon suami puterinya sekaligus untuk mengganti tempatnya..

Si raja memanggil semua pemuda di kampung tersebut dengan memberi sebiji benih setiap orang, syarat yang diberikan kepada mereka adalah perlu menunjukkan hasil dari benih yang diberikan itu selama 4-5 bulan..

Sayugia, makanya sudah cukup bulan, semua pemuda datang menghadap dengan menunjukkan hasil masing2,ad yang bawa pasu bersama pokok renek di dalamnya, ada yang membawa pokok dan buah dari pokok tersebut dan ada juga yang membawa si raja melawat ke kebun mereka yang telah tumbuh subur, atas hasil benih yang diberikan oleh si raja..

Yang peliknya, hanya seorang sahaja yang datang menemui raja dengan membawa pasu yang didalamnya benih yang tidak mengeluarkan sebarang hasil pada hari itu,,, semua pemuda mentertawakannya, dia dianggap 'bodoh' kerana tidak ada sebarang hasil dari benih yang diberikan..

Kini tibalah saat genting, iaitu keputusan yang ditunggu2.. dengan ini, calon yang layak untuk menjadi suami kepada puterinya dan menggantikannya adalah??

lelaki yang membawa benih tadi.. kenapa???
kerana si raja berkata, hanya dia shj yang jujur..
pemuda yang lain, tidak jujur, kerana semua benih yang diberikan adalah rosak,
dan mana mungkin benih itu boleh mengeluarkan sebarang hasil..
Akhirnya dia yang menggantikan tempat si raja dan mengahwini puterinya..

sekian.. - Prof Dr Muhaya. (Ikim.fm)

* Kejujuran yang sangat diperlukan dalam hidup, itu merupakan soal hati dalam diri manusia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...