Pages

Wednesday, 27 June 2012

Bebas Hutang



...BEBAS DARI HUTANG....

"Seorang sahabat Rasulullah bercerita, sewatku kami sedang duduk bersama nabi, ada yang datang membawa jenazah dan meminta baginda menyembahyangkannya. Baginda bertanya:"Adakah ia (si mati)mempunyai hutang?. "Mereka menjawab: "Tidak." tanyanya lagi: "adakah ia meninggalkan sesuatu (yang boleh diwariskan)?" jawab mereka ,"Tidak." Lalu baginda pun menyembahyangkan mayat tersebut, k
emudian satu jenazah lagi di bawa kepada Rasullullah."Wahai Rasullalah, sembahyangkanlah jenazah ini ", mereka meminta.

Tanya Nabi "Adakah ia mempunyai hutang ?", apabila dijawab "Ya"  Nabi bertanya,"Adakah ia meninggalkan sesuatu, jawab mereka "Tiga dinar." Baginda pun menyembahyangkannya.

Sesudah itu dibawa pula jenazah yang ketiga. Mereka juga meminta nabi menunaikan sembahyang jenazah. Nabi bertanya ; "Apakah si mati ada meninggalkan sesuatu?" mereka menjawab, "Tidak ada." Nabi bertanya : "Adakah si mati mempunyai hutang ," mereka menjawab"Ya ,dia mempunyai hutang sebanyak tiga dinar."

Lantas rasullullah bersabda ."Kamu sembahyang kanlah temanmu ini" Seorang yang bernama Abu Qatadah segera berkata."Sembahyanglah dia wahai Rasullullah saya akan menanggung hutangnya ."Kemudian baginda menyembahyangkan mayat tersebut.

Peristiwa tiga jenazah ini sewajarnya menjadi bahan renungan bersama, betapa pentingnya kita dapat membebaskan diri dan melunaskan hutang sebelum ajal tiba. Kerana itu jugalah sebelum jenazah dikebumikan, ahli waris akan menghebahkan supaya orang yang memberi hutang tampil menuntut hutangnya atau mengikhlaskannya. Dan sebelum faraidh dibahagikan kepada ahli warisnya, hutang-hutang si mati patut dilunaskan dulu, 

kerana roh orang yang sengaja tidak mahu melunaskan hutangnya sedangkan dia mampu berbuat demikian akan tergantung antara langit dan bumi, jika orang yang memberi hutang tidak merelakan atau memaafkan hutangnya itu.
Sebuah lagi hadis mengingatkan, 
"Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya". 
-Riwayat muslim. -
Sudah tentu kita semua tidak mahu dinyatakan bankrap 
atau muflis bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat!

Barangkali, memandangkan akibat dan beratnya masalah berhutang ini, Allah menerangkan secara terperinci melalui kalamNya, Al Quran, perkara-perkara yang patut dilakukan oleh orang yang berhutang dan pemberi hutang dalam surah Al Baqarah ayat 280:

"Apabila kamu menjalankan suatu urusan dengan hutang piutang....."(dan seterusnya). 


Rasulullah juga memberikan banyak contoh-contoh kepada orang yang berhutang dan pemberi hutang 
1. "Sebaik-baik kamu ialah orang yang membayar hutangnya dengan cara paling baik," - dengan cara membayarnya secepat mungkin, dan membayar lebih sedikit dari kadar hutang. - cth rm 5.00 hutang, bayar kembali rm 5.50


2. "Bertolak ansurlah kamu nescaya kamu juga akan diberi tolak ansur" 


3. "Sesiapa yang menangguhkan tuntutan bayaran kepada orang yang sedang 
berada dalam kesusahan ataupun dia memulangkannya (mengikhlaskannya) 
nescaya Allah akan menghisabnya(pada hari qiamat) dengan hisab yang mudah"
 
Akhirnya mari kita hayati bersama pesanan Rasulullah ini: "Sesiapa yang berhutang dan dia berniat hendak membayarnya, nescaya Allah akan mewakilkan malaikat yang sentiasa memeliharanya dan mendoakannya hingga dia dapat membayarnya" 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...