Pages

Wednesday 29 August 2012

3 Tanda Kemanisan Iman

0 comments

Kemanisan Iman
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .

Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.
dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

Menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:
- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

Wednesday 22 August 2012

Rahsia Nombor Peribadimu (Numerology)

0 comments
Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada 
pertalian dengan dirinya. Kedua-duanya akan 
mempengaruhi tingkah laku seseorang. 
Nak tahu nombor peribadi anda? Mari Kira..


Formula ringkas :
Campurkan tarikh lahir anda 
contoh : 28.7.1991 
2+8+7+1+9+9+1 = 37 
3+7 = 10
1+0 = 1
Hasil campur semua nombor, 
dan dapatkan jumlah nombor tunggal..



Nombor 1
Lambang keunggulan, kejaguhan. Nombor 1 melambangkan kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah yang bernombor satu pasti akan sentiasa makmur, tetamu juga suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bwh nombor ini dia seorang yang berani dan berwawasan jauh. Selain itu, dia turut mempunyai pendirian yang kukuh dan memiliki kekuatan fizikal dan mental.

Nombor 2
Nombor ini bersifat kekeluargaan. Bagi kamu yang bernaung di bawah nombor ini, kamu mempunyai semangat kekeluargaan dan juga ikatan hubungan yang sangat rapat. Bagi kamu, keluarga adalah keutamaan dan kepentingan. Selain itu, nombor 2 juga dikaitkan sebagai boros dan kuat berbelanja. Harus diingat, duit bukan mudah diperoleh dan sikap berjimat-cermat itu perlubagi kamu yang bernaung dibwh nombor ini.

Nombor 3
Ia adalah rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung dibwh menjadikan kamu seorang yang pintar dan bijaksana. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Selain itu, ia juga mudah untuk memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta, atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Sesiapa yang bernaung di bawah nombor 3 ini juga pintar menyelesaikan setiap masalah.

Nombor 4
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Selain itu, ia turut membawa lambang kekuasaan, kestabilan, dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah digugat atau dipengaruhi. Pendek kata, mereka seorang yang tegas dan tidak mudah terpengaruh. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bwh nombor ini.

Nombor 5
Ia adalah simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi,mempunyai tahap intelektual yang tinggi, pemikir, bijaksana,dan pengkritik. Kekuatan penaung nombor 5 adalah pada kata-kata. mereka mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan dan seorang perayu yang cekal. Selain itu, mereka juga seorang yang pandai memujuk.

Nombor 6
Kalau nombor peribadi kamu nombor 6, kamu suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Hati kamu seperti tahu apa yang benar dan kamu juga sering mengikut kata hati. Pendek kata, kamu adalah seorang yang bermulut masin. kamu juga seorang yang suka berangan dan agak keras kepala. Jaga-jaga dalam pergaulan kerana kamu seorang yang sangat baik hingga tidak sedar ada yang sedang pijak kepala. 

Nombor 7
Nombor ini lambang perlindungan. Inilah nombor paling baik. Selain itu, ia juga lambang pembalasan, pemerintah, pelindung. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Bagi yang bernaung di bwh nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup ambil berat tentang benda-benda remeh dengan terperinci. Kamu seorang yang pembersih, suka kedamaian dan penegak keadilan. Kepada yang selama ini suka ambil kesempatan, tunjukkan siapa diri kamu yang sebenar.

Nombor 8
Simbol kekayaan! Ia mendorong ke arah menjadi semakin kaya dan juga masa hadapan yang cerah. Bagi kamu yang bernaung di bwh nombor ini, kamu sebenarnya seorang yang cukup murah hati dan suka membantu orang lain. kamu juga bekerja dengan kuat  untuk memastikan kamu dapat apa yang dihajati. Kamu juga seorang yang kuat mendesak dan suka memaksa orang lain. Sikap kurang sabar kamu juga perlu dibendung.

Nombor 9
Nombor ini lambang kebenaran. Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia menjadi simbol perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung dibwhnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang walaupun mudah terlanjur tetapi kamu seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Kamu boleh dikatakan sebagai sumber maklumat pada kawan-kawan  - Sumber rujukan : Remaja No 599.

* Ini hanya sekadar hiburan, Jika terjadi, bermakna ia sekadar kebetulan 

Monday 20 August 2012

Edisi Raya : Kediaman Rumah PM

0 comments

Rumah Terbuka PM di Putrajaya, Presint 7

Photo: Pengalaman :

" first time menjejakkan kaki ke kediaman rasmi PM kita,
niat di hati untuk menjamu selera hidangan yang disediakan..
dengan berbesar hatinya kami sekeluarga turut berbaris mengikut barisan yang ada di depan mata, nak dijadikan cerita.. berjam2 juga la kami berbaris.. akhirnya sampai juga di Muka pintu kediaman rasmi Beliau.. yang paling kelakar 'rupa-rupanya' barisan yang berjam2 kami baris adalah semata2 untuk bersalaman dengan Beliau dan Timbalan PM bersama isteri mereka.. aduh! sadis sungguh... paling tak tahan lagi kami di berikan 'hand satinizer' sebelum dibenarkan untuk bersalaman dengan Orang2 yang terhormat, nak di jadikan cerita lagi.. Berjam2 kami berbaris untuk melangkah masuk ke muka pintu rumah kediaman, namun dalam beberapa saat shj kami dapat melintasi rumah beliau semata2 hanya bersalaman shj, dah berangan nak meninjau2 kediaman PM kita, tp dapat lintas shj.. sejurus shj kaki ni dapat melangkah masuk, kamera atau seumpamanya tidak dibenarkan untuk digunakan..anak mata sempat mengerling memandang di bahagian kanan ruang legar beliau dipenuhi dengan PRESS (wartawan) yang berkerumun dari pelbagai company, apa2pun lepas bersalaman semua tetamu diberikan sebekas kuih raya bersama Mug setiap seorang, melainkan kanak2 mendapat duit raya.. "
-Sejarah dalam Hidup.

* Nak pi makan, tapi kena pi salam pula.. :( 
first time la katakan.. 
-Ayat ala-ala novel sikit- 

Gambar yang sempat disnap sendiri..


Sambutan raya tahun ini agak berbeza dari sebelumnya, kami sekeluarga bercadang untuk menghadiri rumah terbuka Perdana Menteri kita, tahun-tahun sebelum ni, kami hanya menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Selangor, maka tahun ini kami hendak mencari sedikit kelainan..

Pengalaman :
" first time menjejakkan kaki ke kediaman rasmi PM kita,niat di hati untuk menjamu selera hidangan yang disediakan..dengan berbesar hatinya kami sekeluarga turut berbaris mengikut barisan yang ada di depan mata, nak dijadikan cerita.. berjam2 juga la kami berbaris..betapa sesaknya keadaan hinggakan orang awam yang beratur diluar kediaman sampai ada yang pitam, muntah dan potong barisan confirm ada.. akhirnya sampai juga di muka pintu kediaman rasmi Beliau.. yang paling kelakar 'rupa-rupanya' barisan yang berjam2 kami baris adalah semata2 untuk bersalaman dengan Beliau dan Timbalan PM bersama isteri mereka.. aduh! sadis sungguh... paling tak tahan lagi kami di berikan 'hand satinizer' sebelum dibenarkan untuk bersalaman dengan Orang2 yang terhormat, nak di jadikan cerita lagi.. Berjam2 kami berbaris untuk melangkah masuk ke muka pintu rumah kediaman, namun dalam beberapa saat shj kami dapat melintasi rumah beliau semata2 hanya bersalaman shj, dah berangan nak meninjau2 kediaman PM kita, tp dapat lintas shj.. sejurus shj kaki ni dapat melangkah masuk, kamera atau seumpamanya tidak dibenarkan untuk digunakan..anak mata sempat mengerling memandang di bahagian kanan ruang legar beliau dipenuhi dengan PRESS (wartawan) yang berkerumun dari pelbagai company, apa2pun lepas bersalaman semua tetamu diberikan sebekas kuih raya bersama Mug setiap seorang, melainkan kanak2 mendapat duit raya.. "

-Sejarah dalam Hidup.

* Nak pi makan, tapi kena pi salam pula.. :(
first time la katakan..
-Ayat ala-ala novel sikit- 


Hidup tidak selalunya indah,
Langit tidak selalunya cerah,
Awan tidak selalunya berarak..
Apa yang diinginkan tidak semestinya kan tertunai,
Apa yang dikehendaki tidak semestinya kan terlaksana..

" Kita merancang, Allah jua merancang, 
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik
perancang.."

SUASANA KEDIAMAN RUMAH PM




















Monday 13 August 2012

Taksub Hedonisme Vs Taksub Agama

0 comments

Taksub Hedonisme Vs Taksub Agama..

Hedonisme??
Hedonisme menurut kamus dewan membawa maksud pegangan atau panduan hidup yang mementingkan keseronokkan atau kesenangan hidup. Justeru itu, secara ringkas dan mudahnya budaya hedonisme boleh disifatkan sebagai suatu budaya yang mementingkan keseronokkan (material) serta bersifat keterlaluan dalam mengejar hiburan yang bersifat duniawi semata – mata.

Taksub agama pula bagaimana?
Semuanya bermula apabila golongan hedonisme ini dilanda kesedaran yang membuak-buak dalam diri mereka, kesedaran yang terhasil oleh input agama hasil pembacaan, perbincangan ataupun kesan daripada masalah-masalah hidup yang menimpa diri masing-masing. 

Apabila fitrah ini dibelai atau mula mendapat pengisian, maka timbul satu kesedaran untuk mengubah keadaan. Timbul satu perbandingan antara diri, keadaan dan suasana yang idealistik dengan diri, keadaan suasana yang realistik. Kegopohan, keegoan dan kemarahan mula menyerlah. Di sinilah 'perangkap' taksub mula menganga!..

Sewajarnya kesedaran itu diiringi dengan proses pengisian ilmu yang konsisten, tulus dan harmoni. Malangnya, syaitan bijak menipu daya dengan menanamkan sifat gopoh gapah dan ingin cepat berubah dan mengubah. Mereka berasa sudah penuh dan cukup bersedia. Penyakit ini kadangkala lebih berbahaya daripada  kekosongan ilmu yang total kerana jika mereka terasa kosong, mereka akan mengisinya. Tetapi jika sebaliknya  mereka baru 'separuh' terisi sedangkan mereka menyangka mereka telah pun 'penuh' terisi. Ini akan menyebabkan mereka berhenti menambah ilmu daripada pelbagai sumber dan ulama.

Mereka tidak dapat melihat agama daripada sumber yang kulliyyah (meyeluruh) tetapi terbatas kepada sumber yang juz'iyyah (serpihan) serta membatasi sumber rujukan. Ya, mereka telah berjaya melihat Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh, tetapi mereka tidak dapat melihat Islam yang menyeluruh itu daripada sumber yang menyeluruh. 

Apakah pencarian ini akan terus dieksploitasi oleh syaitan daripada kalangan jin dan manusia untuk membawa manusia moden ke arah taksub - satu kesesatan jenama agama sebagai gandingan (atau saingan) kesesatan berjenama hedonisme? - Solusi No 33 


Kesimpulannya :
1. Kekadang ketaksuban memakan diri.
2. Setiap pegangan perlu ada asas, dan hujah yang relevan dan kukuh. Bukannya taklid (mengikut) membuta tuli.
3. Jangan menolak sumber utama yang menjadi sandaran dalam hidup ini iaitu Al-Quran dan sunnah. 
4. Ulama' menjadi tempat rujukan dan bimbingan umat. 
Tetapi ulama' su' menjadi pemusnah umat, perosak agama, serta mementingkan kepentingan diri  dan perut sendiri sahaja.
5. Jangan pernah merasa cukup dengan ilmu yang sedia ada, semakin kita berasa cukup, semakin jahil diri kita. Ilmu Allah s.w.t itu sangat luas.
6. Setiap kemusykilan yang ada perlu diselesaikan dan dileraikan. Jangan disimpan!

Wallahua'lam.

Sunday 5 August 2012

Syafaat di akhirat

2 comments



Syafaat di akhirat :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba di hari kiamat kelak. Puasa akan berkata : " Wahai Rab, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya".  Al-Quran pula berkata : "Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari , maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya". Kemudian Baginda bersabda lagi : Maka Kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat". 
( Riwayat Ahmad dan Hakim) - Majalah Solusi Edisi 34



Dapur Berasap

2 comments



CORNFLAKES COMOT ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...