Rumah Terbuka PM di Putrajaya, Presint 7
Sambutan raya tahun ini agak berbeza dari sebelumnya, kami sekeluarga bercadang untuk menghadiri rumah terbuka Perdana Menteri kita, tahun-tahun sebelum ni, kami hanya menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Selangor, maka tahun ini kami hendak mencari sedikit kelainan..
Pengalaman :
" first time menjejakkan kaki ke kediaman rasmi PM kita,niat di hati untuk menjamu selera hidangan yang disediakan..dengan berbesar hatinya kami sekeluarga turut berbaris mengikut barisan yang ada di depan mata, nak dijadikan cerita.. berjam2 juga la kami berbaris..betapa sesaknya keadaan hinggakan orang awam yang beratur diluar kediaman sampai ada yang pitam, muntah dan potong barisan confirm ada.. akhirnya sampai juga di muka pintu kediaman rasmi Beliau.. yang paling kelakar 'rupa-rupanya' barisan yang berjam2 kami baris adalah semata2 untuk bersalaman dengan Beliau dan Timbalan PM bersama isteri mereka.. aduh! sadis sungguh... paling tak tahan lagi kami di berikan 'hand satinizer' sebelum dibenarkan untuk bersalaman dengan Orang2 yang terhormat, nak di jadikan cerita lagi.. Berjam2 kami berbaris untuk melangkah masuk ke muka pintu rumah kediaman, namun dalam beberapa saat shj kami dapat melintasi rumah beliau semata2 hanya bersalaman shj, dah berangan nak meninjau2 kediaman PM kita, tp dapat lintas shj.. sejurus shj kaki ni dapat melangkah masuk, kamera atau seumpamanya tidak dibenarkan untuk digunakan..anak mata sempat mengerling memandang di bahagian kanan ruang legar beliau dipenuhi dengan PRESS (wartawan) yang berkerumun dari pelbagai company, apa2pun lepas bersalaman semua tetamu diberikan sebekas kuih raya bersama Mug setiap seorang, melainkan kanak2 mendapat duit raya.. "
-Sejarah dalam Hidup.
* Nak pi makan, tapi kena pi salam pula.. :(
first time la katakan..
-Ayat ala-ala novel sikit-
Hidup tidak selalunya indah,
Langit tidak selalunya cerah,
Awan tidak selalunya berarak..
Apa yang diinginkan tidak semestinya kan tertunai,
Apa yang dikehendaki tidak semestinya kan terlaksana..
" Kita merancang, Allah jua merancang,
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik
perancang.."
SUASANA KEDIAMAN RUMAH PM
SUASANA KEDIAMAN RUMAH PM
No comments:
Post a Comment