Pages

Wednesday 23 March 2016

Episod 2 : Grandpa's mistery

0 comments




Mengapa atuk bermuram? Diam tanpa sebarang bicara?
Isteri atuk, dimanakah dia?


Isteri atuk juga tidak berapa sihat, parkinson katanya. Isteri pertamanya sudah lama meninggal dunia. Tetapi, atuk sudah punya isteri baru malahan Isteri atuk tinggal bersama anak tirinya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Nak harapkan anak-anak, masing-masing punya kehidupan tersendiri daripada yang atas sampai ke bawah. Jadinya, atuk dan nenek duduk berasingan. Atuk tetap begitu, diam tanpa sebarang kata. Cumanya, ada sekali sekala tersengih bila disapa cucu-cucu lain yang datang menziarahinya. Seperti biasa, tidak banyak berkata-kata. Diamnya tetap menjadi misteri. Terdapat salah seorang cucunya yang prihatin cuba mencungkil misteri diamnya namun masih belum berhasil. Isterinya merupakan orang kaya kampung, jadi anak tiri yang sibuk menjaganya. Manakala atuk tidak berharta cukup apa yang ada. Tiada peninggalan yang dapat diagih-agihkan untuk anak-anak. 

Mungkinkah dek kerana si atuk tidak berharta, anak-anak lain pandang sebelah mata? Manakala si nenek orang yang berharta, si anak tiri sibuk membela? Hmm semuanya hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui. 

Namun, perlu diingati tanggungjawab seorang anak itu terhadap bapanya adalah berbuat baik, memberi kebajikan kepadanya dan mentaatinya selagi mana ia masih hidup dan selamanya ia tetap bapa kita. Meski dia tidak berharta, itu bukan tiket bagi  seorang anak untuk mengabaikannya. Walauapapun alasannya, jenguklah mereka atau kirimkan sedikit wang atau hadiahkan mereka sesuatu, ini akan menggembirakan hati mereka. Bukannya wang yang mereka pinta, tetapi perkhabaran dan keprihatinan anak-anak itu yang membuatkan jiwa mereka bahagia dan rasa dihargai, disayangi. Tanpa redha mereka di dunia ini, tidak ke manalah kita. Ingat! berkaitan ketaatan dengan ibu bapa ni, akibat dan sebarang balasan Allah s.w.t akan bayar cash di dunia lagi, balasan yang Allah s.w.t hadirkan datang dalam pelbagai bentuk dan macam-macam boleh berlaku. Kekadang kita rasa sempit hidup, duit tidak berkat, jiwa resah atau sebagainya. Selagi mana ketaatan kepada mereka tidak menjurus ke arah maksiat dan kemurkaanNya, maka wajib si anak itu taat.  

Islam mengajar kita, agar menghormati ibu bapa, berbuat baik kepada mereka meskipun mereka agama lain. Hatta mereka itu bertukar menjadi haiwan dalam kisah-kisah teladan yang biasa kita dengar. Tanggungjawab seorang anak tidak pernah lepas selagi mana ibu bapa mereka masih bernyawa, hinggalah mereka menutup mata. Tugas sebagai anak masih tidak selesai. Kita perlu mendoakan mereka selalu serta menjadi anak yang soleh dan solehah sebagai permata hati mereka di dunia dan akhirat. (Episod 1)

Hmm.
Cuba kita bayangkan, jika hidup kita dibiarkan oleh anak sendiri.
Sadis sungguh!
Tergamaknya mereka. 


By Minah Sempoi 
12.19 PM, 22 mac 2016

Tuesday 22 March 2016

Episod 1 : Grandpa

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum w.b.t

Perkongsian kisah rekaan di antara Cucu dan Si atuknya.
Semoga kita boleh mengambil iktibar darinya. Setiap episod menceritakan tentang perjalanan cerita yang berbeza-beza. 


Atuk yang dulu bukanlah atuk yang sekarang. Kehidupan atuk kini berbeza dari yang sebelumnya. Keceriaan dan kegembiraannya dulu seakan diragut oleh sesuatu. Diamnya menguasai diri, misteri kemurungan masih tidak terungkai lagi. Kehidupannya sepi dan sunyi setelah dia diambil dan dijaga oleh anaknya. Kehidupannya selama beberapa tahun itu sepi. Dirinya bagaikan terbiar dan tidak terurus. Atuk sseperti bangkai bernyawa dan hilang semangat untuk hidup, jiwanya tidak mempunyai sebarang impian atau harapan. 

Mengapa atuk begini? 
Hmm.

By Minah Sempoi
11.09 PM, 22 mac 2016



* Sebarang komen atau respon dari pembaca dan kaki blogger, 
amat dialukan bagi memeriahkan lagi perkongsian cerita ini."
:) 

Saturday 20 February 2016

Pos Box : Sesat!

0 comments




" Eh! Tersilap lah.."


Bissmillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum pembuka bicara, semoga semua pembaca sentiasa sihat hendaknya.
Kekadang kita merasakan hidup yang dilalui hari-hari terasa sukar dan tiada nokhtah pengakhiran. Tapi, kekadang kita terlupa untuk muhasabah kembali mengapa kita jadi begitu. Bila kita cuba imbau dan kenang kembali, rupanya kita sudah tersasar dari matlamat asal. Kita terlupa bahawa kita ini adalah seorang hamba yang perlu selalu bergantung dan dekat denganNya. Natijah keresahan yang kita rasai sekarang merupakan kesan dan rentetan dari tindakan kita yang semakin jauh dariNya. Ya! kita perlu akuinya.

Hari ni saya ingin berkongsi satu Perkongsian ilmu, mengenai Pos Box dan NIAT bagaimanakah kaitan antara keduanya.
Jika salah alamat yang ditulis salah jugalah destinasi yang dituju. 

Hatta tersilap no poskod, lain pula tempat yang dituju. Ataupun alamat tidak lengkap atau nama tersilap, apa akan jadi? Surat yang diutus akan sampai ke tangan yang salah, atau silap2x surat tu terbiar atau terbengkalai. Jika benar-benar penting perkara yang diutus dalam surat tu, maka tak sampailah ia pada orang yang berkenaan. 

Begitu juga dengan NIAT, apakah niat kita dalam melakukan sesuatu. Jika niat utama kita melakukan sesuatu begini, begini. Maka, itulah yang mendorong kita dalam mencapainya. Begitulah hasilnya. Tetapi, jika NIAT utama tidak jelas, atau terpesong niatnya. Maka, itu juga yang bakal kita peroleh.

* Nauzubillahminzalik!*


Misalnya, mengenai belajar. Jika kita belajar semata-mata untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan. Maka, itu yang bakal kita peroleh. Berbeza pula dengan NIAT kita nak belajar untuk kefahaman diri dan peningkatan iman dan ketaqwaan padaNya dan nak sampaikan pula manfaat ilmu itu kepada orang lain, serta lulus dengan cemerlang. Itu juga bakal kita peroleh. Kerna JanjiNya, apa yang kita minta itu yang akan Dia perkenankan. 

Dan kerana itu jugalah, kita sentiasa diperingkatkan agar sentiasa meletakkan pengharapan dan tawakkal yang tinggi padaNya dan menyerahkan segala urusan kehidupan kita padaNya juga. Meski kita sudah berusaha sehabis mungkin, rencana dan cita-cita Dia lah yang mengatasi segala rencana dan cita-cita makhluk. Ini dapat dibuktikan dengan maksud doa dalam al-mathurat, yang berbunyi :

" .... Kurniakanlah naunganMu kepada kami, keluarga dan anak2 kami serta sesiapa2 sahaja yang bersama2 kami. Janganlah engkau, Ya Allah biarkan nasib kami ditentukan Oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari Itu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau Tuhan Yang memperkenankan segala permintaan." 

Kita perlu serahkan segala-galaNya kepada Dia kembali. Pernahkah kita rasa stuck dalam melakukan sesuatu? Jika kita cuba muhasabah kembali niat utama kita melakukannya itu, pasti kita tersedar " Oh, niat aku ni mungkin silap." " Oh, memang ini sebenarnya yang aku niatkan tapi sebenarnya aku tak nak macam ni, kalau boleh nak lebih baik lagi." dan ungkapan2x yang seumpama dengannya. 

Setelah kita recheck diri. Maka tidak hairanlah kita, kita sering diajar agar selalu memperbaharui NIAT. Ya! tajdid niat kembali untuk kembali ke dalam 'track yang betul. Serta mengharapkan agar Dia yang mendorong semuanya tanpa membiarkan kita terkapai-kapai dalam menentukan urusan kehidupan kita ini sendirian. 

Aduh! Terseksa rasa, jika Dia tidak meredhai satupun amalan kebaikan yang kita lakukan selama ini disebabkan oleh NIAT yang salah. Bagaimana rasanya, jika seseorang melempar kain buruk ke muka kita? Hmm. *speechless* 

NIAT betul,
NIAT tepat,

Jika tersilap atau tersasar 


TAJDID Niat.
*perbaharuinya selalu*


#NIAT
By,
Me
20 Feb 2016
3.37 PM
Rumah TerChenta



Tuesday 26 January 2016

Master Life 1 : Penulisan Kritis

0 comments


Bissmillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dunia!

Hehe
Dah lama rasa tidak berkongsi ilmu yang agak ilmiah.



Fasa pembelajaran di peringkat Master.

Seriously, pengakuan jujur.
Aku memang tidak faham,
Kenapa Dr OT (Othman Talib) menjadi sebutan dan buah mulut student Postgraduated.
Memang tak pandang langsung, *astaghfirullahalazhim*

Rupanya, 
Bila baca perkongsian ilmu yang beliau curahkan dalam blog memang terkesan dan memberi kesan.
Ilmu yang disampaikan sempoi tetapi menusuk ke Qolbu!
>.<

Sudah semester 4, tapi masih LOST.
Alhamdulillah Allah gerakkan hati nak stalk blog Dr OT.
Tajuk ni  4 langkah sempoi kritis memang menarik perhatian, 
Dalam kuliah Lecturer subjek Kaedah Penyelidikan mesti tekankan konsep penulisan kritis ni.

Fuh!
Memang x pandai, sedangkan melalui percakapan kita sentiasa amalkan konsep kritis ni.
Jadi, penerangan dan contoh yang Dr OT sampaikan memang superb!




- Ilmu Dr OT - 

Ok, kak long nak kongsi sikit la petikan ilmu kritis tu di sini la. Hehe.
4 step yang dikongsikan, iaitu :
Read > Write > Rewrite > Revise
1.Read:  Anda kena baca artikel, analisis idea2 yang common
2. Write: Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian anda.

1. Read Pertama anda kena baca ler baca terus dari artikel, maybe terus dari Mendeley katakan anda baca 4 artikel yang relevan dgn kajian anda.

2. Write Mula menulis (katakan dalam zero draft) idea yang anda analisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah heading / sub-heading yang dah anda tentukan malah main idea ini boleh juga diperolehi dari abstract sebelum membaca dgn detail katakan 4 point / idea yang anda analisis adalah spt berikut: - pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (A, 2010) - pelajar seronok melalui proses pembelajaran dengan bahan multimedia (B, 2011) - PowerPoint dapat meningkatkan kualiti pengajaran (C, 2009) - animasi pengajaran meningkatkan afektif murid (D, 2011) Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di atas tidak consistence dgn setiap kajian menggunakan terminologi yang berbeza.

3. Rewrite: Ini adalah percubaan awal anda nak sintesis dgn merge idea / konsep / point yang common di atas dalam bentuk ayat anda sendiri. So anda sambung2 jer lah. Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan komputer mempunyai motivasi tinggi (A, 2010; B, 2011). Sementara itu guru sekolah yang sering menggunakan multimedia berupaya memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran (B, 2011; C,2009). Oleh itu pengajaran dan pembelajaran berasaskan persembahan multimedia mampu meransang domain afektif murid (D, 2011). 

Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK CONSISTENT (kejap guna pelajar, kejap guna murid) dan TAK COHERENT (mula tulis pasal pengajaran then terus melompat ke domain afektif tanpa continuity yang jelas) dan apabila dibaca spt ringkasan dari petikan kajian lepas yang dicantum2kan begitu aja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal masih boleh diterima lagi tapi kalau dalam tesis memang patut kena lesing ! 

4. Revise – revise – revise (for synthesis) Kemudian dgn pemahaman anda yang makin baik, maklumlah semakin banyak anda membaca maka anda sepatutnya dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina paragraph dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea dan pemahaman anda sendiri. Kajian-kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran berasaskan komputer (A, 2010; B, 2011). Peningkatan motivasi dapat dijangkakan kerana aktiviti pengajaran berasaskan komputer membolehkan pelajar memahami pelbagai maklumat bukan sahaja dari bahan pengajaran guru tetapi juga dari bahan atas talian secara interaktif. Malah, aktiviti pengajaran berasaskan komputer menggunakan bahan persembahan multimedia hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video.  Oleh itu aktiviti pengajaran berasaskan komputer dapat meransang semua deria pelajar, sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran guru (C, 2009) serta pembelajaran pelajar (B, 2011). Bahan persembahan multimedia dalam pengajaran berasaskan komputer ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (D, 2011) seperti minat dan sikap yang positif. Cer anda bandingkan 2 paragraph di atas, dan amati perbezaannya. Anda tak ubah maksud, point atau idea dalam petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat anda sendiri sambil menggunakan term yang konsisten dgn kajian anda sendiri. dan memasukkan "suara anda" dalam ayat tersebut sambil mengembangkannya, barulah kritis. Namun, anda masih boleh terus REVISE lagi paragraph tersebut dari masa kesemasa dan mungkin memasukkan idea baru yang disintesis dari artikel yang baru dibaca. Malah, anda boleh jadikan paragraph tersebut kepada dua paragraph baru, apabila menemui artikel yang membincangkan domain afektif. 

Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri, anda bukan budak tadika dah buat master atau PhD, tulis jer ! - OT 


Memang x menyesal baca blog beliau.
Cumanya, agak serabut sikit la feature blog beliau.
Tapi, peduli apa kan.
Ilmu dalam blog itu lebih bernilai dan dipandang.
Orait!

Semoga ketemu lagi,
Doakan saya ya pembaca semua!
Doakan kejayaan saya untuk habiskan Master dengan sabar, tabah dan jayanya!
Amin3x.

:)

Semoga Allah membalas beribu-ribu kebaikan dan memudahkan segala urusan kalian juga.
" Setiap kesulitan itu ada kemudahan "

26 Jan 2016
7.25 PM
Rumah Terchenta. 

Friday 1 January 2016

AKU, DIA dan KAU 2016

0 comments




Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, w.b.t.

Pemula bicara, pemula langkah bagi tahun baru 2016. Agenda wajib bagi semua rakyat Malaysia mahupun rakyat dari seluruh dunia pasti menyambut tahun baru dengan gilang gemilang. Namun, kita sebagai umat Islam adakah perlu menyambutnya seperti orang bukan Islam? 

Allahurabbi, budaya masyarakat melayu Islam kini menjadi tidak tentu hala. Budaya barat diamalkan dengan megahnya. Jika dilihat, tiada beza antara umat Islam dan agama lain. Inikah yang dinamakan 1 Malaysia, hingga semua disapu tanpa mengira apa-apa.

Tahun silih berganti, umur semakin meningkat. Pinjaman usia yang dikurniakan Ilahi semakin berkurangan. Ajal bila-bila bisa menjemput kita tanpa soal bicara. Banyaknya dosa dan noda yang telah terpalit dalam diri kita. Moga2x ada ampunan dan taubat kita masih diterima olehNya. 

Dunia semakin uzur, kiamat makin hampir. Akidah manusia kian celaru, iman yang rapuh penyelamat diri. Jika iman itu tidak disirami, makin lama ia akan layu, reput dan mati. Hilanglah pedoman diri insani. 


Jatuh bangun bangkita dan terus berlari,
berjalan tanpa henti
Ilmu, Iman Amal.

Ilmu diperoleh,
Ilmu diamalkan,
dengan itu, iman meningkat.

Semakin lama hati dan jiwa dibiarkan gersang sepi tanpa siraman majlis ilmu
tiada peningkatan dalam penghayatan dan pengamalan,
Maka iman semakin menurun dan membengkak.

Iman semakin rapuh, goyah
Jiwa tidak stabil, emosi mudah terganggu
Sifat syukur semakin hilang,
sifat amarah dan mazmumah semakin menguasai diri.

Allahurabbi!
Betapa besarnya kesan, jika kita membiarkan iman kita duduk tersimpuh layu.
Biarkan hati dan iman kita teruja, bersemangat dan cinta akan kebaikan dan segala perbuatan yang membawa kecintaan kepadaNya. 

Moga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik,
mati dalam iman. Semoga hati2x kita semua sentiasa dipimpin, dibimbing dan dikendali olehNya.
Jika tindak tanduk mulai tersasar dek mengikut petunjuk hawa nafsu.
Moga Pemilik hati dan iman itu kembali merampas dan meneraju kembali ke mana hala tuju yang tepat dan jitu.

Semoga semua pembaca dapat mengambil manfaat daripada penulisan kali ini.
Moga segala dosa kita dihapuskan, taubat kita diterima dan segala amalan 
yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.
Ikhlas dalam beramal itu menjadi nilaian utama. 

Allahuakbar3x!
Dari hati ke hati,
Moga hati2x kita sentiasa dalam jagaanNya.
Amin!


By,
Me
1 Jan 2016 
Bilik Terchenta.
9.56 PM


#2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...