Friday, 1 January 2016

AKU, DIA dan KAU 2016





Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, w.b.t.

Pemula bicara, pemula langkah bagi tahun baru 2016. Agenda wajib bagi semua rakyat Malaysia mahupun rakyat dari seluruh dunia pasti menyambut tahun baru dengan gilang gemilang. Namun, kita sebagai umat Islam adakah perlu menyambutnya seperti orang bukan Islam? 

Allahurabbi, budaya masyarakat melayu Islam kini menjadi tidak tentu hala. Budaya barat diamalkan dengan megahnya. Jika dilihat, tiada beza antara umat Islam dan agama lain. Inikah yang dinamakan 1 Malaysia, hingga semua disapu tanpa mengira apa-apa.

Tahun silih berganti, umur semakin meningkat. Pinjaman usia yang dikurniakan Ilahi semakin berkurangan. Ajal bila-bila bisa menjemput kita tanpa soal bicara. Banyaknya dosa dan noda yang telah terpalit dalam diri kita. Moga2x ada ampunan dan taubat kita masih diterima olehNya. 

Dunia semakin uzur, kiamat makin hampir. Akidah manusia kian celaru, iman yang rapuh penyelamat diri. Jika iman itu tidak disirami, makin lama ia akan layu, reput dan mati. Hilanglah pedoman diri insani. 


Jatuh bangun bangkita dan terus berlari,
berjalan tanpa henti
Ilmu, Iman Amal.

Ilmu diperoleh,
Ilmu diamalkan,
dengan itu, iman meningkat.

Semakin lama hati dan jiwa dibiarkan gersang sepi tanpa siraman majlis ilmu
tiada peningkatan dalam penghayatan dan pengamalan,
Maka iman semakin menurun dan membengkak.

Iman semakin rapuh, goyah
Jiwa tidak stabil, emosi mudah terganggu
Sifat syukur semakin hilang,
sifat amarah dan mazmumah semakin menguasai diri.

Allahurabbi!
Betapa besarnya kesan, jika kita membiarkan iman kita duduk tersimpuh layu.
Biarkan hati dan iman kita teruja, bersemangat dan cinta akan kebaikan dan segala perbuatan yang membawa kecintaan kepadaNya. 

Moga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik,
mati dalam iman. Semoga hati2x kita semua sentiasa dipimpin, dibimbing dan dikendali olehNya.
Jika tindak tanduk mulai tersasar dek mengikut petunjuk hawa nafsu.
Moga Pemilik hati dan iman itu kembali merampas dan meneraju kembali ke mana hala tuju yang tepat dan jitu.

Semoga semua pembaca dapat mengambil manfaat daripada penulisan kali ini.
Moga segala dosa kita dihapuskan, taubat kita diterima dan segala amalan 
yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.
Ikhlas dalam beramal itu menjadi nilaian utama. 

Allahuakbar3x!
Dari hati ke hati,
Moga hati2x kita sentiasa dalam jagaanNya.
Amin!


By,
Me
1 Jan 2016 
Bilik Terchenta.
9.56 PM


#2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...