Pages

Wednesday 28 March 2012

Pernafasan dan hikmah

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.. semoga para pembaca dan blogger sentiasa sihat dengan kehendakNya..

Alhamdulillah diri ini masih diberi peluang untuk bernafas dan berkata-kata.. serta punyai kudrat untuk melafazkan kata-kata yang hendak diungkapkan dan dikongsikan bersama..

Pernah diri ini, bermimpi, nikmat bernafas tidak lagi ku miliki.. 
walaupun dalam tempoh 10 saat..
nikmat itu diambil seketika olehNya.. impaknya amat mendalam..
kerana diri ini tidak bisa bernafas dan bergerak.. 
Namun dengan kekuatan untuk bergerak itu kuat, lalu diri ini tersentap, 
dengan serta merta nikmat yang aku hilang seketika telah dikembalikan..

Fuh!.. alhamdulillah, syukur dan lega tidak terkata..
tetapi di dalam fikiranku masih lagi bingung memikirkan.
tatkala aku baring dan melelapkan seketika mataku, aku tidak bisa bernafas
seperti biasa, bahkan aku seperti kehilangan Oksigen yang amat bernilai itu..

Namun bila aku bangun dan duduk, peredaran nafasku kembali berfungsi dengan lancar..
Namun aku tetap runsing memikirkannya..jika selesema tidak mungkin!..
kerana aku tidak menghidapi selesama, jika hendak dikatakan hidungku tersumbat..pun tidak juga..
itu yang merunsingkan aku..

Hanya satu yang aku fikirkan.. adakah berkaitan dengan saluran pernafasanku, dan jantungku?
Adakah saluran pernafasanku sempit?.. apakah puncanya?.. Adakah jalan penyelesaiannya..

Sememangnya jika difikirkan kembali.. Nikmat,Nikmat,Nikmat..
jika hendak dihitung nikmatNya memang tidak terkira..
Namun.. selagi kita masih merasai dan menikmati Nikmat yang datang dari Allah s.w.t

Berhak ke atas setiap manusia untuk bersyukur, sebanyak2nya..
Kerana selagi kita mempunyai peluang untuk terus beribadah dan berdoa di kala kudrat masih gagah dan kuat.. Nah!.. inilah masanya..

Namun, kita sering saja terleka dan terlupa, tatkala nikmat yang kita kecapi, jarang sekali kita mensyukuriNya.. bila tiba kesusahan dan kesukaran, yang bermain di Minda hanyalah Dia,


Kalaulah ... Mesti tak kan jadi macam ni..
Kalaulah... Mesti tak kan jadi...


Namun semuanya sudah terlambat.. Akan tetapi selagi kita masih bernyawa dan masih diberi peluang untuk menjejakkan kaki di Bumi yang nyata ini.. 
Ingatlah! pintu untuk kembali (bertaubat) masih terbuka..

kekadang kita merasakan diri kita sudah punya segala2nya 
dan tidak memerlukan  pergantungan kepada sesiapa..
Namun kita masih banyak kekurangan dan kelemahannya..

Kekadang kita merasakan diri kita ini, sudah punya kira2 dan ramalan yang cukup hebat
dan tepat..
Namun segala kira-kira dan perhitungan yang kita lakukan jauh meleset sama sekali dengan realitinya..

Aduh.. Jika begini sikap kita sebagai manusia, bisa saja dunia ini semakin 
suram dan kelam dan bisa saja
kita semua ini kian jauh dari rahmat dan Kasih sayangNya..

Janganlah Malu dan segan,
Kita bisa saja berubah ke arah kebaikan, 
kerana fitrah manusia itu sememangnya suka akan kebaikan, 
dan membenci segala kezaliman dan penindasan serta perlakuan yang tidak adil..

Namun, pilihan itu terletak di tangan kita untuk melakukan suatu anjakan paradigma (perubahan) atau masih berada di takuk yang lama..

Sememangnya iman manusia itu ada naik dan turunnya.. tetapi ingatlah jika kau tekadkan diri mu dan meletakkan benteng yang kuat dalam dirimu agar suka, senang dan sentiasa mendekati kebaikan, maka Allah akan kabulkan dan akan memeliharamu agar senantiasa berada dalam keadaan yang diinginkan.. Yakinlah.. InsyaAllah.. Segalanya dalam Qudrat dan IradatNya.. 



Allah itu mengikut sangkaan hamba-hambanya.. Jika hambaNya menyangka yang buruk-buruk mengenaiNya.. maka keburukan akan datang dalam hidupNya..
Jika hambaNyan menyangka yang baik-baik belaka mengenai Allah s.w.t.. maka kebaikan dan kebahagiaan akan dikecapi..


" Jika kau dekati Aku sejengkal, aku akan menghampirimu sehasta, jika kau dekati aku sehasta, aku akan dekati kau sedepa, jika kau mendekati Aku dengan berjalan, Aku akan mendekatimu dengan berlari.."



" Jika sekali kau berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w (kekasih Allah) akan ku balas dengan 10 kebaikan (ganjaran pahala)" 

* Jangan Lupa Pada Pencipta Yang Maha 'Azim.. dan kekasih yang sering disebut-sebut oleh Al-Khaliq yang mana  menjadi butir perbualan di antara makhluk-makhluk di langit (para malaikat).. 

Betapa bermaknaNya Rasulullah s.a.w disisi Allah s.w.t 

- hasil Nukilan saeidah
(perkongsian ilmu, dan iktibar bersama, ambillah 'ibrah (oengajaran) drnya..)

Monday 26 March 2012

Subhanallah.. (help!!)

0 comments

" Betapa ajaibnya bumi ini, semua yang terjadi di dalamnya adalah pelajaran. Menurutku tidak ada sejengkal tanah pun di muka bumi ini kecuali di atasnya terdapat pelajaran bagi orang yang berakal apabila mahu mempelajarinya." - Habib Umar Benhafidz hafizahullah 

Semangat tolong-menolong yang dipamerkan oleh Makhluk Allah ini 
sangat menyentuh jiwa nurani setiap insan yang bergelar
manusia..
Bantuan yang dihulurkan tanpa mengira kulit atau rupa..
Keikhlasan yang lahir dari hati yang tulus bisa saja tergambar..

Hikmah dan pengajaran yang amat besar buat setiap makhluk yang berakal..
Allah datangkan sesuatu petunjuk dan pengajaran kepada hambaNya melalui jalan yang pelbagai, antaranya melalui jalan seperti ini.. Dia telah menunjukkan
kekuasaanNya melalui CiptaanNya jua..
Ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata2 untuk hamba2Nya berfikir
dan merasai Kebesaran dan Keagungan CiptaanNya..

Subhanallah!!... AllahuAkbar!!..- saeidah

Friday 23 March 2012

Tersenyumlah, Jangan Bersedih..

0 comments


Tersenyumlah Hati Yang Bersedih!

 

Saat kita menempuhi onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tidak henti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
dalam terharu..
air mata tertumpah juga

Wahai hamba illahi
begitulah kehidupan di dunia
kita tidak akan sesekali dapat menjangka
apa yang Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita tersangat gembira
adakalanya kita tersangat kecewa

Namun,
jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya

Percayalah!
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya

Tersenyum di sana
Tertawa di sana
Berbahagia di sana

InsyaAllah di Syurga
Yang mengalir dibawahnya
sungai-sungai yang mendamaikan jiwa

Oh Indahnya!!
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah s.w.t 

Wahai Hamba Allah,
Janga bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya.


Kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam 
keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan
sempit dan tidak lagi berguna..

Padahal, dunia inilah kesempatan untuk dekatkan diri kepada Allah
untuk kita meraih syurgaNya yang tersangat indah 
serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan
air yang manis akan terasa pahit
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
Ingatlah tangisan terindah itu 
apabila butir-butir airmata
mengalir hangat dipipi lantaran terasa diri kita 
begitu kerdil di sisi Allah s.w.t
dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah

Wahai Hamba Allah,
Lihatlah sekelilingmu dan teguhkanlah pendirianmu,
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa,
senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan
simpan ..jadikan teladan
segala yang kau pandang dan dengar
simpan buat pedoman... :)

"..You Don't know everything, But Allah knows everything..."
...Don't be sad Allah always with you...

Friday 9 March 2012

Mahu Dapatkan Cinta Ilahi??

0 comments




Mahu Bercinta??
Bagaimana Untuk merasai Cinta Ilahi?


Cinta- selalu follow up tentang si dia..untuk mengetahui maklumat terkini..
cara2 utk merasai CintaNya:
1- selalulah ber'sms' dan email denganNya (baca dan memahami isi kandungan al-Quran, walau sehelai sehari, tapi istiqamah melakukannya)..

2- Kena selalu tengok MMS drNya.. (melihat ciptaanNya di langit dan di bumi,, menghayati CiptaanNya, dan memuja muji Nya..

3- Paling Utama, kena angkat call Dia cepat2, jangan sampai miss call... ish rugilah tak dapat angkat on the spot..sayangnya rasa.. ( segera menunaikan solat, setelah mendengar seruan azan)...

4- Kita kena sentiasa menghiasi sifat malu denganNya ketika ber'dating' denganNya.. (bertahajjud disepertiga malam, ketika itu Dia dekat dengan hambaNya, utk mendengar keluhan dan hajat dari Hamba2Nya..)

5- Perlu ada sifat cemburu pada sesiapa yang lebih Cinta kepada Allah (cemburu yang positif, kita pun hendak jadi seperti mereka)..

6- Untuk menjaga hatiNya, kita perlu lakukan apa yang Dia suka, dan tinggalkan apa yang Dia Benci...

''Sesungguhnya Cinta Allah itu, adalah Cinta Teratas dalam carta hati setiap hamba..''

Ranking Cinta..
1. Cinta Allah dan Rasul
2. Cinta Ibu Bapa/ Suami 
3. Cinta Sahabat dan Selainnya..

Thursday 8 March 2012

Genggam Tanganku

2 comments





Wahai sahabat,
Kau pimpinlah aku,
genggam eratlah tanganku,
bawalah aku bersamamu,
menuju redha yang satu..
Menggapai cintanya yang Luhur..

Sahabat,
Tika aku leka dan alpa
dipertengahan jalan,
kau hulurkanlah bantuanmu,
Kau bawalah aku 
bersama mu,
Dalam menggapai Cinta Dari Allah Yang Maha Agung..

* Jika wangi si dia, maka wangilah kita,
Jika tengik si dia, maka tengiklah kita..


Ukhuwah yang terjalin, 
Kembangkan Kasih, Kukuhkan Sayang..
Mari Bersama2 menggapai RedhaNya..

Peranan sahabat, 
Bukan semata2 sahabat,
Berjalan seriringan dan bersama2 ke arah kebaikan..
Segala yang buruk bersama2 hindarkan..

Jagalah aibnya,
Tegurlah dengan berhikmah.. :)

... ألله ربي ...

... ألله غفور ...
..لا حول ولا قوة الا بالله علي العظيم.. - saeidah 



* Sambil mendengar lagu Seiring Sehaluan - UNIC . Oh syoknya!

Sunday 4 March 2012

Binatang Pelik

1 comments







Assalamualaikum kepada semua pembaca dan blogger sekalian,,
Hari ni saya hendak membawa anda semua ke alam yang lain,
dunia hidupan yang pelik2..

3, 2, 1 start...
Bermulalah perjalanan kita ke dalam alam lain untuk melihat ciptaan yang pelik2... Semoga terhibur..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...