Monday, 31 May 2010

Cinta illahi

6 comments

''klik the image"
“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?
Cinta Ilahi?
Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta?
Hanya Allah sahaja yang ’setia’?
Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.
Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.
Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?
Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?
Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)
Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.
Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.
Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.
Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.
Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.



CINTA ILAHI ADA CARANYA
Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?
tuhibbunallah.JPG
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

Thursday, 27 May 2010

Persahabatan

0 comments



Di jalan Allah persahabatan ini bukan milikku
dan bukan milikmu jua
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang maha Esa
yang mengetahui segala rahsia..
kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah
menetapkan kita mengukir 1000 kenangan bersama..
Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan  Kasih Sayang..
Moga persahabatan ini berkekalan untuk selamanya..
Ingatlah Allah, maka Allah akan sentiasa mengingatkanmu
Jagalah dan peliharah Allah, maka ia akan sentiasa menjagamu
Ingatlah Dia di waktu lapang,maka Dia akan mengingatimu ketika di waktu susah
Teruskanlah perjuanganmu dalam mencari keredhaan dan kerahmatan dariNya..



Contest

0 comments







Kuiz akan bermula pada 12.02 pagi 23 Mei 2010 dan ditutup pada 11.59 mlm 1 Jun 2010

Hadiah-Hadiah Yang Agak Menarik Untuk Dimenangi 
1 x Tempat Pertama :  Baucer KFC bernilai RM70
1 x Tempat Kedua : Baucer KFC bernilai RM50
1 x Tempat Ketiga : Baucer KFC bernilai RM30
5 x Tempat Saguhati : Baucer KFC bernilai RM10


Memang mencabar soalan2 yang dikemukan ala2 peperiksaan besar gitu..^^,
semua jawapan terdapat dalam blog kak mia ni..carilah jawapan walau hingga ke lubang cacing..=)

bagaimana pula dengan syarat2 penyertaannya??
untuk maklumat lanjut here
 soalan2 kuiz here

Caer

3 comments

AWARD

AWARD DEDIKASI UKHUWAH
Syarat2 bagi penerima award :

1) ucapkan trimas kepada pemberi award ni...
2) pilih seorang SAHAJA blogger yer
3) tuliskan dedikasi anda kepada blogger yang korang pilih...panjang mana korang nak tulis terpulang kepada kreativiti korang sendiri....

4) hadiahkan award ni pula kepada rakan blogger yang lain...



* Tuan punye blog *


Pertama2 sekali saiedah ucapkan terima kasih kepada caer..kerana caer adalah the maker of the award..wau!! memang kreatif..sebab tak ramai yang boleh cipta award yang boleh bergerak2 mcm ni,,melainkan memang mereka2 ni ada kemahiran dan memang dalami bidang animasi2 dan adobe2 ni,,
saiedah pilih Fara myra
sebab??? sebab fara ni memang happy gud lucky orangnya,,memang meriah blog fara dengan tag dan award...^^, fara juga memang takkan miss pasal jawab menjawab tagged ni,rajinnya,,=)
salute la...tabik spring...

Facebook hilang privacy? diceroboh?

2 comments

Privacy facebook anda diceroboh? atau belum diceroboh dan mahukan langkah berjaga2? sejak akhir2 ni sudah banyak facebook yang diceroboh malah di spam dan di hack ..maka di sini ada langkah2 berjaga2 utk privacy facebook anda utk friends only atau friends of friends only.. lebih2 lagi bagi wanita 

Wednesday, 26 May 2010

Ditindih hantu dan jin?

0 comments





"ayat kursi pendinding diri dari makhluk 
halus dan gangguan syaitan"

Tidurku ditindih jin,, syaitan atau hantu??

0 comments
  Pak cik Im 



  Image Award terhasil: 

Appreciation by pakcikim.blogspot


Tuesday, 25 May 2010

Panahan Internet

2 comments



Pasangan suami-istri pecandu internet membiarkan bayi mereka mati kelaparan karena sibuk mengurus puteri virtual mereka di dunia maya.
Sebagaimana dilansir dailymail, Jumat (5/3), pasangan tersebut menghabiskan waktu 12 jam pada malam hari di warung internet, sementara bayi perempuan mereka yang baru berusia tiga bulan ditinggal sendirian di apartemen mereka di wilayah Suwon, Korea Selatan. Polisi setempat mengatakan bahwa pasangan itu telah kecanduan hidup di dunia maya dan membesarkan seorang putri avatar melalui profil mereka di permainan produksi Second Life yang disebut Prius.



Permainan ini memungkinkan pengguna untuk memilih pekerjaan, berinteraksi dengan orang lain di dunia maya dan mendapatkan avatar ekstra untuk dipelihara setelah mereka mencapai tingkat tertentu. Sang Ayah Kim Yoo-chul (41), dan sang ibu Choi Mi-Sun (25), menelepon polisi ketika mereka kembali setelah bermain semalaman, sekitar 12 jam dan menemukan putri mereka tewas.

Petugas yang tiba curiga terhadap penyebab bayi tersebut mengalami dehidrasi berat. Polisi kemudian menangkap pasangan itu dengan tuduhan penyiksaan anak dan penelantaran.

“Mereka menelepon polisi September lalu melaporkan bahwa putri mereka ditemukan tewas setelah kembali ke rumah di pagi hari,” kata Detektif Chung Jin-Won dari Kantor Polisi Seobu Suwon.

Mereka telah menghabiskan 12 jam, sepanjang malam di PC bang (nama sebuah warnet). Hasil autopsi mengungkapkan, bayi malang itu meninggal karena kekurangan gizi. Polisi mengatakan suami-isteri itu telah begitu terobsesi dengan anak perempuan mereka di dunia maya, sehingga tidak bertanggung jawab terhadap putri sejati mereka. Kepada polisi, pasangan yang berkenalan pada 2008 di sebuah situs chatting internet, mengaku memberi makan susu bubuk busuk untuk bayi mereka dan sering memukulinya. (Primaironline)

                                                 -->kelalaian kerana internet here

Cronic Disease?

2 comments

Anda mengalami penyakit yang kronik??
sehingga kini tidak menemui penawarnya??
datanglah ke KLINIK PERUBATAN ELEKTRONIK,KAPAR
di sini kami ada caranya,,perubatan kami menggunakan rawatan mesin OPAMP
merawat secara tepat kpd badan individu setiap pesakit,,
 kaedah ubat y diberikan kpd pesakit
dibuat khas mengikut sample badan pesakit itu sendiri,,
kerana itu,,ubat y dihasilkan tepat dan berkesan,,


"setiap penyakit ada penawarnya kecuali tua dan maut"


untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Klinik Perubatan Elektronik & Pusat Servis Gesundheit Kapar

No. 19. Jalan Sg. Kapar Indah 3G,
Taman Sg. Kapar Indah,
42200 Kapar, Selangor
Tel: 603-3290 7182
017-309 7069 - Prof Dr. Hjh Salmah Ibak
012-694 0567 - Dr Hj AbdurRahman Abdullah

Sunday, 23 May 2010

Khianat

0 comments



                                                                                           
                                                           "klik the image"


Khianat dengan istilah lain adalah tikam belakang,makan kawan, harapkan pagar pagar makan padi..
harapkan bapa bapa pula yang makan anak,,nauzubillahimin zalik,, pengkhianatan berlaku kerana tiada perasaan belas kasihan,simpati dan sifat bertolak asnsur,,fikiran dan pemikiran mereka tidak dapat dikawal lagi malah tidak dapat juga mengawal  tindakan mereka..tahap kesabaran kian hilang. Tiada lagi berlembut hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah.



Saturday, 22 May 2010

Akidah

3 comments



Bagaimanakah Akidah dan ketauhidan kita sebagai umat islam??
apakah sumbangan kita terhadap agama islam?
perbezaan umat islam dan juga orang kafir adalah ketauhidan dan keEsaan kita kepada Allah.
kerana apa?? 
mereka juga mempercayai bahawa tuhan mereka yang memberi rezeki dan mengkabulkan segala doa,hajat dan permintaan mereka..Malah mereka benar2 yakin dengan kewujudan tuhan mereka,,
cuma yang membezakan antara kita dan mereka adalah tuhan mereka mempunyai perantaraan (bermakna itu sudah mensyirikkan Allah) kerana percaya bahawa Allah itu tidak tunggal
manakala tuhan kita adalah ALLAH Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa 
tunggal. tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Sekiranya kita juga mempercayai selain dari Allah s.w.t itu juga dianggap mensyirikkannya
syirik ini boleh membatalkan iman kita secara kita sedar atau tidak.




Maksudnya: (surah al ikhlas 1-4)
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"

"sesungguhnya Allah tidak mengampunkan orang yang syirik kepadaNya dan keampunannya itu adalah utk hamba2 yang dikehendakiNya,,dan sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah maka ia adalah sesat sejauhnya dan lagi menyesatkan.."


syirik terbahagi kepada 2:


syrik jali (secara terang2an)-ctnya menyembah berhala,matahari ,memohon hajat dikubur2, mempercayai bahawa kekuasaan dukun dan bomoh yang paling hebat dan                                                                                               terbaik


syirik khafi (sembunyi)- tidak meletakkan Allah itu sebagai niat yang paling utama dalam beribadah
riak (menunjuk2 kehebatan diri)
ujub (mengagumi diri sendiri)
takabbur ( membangga diri)


--> perkara2 yang membatalkan iman here
--> kelebihan surah al waqiah here 
--> malu perisai diri here  
 --> lelaki dayus here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...