pemahaman antara 2 perkataan
iaitu konsisten dan komitmen,,
zaman sekarang ini masih ada yang salah guna pakai perkataan2 ni,,
konsisten sama erti dgn istiqamah (berterusan)
manakala komitmen adalah kesungguhan
sepenuhnya diberikan dalam melakukan
sesuatu perkara atau menyiapkan sesuatu tugasan
yang diberikan,,
jika kita ini seorang yang selalu memberi
komitmen(kesungguhan) dalam sesuatu tugasan
tidak semestinya kita ni seorang yang konsisten(istiqamah)
memberikan komitmen itu sentiasa,,
contohnya konsisten-
ahmad sentiasa konsisten mengulangkaji pelajarannya,,
walaupun sedikit latihan yang dibuat,,
tetapi ahmad membuatnya setiap hari..
contth komitmen-
ayah telah memberikan komitmen yang
tinggi terhadap tanggungjawabnya sebagai ayah untuk menyara
hidup kami sekelurga,,
kita haruslah istiqamah (konsisten) dalam beribadah kepada ALLAH
dan istiqamah dalam menegakkan kebenaran..melaksanakan
amar ma'ruf nahi mungkar..
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a.,
katanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:
"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi
seperti si Fulan itu. Dahulu ia suka berdiri
bersembahyang diwaktu malam, tetapi kini ia
meninggalkan bersembahyang di waktu malam itu."
[ Muttafaq'alaih ]
dan kita perlulah sentiasa bersedia dan
mempersiapkan diri untuk
memberikan komitmen sepenuhnya dalam apa jua perkara
dan yang paling utama adalah jalan
menyampaikan dakwah islamNya kpd
masyarakat walaupun satu perkataan
secara terus menerus tanpa putus2
dalam apa jua cara pun,,bagaimana diri anda semua??
adakah kita ini seorang yang konsisten dalam menunaikan ibadah2Nya??
skop ibadah bukan tertumpu kepada solat dan berpuasa sahaja,
skop ibadah ini meluas,,
malah bekerja,makan,minum dan tidur juga adalah ibadah juga,,
No comments:
Post a Comment