5 Wasiat Imam Syafi’e:-
1.“Perbanyakkanlah menyebut Allah daripada menyebut makhluk"
ketika kita hendak memulakan sesuatu dengan menyebut namanya
di dalam kesusahan dan kegembiraan
utamakan dan perbanyakkan menyebut kalimah2 memuji kebesaran dan kekuasaannya..
2.”Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia”
bukan bermaksud kita tidak menghiraukan dan mengendahkan tentang dunia,,
tetapi janganlah sampai keduniaan itu melekakan dan melalaikan kita dari mengingati kewajipan dan perintah yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada kita.malah kita perlu ingat bahawa di dunia inilah tempat utk kita mengumpul segala dana2 dan aset2 utk bekalan kita di akhirat kelak..sekiranya kita tidak ada simpanan utk masa depan.bagaimana kita hendak menebusnya??
3.”Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan”
maksudnya perbanyakkanlah amalan2 dan kebajikan yang kita lakukan seharian adalah semata2 utk bekalan kita di akhirat kelak,,jadi ibadah yang kita lakukan sehari2 an mendapat 2 manfaat iaitu utk pahala ibadah kita dan melaksanakan tanggungjawab yang di berikan
kepada kita.
4.”Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga”
maksud menyebut2 di sini adalah berbangga diri,riyak,sombong takkabur.
malah kita menghebah2kan apa yang kita ada kepada orang lain semata2 utk sifat2 yang tidak elok ini.Sekiranya niat kita adalah utk mengajak umat islam yang lain untuk menjadi kaya dan maju,,maka kita dapat bersama2 membantu umat islam yang lemah dan memerlukan bantuan dari saudara seagama mereka lagi2 dari segi kewangan.Bukankah itu lebih baik??
5.”Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain”
Jangan kita membuka dan menceritakan tentang keaiban orang lain,,sifat ini adalah sifat yang tercela,,kerana ini akan menjatuhkan maruah orang lain..malah maruah diri kita sendiri juga sudah tercalar dek kerana menceritakan keaiban orang lain.
--> 6 jenis umpatan here
Batu ini yang hendak mengikuti nabi muhammad s.a.w
gambaran penghinaan terhadap islam here
No comments:
Post a Comment