Pages

Thursday, 6 May 2010

Kerana Cinta









cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula


cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan


dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara


hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

1 comment:

ZR said...

good one...saya pun pernah buat n3 pasai cinta nie.. mari baca >>http://kazaztan.blogspot.com/2010/01/bercintalah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...