Pages

Sunday, 9 May 2010

Lelaki Dayus













Asalamualaikum w.b.t..


Dayus atau lebih dikenali dengan pengecut dalam menegakkan sesuatu kebenaran,,yang jelas kebenarannya,,
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1)
 Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2)
 Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3)
 Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya dilhat oleh lelaki lainbukan mahram

4)
 Membiarkan anak perempuannya ber “dating’dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5)
 Membiarkan anak perempuan berdua-duaandengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ’sporting’ yang memahami.

6)
 Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7)
 Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8)
 Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9)
 Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (sepatutnya melabuhkan tudung hingga ke dada).

10)
 Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11)
 Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12)
 Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

13)
 Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.


Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

“Jika demikian, ramainya
 lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (surah At-Tahrim:6)



7 comments:

simiey said...

semoga kita tidak termasuk dalam golongan lelaki² dayus.amin

SaEidah SyamIelah said...

simiey-amin,,mudh2an,,dengan keteguhan iman dn prinsip berlandaskan syariat yang ditanam dlm diri insyaallah sifat2 mazmumah dpt dijauhkan,,^^,

Anonymous said...

salam. si fakir suka akan isinya. mantap2..

QaRaMi HasHim said...

iman perlu di mantapkan sebaik-baiknya dalam mengharungi kehidupan dimuka bumi ini yg penuh ranjau.

btw, singgah la blog terbaru sy..
http://malaysianhotblog.blogspot.com

saya perlukan sokongan anda semua..
be my follower k...

SaEidah SyamIelah said...

akuinsanlemah-terima kasih,,
segala yang buruk datang dr diriku sendiri,,segala yang baik dtg drnya yang maha Esa ^_^

SaEidah SyamIelah said...

Qarami Hashim-betul tu,,tetapi utk kekalkan kemantapan iman itu,,kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepada majlis2 ilmu,,utk memantapkan lagi kerohanian,,
diri dan iman kita ibarat enjin kereta..
perlu diservis setiap kali,,
agr perjalanan kereta berjalan dgn lancar,,begitu juga dengan iman kita,,perlu sentiasa diisi kerohanian,,agr keimanan kita bertmbh mantap dn teguh,,
terima kasih,,ats link yang diberikan,,^^,

Mujahid Sufi said...

Tanggungjawab berat Amir nakhoda dalam pelayaran....Belayar dengan penuh kesabaran, sambil ditemani amirah dan si comel (anak-anak)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...