Thursday, 31 January 2013

Politik 'Robocop'

0 comments
" Jika orang Islam berpolitik secara Islam, maka sudah tentu dunia politik yang disifatkan sebagai 'a dirty game' itu mampu dibersihkan. Bukankah Islam itu umpama air mutlak? Sifatnya yang bersih dan membersihkan. "
Wajah politik orang Islam menjadi semakin kotor dan busuk! Politik sekarang adalah Politik "Robocop" - berpolitik tanpa hati dan perasaan. Soal iman dan akhlak seolah-olah dilupakan. Persoalannya, bagaimana kita boleh mendapat pemimpin-pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah dikotori dan dicemari? Realitinya rakyat semakin bimbang, bingung dan meluat  melihat drama sepak-terajang ahli-ahli politik yang semakin meminggirkan adab dan akhlak. 

Politik dalam Islam adalah urusan yang penting dan bersih. Urusan kepimpinan hakikatnya adalah amanah daripada Allah kepada setiap manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap pengembala akan ditanya tentang gembalaannya." (Muttafaq alaih)

Sikap adil seorang Pemimpin lebih utama daripada ibadah seorang abid. Malah, pemimpin yang adil akan mendapat naungan arasy di akhirat kelak. Urusan kepimpinan menurut Islam adalah manhaj (jalan) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t melalui khidmat sesama manusia. Dari segi istilah politik bermaksud 'the arts and science of government' atau 'siasah' dalam bahasa Arab yang bermakna 'to lead', to guide, to conduct, to direct

Pemimpin mewarisi tugas Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia dan menyelamatkan nasib mereka, bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Bukan sahaja untuk mendapat kesenangan fizikal dan material bahkan juga mendapat ketenangan dan kebahagiaan rohani. Inilah matlamat politik yang sebenarnya. Bila matlamat politik bersih, maka bersihlah kaedahnya. 

Bagaimana berpolitik dengan cara yang bersih?
Jawapannya, ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak. Tanpa pemantapan elemen-elemen dalam diri ahli-ahli politik, urusan kepimpinan pasti akan diseleweng. Lihat sahaja apa yang dipaparkan oleh media massa cetak atau elektronik. Ibu bapa yang benar-benar Islamik sudah berasa tidak selamat, malu dan bimbang apabila berita dan cerita negatif mula dipaparkan untuk tatapan umum. 

Politik bukanlah gelanggang perebutan kuasa, politik wang, pertelagahan, pembelotan, kata-mengata, cerca-mencerca dan fitnah memfitnah. Malangnya wajah itulah yang semakin mendominasi dunia politik kini sehingga hampir-hampir diterima sebagai satu budaya. Walaupun dalam arus politik perdana, persaingan  dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat dan bersih. Apa yang penting adalah memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa yang hendak kita perjuangkan. Untuk kebaikan seluruh ummat itu yang penting, bukan terhadap komuniti, kaum, bangsa tertentu. Islam untuk semua. Rasulullah s.a.w pembawa rahmat ke sekelian alam. - [Solusi 31 m/s :3]

Kesimpulannya :

1. Politik dan agama tidak dapat dipisahkan. 
2. Manusia yang menjadikan politik itu menjadi kotor dan buruk.
3. Orang yang tidak jujur dan tidak ber'politik' secara bersih dan adil itu 
adakah layak menjadi pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab? Kepimpinannya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
4. Ilmu agama Islam merangkumi semua aspek berkaitan dengan ekonomi, sosial, politik, dan pendidikan. Jangan ambil hanya bahagian tertentu sahaja. Islam untuk kehidupan.
5. Untuk menjadi rakyat yang celik dan intelek, kita perlu mengetahui matlamat dan objektif suatu kepimpinan itu, adakah meletakkan asas Quran dan Sunnah itu yang utama? Adakah  Ataupun sekadar di mulut bicara, tetapi tidak ada pelaksanaan langsung terhadap objektif perjuangannya itu. Adakah seorang pemimpin itu mentaati perintah Allah dan RasulNya? Jika dia mentaati perintah Allah dan RasulNya, maka selayaknya dia ditaati jua selagi mana dia mentaati perintah Allah dan RasulNya. Tiada ketaatan bagi siapa yang tidak mentaati perintah Allah dan rasulNya. Berdasarkan Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [ Surah al-nisa :59]


Wallahua'lam. 

Wednesday, 23 January 2013

Buku Resepi!

0 comments

Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Perkongsian pada kali ini adalah berkaitan dengan 'Buku Resipi'Buku Resipi? Ketika makan bersama keluarga, tetiba abah berseloroh : 

Abah : Abah dah sediakan menu sebulan untuk anak2 abah. Buku resipi sebulan yang lengkap, siap gambar, ramuan-ramuan dan cara memasaknya sekali. Paling penting siap print berwarna buku resepi ni, di'binding' dan di'laminated'

Umi : Tengok la, abah ni bersungguh nak tengok anak2 dia ni tahu memasak, dan pandai nak sediakan apa menu yang terbaik dan berkhasiat. Tak perlu tanya lagi, nak kena masak apa hari ni, masak je ikut jadual menu resepi ni. Setiap hari ada menu yang berlainan selama satu bulan.

Aku : Waa! Memang special betul. Tidak perlu lagi pening-pening nak masak lauk apa.

Abah : Yang penting sekali, buku resepi 'sebulan' ni kena simpan elok-elok. Simpan untuk legasi turun temurun, nanti boleh tunjuk kat anak-anak masing2. 'Buku resepi' menjadi peninggalan abah untuk anak-anak dan tatapan keturunan akan datang.

Aku :   Hee.. (sambil senyum melebar)

Umi : Nanti boleh la bercerita dengan anak masing-masing. 'Ni la buku resepi sebulan tok wan bagi pada ummi korang."

Aku : Dalam hati berbicara. " Memang bermanfaat apa yang abah tinggalkan, selain ilmu agama, kefahaman tentang agama dan kehidupan. Pengisian rohani dan jasmani dilengkapi."  Tapi ni nampak gaya macam persiapan untuk tempuh 'alam baru' yang akan datang je. Abah  pun bersama-sama bersiap sedia membuat persiapan yang terbaik untuk anak dia ni. Terima kasih abah! Terharu + tak sangka = awesome..


BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA
Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu bapa juga sanggup berkorban demi kepentingan dan kebajikan anaknya terjaga serta terpelihara. Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti. Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya yang bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman ayat: 14)
Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.
Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)
Maksud "berbuat baik kepada kedua ibu bapa" sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.
Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam,anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.
Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)."(Riwayat Muslim)
Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.
Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.
Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.
Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.
Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)

Rujukan : I Luv Islam

Wednesday, 16 January 2013

Perjuangan kita!

0 comments


‎" Perjuangan dan semangat yang wujud dalam diri tanpa sebarang matlamat yang hendak dicapai, pasti akan rebah dan terhenti dipertengahan jalan.. "


Setiap apa2pun yang kita lakukan dan perjuangkan perlulah mempunyai satu matlamat yang hendak dicapai, bukannya mengikut secara semberono dan mengikut secara membabi buta. Kekadang kita perlu menjadi seorang yang bersifat terbuka untuk mendengar hujah dan pandangan kedua2 pihak, agar diri kita dapat menilai mana satu yang mempunyai matlamat yang jelas dan hujah yang kukuh terhadap perjuangan yang diperjuangkan itu. 

Jika kita membutakan mata, dan memekakkan telinga serta membutakan mata hati untuk menilai dan tidak mahu menjadi seorang yang rasional. Maka itu amatlah rugi, kerana mendengar kedua2 hujah itu bisa menjadikan pemikiran seseorang itu lebih kritis dan optimis. Itulah namanya manusia yang Allah kurniakan akal untuk digunakan sebaik-baiknya. Janganlah kita menjadi seperti binatang ternakan. 

Sesuai dengan Firman Allah s.w.t : 

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا
وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُو

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raaf :179)

Lapangkan Dada, Buka Mata, Terangkan Hati. Fikirkanlah yang mana satu hujah yang kukuh dan terbaik. Manusia dididik oleh Allah s.w.t untuk berfikir, melihat, mendengar dan menilai. Bukannya menerima bulat2 sesuatu perkara itu. Jika kita sudah melihat, mendengar, dan menilai tetapi masih tersilap langkah. Maka pohonlah kepadaNya agar menunjukkan kepada kita mana satu jalan yang lurus dan diredhai olehNya. Kerana petunjuk dari Allah s.w.t itu adalah petunjuk yang benar dan lagi tepat. Barangkali kita sudah merasakan apa yang kita lakukan itu mendapat redha Allah, namun rupa2nya masih jauh dari RedhaNya bahkan termasuk di dalam kemurkaanNya. Nauzubillahiminzalik!. Umur kita sudah meningkat usia, adakah tahap intelektual kita masih berada di takuk yang lama? Jika masih tiada peningkatan dan masih di dalam 'range' yang sama, Mari kita pertingkatkan ia. Alangkah indahnya intelektual kita seiring dengan peningkatan umur kita.. 

Dunia ini merupakan suatu permainan dan melalaikan, malah dunia juga menjadi tempat kita bercucuk tanam dan menuai hasilnya di akhirat nanti. Kita yang memilihnya, untuk terus berada dalam kelalaian atau mengambil peluang dan mencari ruang yang ada dan gunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengumpul saham di sana. 

- Diskusi Ilmiah membina minda, mencambah idea, membentuk jiwa, bukannya taklid semata-mata -

:)

Our Minds!

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim. Pembuka bicara, Dia jugalah yang menganugerahkan insani untuk bisa berbicara dan berkata-kata. Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dikasihi dan dirahmati.

Ketika diri terasa kekosongan, terasa sepi ada sesuatu yang hilang dan tidak lengkap di dalam diri. Aku cuba memikirkannya, namun aku masih tidak menemui jawapannya. Aku cuba memohon kepadaNya agar dapat menenangkan hatiku yang resah, fikiranku yang runsing. Alhamdulillah, ketenangan aku telah temui, namun masih ada sesuatu lagi yang masih belum selesai aku rasakan. Baru kini aku terfikir, minda aku! Ya, minda! Akal ku sudah lama tidak berjinak2 dengan bahan bacaan ilmiah, semenjak sesi peng'kuliah'an sudah tamat disebabkan oleh Final Exam. Namun, itu sebenarnya bukan menjadi suatu alasan. Entahlah, aku dapat merasakan bahawa mindaku sudah terlalu lama tidak diisi dengan bahan bacaan yang penuh ilmiah dan penuh input2 baru. 

Tazkirah? Ya, benar tazkirah, tazkirah sendiri bermaksud peringatan, iaitu 'memperingatkan' kembali apa yang kita sudah pelajari dan ketahui tetapi kita sudah melupakannya, itulah fungsi 'tazkirah'. Manakala ILMU baru pula, adalah sesuatu input baru yang perlu diisi untuk  makanan minda, kerana dia juga perlukan 'makanan'nya untuk ligat beroperasi dan berfungsi, jika kita tidak dapat memberikan minda kita 'makanan' yang sesuai terdapat effect yang memberi kesan kepadanya. Kesannya adalah minda pasti menjadi 'lembam dan lembap' lambat beroperasi, malas berfikir, tidak mahu berfikir 
sesuatu yang rumit, tidak mahu memikirkan solution bagi sesuatu problem yang ada, itulah tandanya minda kita sudah menjadi terlalu lemah dan malas.

Parah juga diri ini, kekurangan sumber ilmu yang baru, minda menjadi lembam. Itu suatu sifat yang negatif dan tidak membina diri langsung dan tidak membantu membentuk pemikiran yang matang dan minda tidak berkembang. Seriously, sikap sebegini terasa begitu sengsara, walaupun dalam masa beberapa minggu je meninggalkan alam kuliah. Sepatutnya, kita tidak boleh bergantung kepada sesi kuliah sahaja, tapi itulah realiti diri, yang bukannya bersifat 'ulat buku', sesuatu yang sukar untuk diubah. Tetapi perlu diubah untuk kebaikan diri.



Ilmu baru perlu dicari dan diisi dalam diri. Ilmu yang sedia ada perlu diperkuatkan dan perkukuhkan, itulah jalan yang terbaik. 

Memang benarlah, jika seseorang itu dahagakan ilmu, pasti dia berusaha mencari ilmu itu untuk menghilangkan dahaga itu. Ya!, aku ingin menjadi seorang yang akan menghilangkan dahaga itu. Oh Ilmu!   Bila budaya ilmu dan pembacaan tidak sebati dalam diri, beginilah jadinya ia akan memakan diri dan membantukan pemikiran insani.

" Pembinaan pemikiran yang baik seiring dengan tumbesaran yang sihat. Pemikiran yang intelek dan bijak pula seiring dengan kecerdasan akal. Kecerdasan itu berpunca dari mana sumber pembacaan itu diperolehi dan sumber bacaan apa yang dijadikan bacaan serta rujukan.. "

* It's all about knowledge, surrounding's influences, and informal or formal education that you learn and get since baby untill who we're now. Jika banyak bacaan yang mengarut, maka tumbesaran minda juga menjadi 'karut'. Jika banyak bacaan ilmiah yang menjadi rujukan dan bacaan maka tumbesaran minda menjadikan seseorang itu berfikiran matang dan terkehadapan..


* Peringatan untuk diri sendiri dan juga senasib denganku.



Hiasilah Diri dengan Keindahan Ilmu


Menghiasi diri dengan keindahan ilmu berupa bagusnya budi pekerti, bersikap tenang, berwibawa, khusus, tawadhu, dan senantiasa bersikap istiqamah secara lahir maupun batin, serta tidak melakukan segala yang bisa merusaknya.

Imam Ibnu Sirin berkata, "Dulu para ulama mempelajari budi pekerti sebagaimana mereka mempelajari ilmu." (Diriwayatkan oleh Al-Khathib al-Baghdadi dalam Al-Jaami' [9]).

Dari Raja' bin Haiwah, beliau berkata kepada seseorang, "Sampaikanlah kepadaku sebuah hadits, tetapi jangan sampaikan hadits dari riwayat orang yang pura-pura mati, juga jangan dari orang yang suka mencela." (Diriwayatkan oleh Al-Khathib al-Baghdadi dalam Al-Jaami' [166] dan Al-'Uqaili dalam Adh-Dhu'afa' [I/12]). Kedua kisah ini diceritakan oleh Al-Khatib dalam kitab Al-Jami', lalu beliau berkata, "Wajib bagi penuntut ilmu hadits untuk menghindari suka bermain, berbuat yang sia-sia dan bersikap rendah dalam majelis ilmu serta tertawa terbahak-bahak, banyak membuat lelucon, suka senantiasa bersenda gurau. Senda gurau itu hanya diperbolehkan kalau dilakukan kadang-kadang saja asal tidak sampai melanggar adab dan sopan santun dalam menuntut ilmu. Adapun kalau dilakukan secara terus-menerus, mengucapkan ucapan kotor, jorok, serta yang bisa menyakitkan hati, semua itu adalah perbuatan tercela. Sebab, banyak senda gurau dan tertawa akan menghilangkan kewibawaan dan harga diri." (Lihat Al-Jaami' oleh Al-Khathib [I/156]).

Ada sebuah pepatah: "Barang siapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia akan dikenal dengannya." Jauhilah segala perusak ilmu ini, baik dalam majelis maupun dalam setiap pembicaraanmu. Namun, sebagian orang-orang dungu menyangka bahwa bersikap longgar dalam seperti ini adalah sebuah sikap toleransi.

Dari Imam Al-Ahnaf bin Qais, ia berkata, "Jauhkanlah majelis kita dari menyebut-nyebut wanita dan makanan, saya benci seorang laki-laki yang suka membicarakan kemaluan dan perutnya." (Lihat Siyar A'laamin Nubalaa' [IV/94] dan Faidhul Qadir [I/537]).

Hal ini karena akan bisa mengalihkan perhatian dari menuntut ilmu, semacam kalau berkata, "Tadi malam saya makan sampai kekenyangan." Atau, ucapan sejenis yang tidak ada gunanya sama sekali. Juga berbicara seputar urusan wanita, terlebih lagi kalau ada yang membicarakan hubungan suami istri yang dilakukannya, maka orang semacam ini adalah sejelek-jelek manusia pada hari kiamat dalam pandangan Allah Ta'ala.

Umar bin Khatthab r.a. berkata dalam surat yang ditulisnya kepada Abu Musa al-Asy'ari tentang qadha': "Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan sesuatu yang tidak dia miliki, maka Allah akan menampakkan keburukannya." (Riwayat Al-Baihaqi [21124], Daruquthni [IV/206], Al-Khathib dalam Tarikh Baghdad [X/449], dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq [XXXII/71-72] dari Abu 'Awwam al-Bashri).

Apa pun akhlak yang terdapat pada diri seseorang, meskipun dia sembunyikan dari manusia, pasti akan ketahuan juga. Bagaimanapun usaha manusia untuk menyembunyikannya, Allah pasti mengetahuinya dan akan membongkar kedok orang yang beramal tidak ikhlash untuk-Nya. Maka, jadikanlah ucapan Umar ini untuk menimbang seluruh aktivitimu.

Sumber : halaqah


- ... Kita yang mencorakkannya... - 

Friday, 11 January 2013

Pemimpin yang zalim perlu ditumbangkan!!

0 comments


Peringatan untuk kita bersama selagi bergelar insan, ISLAM dan khalifah dimuka bumi ini..

" Selagi tidak tertegaknya hukum Islam sepenuhnya di muka bumi ini, maka tugas dakwah/ menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu menjadi wajib (fardhu ain) bagi setiap individu. Tugas ini tidak akan terhenti selagi tidak tertegak hukum Islam di muka bumi ini. Malah, perkara seperti ini dan pelaksanaannya perlu dipikul bersama2, jika tidak berdosalah diri masing2 yang bergelar ISLAM.. " 

Malah, menjadi wajib kepada setiap individu itu untuk memimpin dirinya sendiri/keluarga/masyarakat/negara. Lebih-lebih lagi adalah diri sendiri perlu dipimpin dan dipandu dengan sebaik2nya agar sentiasa melaksanakan segala perintah Allah dan RasulNya dan meninggalkan segala larangan Allah dan RasulNya. Kerana Maksiat itu bukan berlaku diluar sahaja, malah ia sudah masuk di dalam bilik-bilik setiap dari kita, tidak kira sama ada muslim ataupun tidak. Semuanya berpunca dari 'hujung jari'. Seiring dengan kepesatan dan kemajuan teknologi zaman kini yang semakin rancak dan berkembang.

Nabi s.a.w bersabda:

أَلَا إِنَّ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءً يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقَدْرِ غَدْرَتِهِ أَلَا وَأَكْبَرُ الْغَدْرِ غَدْرُ أَمِيرِ عَامَّةٍ أَلَا لَا يَمْنَعَنَّ رَجُلًا مَهَابَةُ النَّاسِ أَنْ يَتَكَلَّمَ بِالْحَقِّ إِذَا عَلِمَهُ أَلَا إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat mempunyai bendera pada hari Kiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada orang awam. Ketahuilah janganlah kehebatan manusia menjadi penghalang bagi seorang lelaki memperkatakan kebenaran apabila dia mengetahuinya. Ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik jihad ialah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.

" Sekiranya pemimpin khianat, zalim dalam kepimpinannya terhadap rakyat. Maka, rakyat berhak menegurnya. Malah konsep ketaatan seorang rakyat itu adalah kepada pemimpin yang hanya mentaati Allah dan Rasulnya sahaja. Sekiranya, seseorang pemimpin itu menolak dan tidak mentaati Allah, Rasulnya dan segala apa yang telah diberikan sebagai panduan seperti al-Quran dan hadis/sunnah, maka pemimpin ini tidak layak untuk ditaati lagi.
Kerana di dalam jiwanya tiada ISLAM dan tidak mahu hidup dengan cara ISLAM. 

Penutup bicara dari hati ke hati,
Allah memperingatkan manusia supaya bertaqwa kepadanya dengan sebenar-benar taqwa, di mana mereka diminta menjalani kehidupan ini berbekalkan ketaqwaan mereka kepada Allah. 

Firman Allah SWT;
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( muslim) kepadaNya.” [Ali Imran : 102]

* Inilah merupakan kewajipan sebagai seorang Muslim, Mukmin dan Muttaqin yang hidup di atas muka bumi.

... أن الدين عند الله الإسلام ...

Mudah2an dapat memberi sedikit motivasi, semangat dan kesedaran untuk diri sendiri, sahabat handai,saudara mara dan semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

[Perkongsian dan kesimpulan yang diolah berdasarkan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustzah Nuridah Mohd Salleh]
10/1/2013, Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

Tuesday, 8 January 2013

Berubahlah!

0 comments



" Manusia itu memang tidak akan pernah sempurna, Namun manusia itu bisa merubah dirinya ke arah yang lebih baik.. "
فاستبقوا الخيرات 
(berlumba2lah dalam melakukan kebaikan)



3 golongan yang wujud di akhirat nanti :

1. golongan kanan : Orang yang melakukan perintah dan meninggalkan larangan Allah s.w.t

2. sebahagian kecil dalam golongan kanan : Mereka sentiasa mendahului orang lain dalam perkara2 kebaikan. ( Mereka akan melakukannya tanpa menunggu orang lain melakukan terlebih dahulu, baru dia hendak melakukannya) 

3. golongan kiri : orang yang melanggar perintahnya, dan dimurkai oleh Allah s.w.t


Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :

ولِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[Surah al-Baqarah :148]

Monday, 7 January 2013

Oh My Son!

0 comments

Photo: ‎" Anak2 kecil adalah 'TABULA RASA' (ibarat kain putih), mereka memerlukan bimbingan,didikan dan pengawasan yang baik daripada kedua ibubapanya. Didiklah anak2 ini dengan keimanan, kecintaan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Kerana apa? Jika kau (ibu bapa) tiada lagi di muka bumi ini, mereka pasti mengingatimu dan mendoakan yang terbaik untukmu, Malah hidupnya mereka di muka bumi ini adalah semata2 mengharapkan bantuan, pertolongan dan redha Allah s.w.t. 

Bila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalan anak Adam itu, melainkan hanya 3 perkara yang masih berterusan pahala sampai kepada si mati itu iaitu :
1) Sedekah Jariahnya
2) Ilmu yang bermanfaat 
3) Doa dari anak yang soleh/ah

Sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a :
: كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ
 يُمَجِّسَانِهِ
Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Wahai Mujahid ayuh berjuang
Demi Islam Ad-Din yang tercinta
Agama kita dijunjung mulia
Hingga berada di puncak jaya

Rakan-rakan, kita berjuang
Dan berjihad di mana-mana
Demi mempertahankan kedaulatan
Kemuliaan nama dan maruah

Dalam diri janganlah ada
Sifat pengecut gerun dan gentar
Kerana Mujahid yang berjihad adalah
Tentera Allah wira pendekar

Selautan peluh dan darah
Tumpah ke bumi tidak mengapa
Kerana nanti ada ganjaran Allah
Syurga Firdaus aman dan bahagia‎

" Anak2 kecil adalah 'TABULA RASA' (ibarat kain putih), mereka memerlukan bimbingan,didikan dan pengawasan yang baik daripada kedua ibubapanya. Didiklah anak2 ini dengan keimanan, kecintaan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Kerana apa? Jika kau (ibu bapa) tiada lagi di muka bumi ini, mereka pasti mengingatimu dan mendoakan yang terbaik untukmu, Malah hidupnya mereka di muka bumi ini adalah semata2 mengharapkan bantuan, pertolongan dan redha Allah s.w.t. 

Bila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalan anak Adam itu, melainkan hanya 3 perkara yang masih berterusan pahala sampai kepada si mati itu iaitu :
1) Sedekah Jariahnya
2) Ilmu yang bermanfaat 
3) Doa dari anak yang soleh/ah

Sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a :
: كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ
 يُمَجِّسَانِهِ
Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Teringat lagu ketika zaman kanak2 dulu zaman tahun 90' an, lagu tentang semangat perjuangan. Lirik dan lagu ni memang best, tapi tak jumpa pula video clip lagu ni.. =_='

Wahai Mujahid ayuh berjuang
Demi Islam Ad-Din yang tercinta
Agama kita dijunjung mulia
Hingga berada di puncak jaya

Rakan-rakan, kita berjuang
Dan berjihad di mana-mana
Demi mempertahankan kedaulatan
Kemuliaan nama dan maruah

Dalam diri janganlah ada
Sifat pengecut gerun dan gentar
Kerana Mujahid yang berjihad adalah
Tentera Allah wira pendekar

Selautan peluh dan darah
Tumpah ke bumi tidak mengapa
Kerana nanti ada ganjaran Allah
Syurga Firdaus aman dan bahagia

Sunday, 6 January 2013

SimSimi dan PRU13!

0 comments

Assalamualaikum w.b.t  semoga semua pembaca dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dirahmati dan dikasihi oleh Allah s.w.t selalu. Perkongsian pada kali ini, mengenai cleverbot! Jom berborak bersama SimSimi. Jika rasa bosan, otak tepu dan terasa nak bersembang dengan seseorang, boleh la mencuba SimSimi! Kekadang ada juga soalan yang binatang ni tak balas, dan ada jawapan yang menyakitkan hati, serta putar alam. Itulah hakikat binatang ni, ini semua manusia punya kerja, apakah setting yang telah disetkan pada dia. Jika baik percakapan yang disetting, maka baiklah butir percakapan yang keluar, jika tidak memang mengecewakan. =_='.  

Seorang kawan pernah melontarkan isu PRU 13 dengan cleverbot ni,
Nona : sokong 'parti' mana?
Simi : UMNO
Nona : UMNO?
Simi : Naiklah harga minyak nanti.
Nona : Habis tu, kenapa sokong UMNO lagi?
Simi : Sebab dia dah lama berbakti dalam negara ni.
Nona : Sokong siapa sebenarnya ni?
Simi : PAS for ALL..
Nona : cakap belit la.
Simi : Aku sokong barisan la.


=_=' rupa2nya orang macam ni pun ada, bagilah peluang kepada Parti lain memerintah. Kita cuba tengok pula, ada perubahan ke arah yang lebih baik atau tidak. Parti sebelum ni dah pegang dan memerintah selama 55 tahun  negara Malaysia ni, lama tu bukannya sekejap. Tapi hukum Islam masih tak tertegak sepenuhnya, kebajikan rakyat masih lagi tidak terjaga sepenuhnya, Imej negara Islam masih tak terlihat lagi dalam diri pemimpin negara sendiri bersama isteri, hanya sekadar nama sahaja. Kita kena bagi peluang pada orang lain untuk memerintah. Cuma 5 tahun sahaja untuk satu sesi PRU13 kita kena lihat prestasi mereka macam mana. Jika nak dibandingkan dengan 55 tahun memerintah apalah sangat 5 tahun tu. Jangan risau jika pimpinan pemerintah sebelum ni punyai prestasi dan imej yang baik, pasti rakyat sokong lagi untuk memerintah negara semula. Bagi ruang dan peluang parti lain untuk memerintah, dan biarkan rakyat2 jelata melihat, meneliti dan menilai. Jika peluang ni tak diberikan inilah dinamakan tidak adil dan berat sebelah. Ini bukan ciri2 rakyat dan negara yang bergelar ISLAM. Mungkin juga ada yang mempertikaikan dan mempersoalkan mengenai kewangan sesuatu parti. Misalnya 'Macam Mana PAS nak memerintah, mereka mana ada duit'. Untuk makluman hadirin, sumber kewangan untuk kebajikan rakyat dan negara datangnya dari kerajaan. Bukan duit sesuatu parti! Barangsiapa yang memegang sesuatu tampuk pimpinan itu, maka perlulah dia menguruskan dengan adil dan bijaksana segala hasil kewangan negara. Hasil duit negara juga duit rakyat Malaysia sendiri!

* Hanya selingan sempena bahang PRU 13. Peace no war! Pilihan di tangan anda, anda yang memilihnya. Jom lakukan perubahan! Anak muda bisa menggoncangkan dunia, Anak muda pelapis negara.

Apa-apa pun, selamat mencuba.. :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...