" Perjuangan dan semangat yang wujud dalam diri tanpa sebarang matlamat yang hendak dicapai, pasti akan rebah dan terhenti dipertengahan jalan.. "
Setiap apa2pun yang kita lakukan dan perjuangkan perlulah mempunyai satu matlamat yang hendak dicapai, bukannya mengikut secara semberono dan mengikut secara membabi buta. Kekadang kita perlu menjadi seorang yang bersifat terbuka untuk mendengar hujah dan pandangan kedua2 pihak, agar diri kita dapat menilai mana satu yang mempunyai matlamat yang jelas dan hujah yang kukuh terhadap perjuangan yang diperjuangkan itu.
Sesuai dengan Firman Allah s.w.t :
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا
وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُو
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raaf :179)
Lapangkan Dada, Buka Mata, Terangkan Hati. Fikirkanlah yang mana satu hujah yang kukuh dan terbaik. Manusia dididik oleh Allah s.w.t untuk berfikir, melihat, mendengar dan menilai. Bukannya menerima bulat2 sesuatu perkara itu. Jika kita sudah melihat, mendengar, dan menilai tetapi masih tersilap langkah. Maka pohonlah kepadaNya agar menunjukkan kepada kita mana satu jalan yang lurus dan diredhai olehNya. Kerana petunjuk dari Allah s.w.t itu adalah petunjuk yang benar dan lagi tepat. Barangkali kita sudah merasakan apa yang kita lakukan itu mendapat redha Allah, namun rupa2nya masih jauh dari RedhaNya bahkan termasuk di dalam kemurkaanNya. Nauzubillahiminzalik!. Umur kita sudah meningkat usia, adakah tahap intelektual kita masih berada di takuk yang lama? Jika masih tiada peningkatan dan masih di dalam 'range' yang sama, Mari kita pertingkatkan ia. Alangkah indahnya intelektual kita seiring dengan peningkatan umur kita..
Dunia ini merupakan suatu permainan dan melalaikan, malah dunia juga menjadi tempat kita bercucuk tanam dan menuai hasilnya di akhirat nanti. Kita yang memilihnya, untuk terus berada dalam kelalaian atau mengambil peluang dan mencari ruang yang ada dan gunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengumpul saham di sana.
- Diskusi Ilmiah membina minda, mencambah idea, membentuk jiwa, bukannya taklid semata-mata -
:)
No comments:
Post a Comment