Pages

Saturday 23 July 2011

Pink of Health

0 comments



Assalamualaikum w.b.t
Semoga semua pembaca dan sahabat sekalian sihat sejahtera..
Topik kali ini adalah ' Pink of health'..
Sejahtera tubuh badan..
Islam itu sendiri adalah agama yang sejahtera, selamat, aman..
Islam menyentuh pelbagai aspek dlm kehidupan..
Islam juga valid sepanjang zaman, sesiapa shj dan di mana2..
adakah kita benar2 sayangkan diri kita?
sebenarnya kita masih tidak sayangkan diri kita,
kerana kita masih membenarkan dn membiarkan diri kita
memakan racun/ubat (dadah walau dalam dos yang dibenarkan) tp dadah tetap dadah, 
dn bahan kimia yang membinasakan dn merosakkan diri..

Thursday 7 July 2011

Some Creatures

2 comments

Assalamualaikum w.b.t.. hai kekawan semua.. kali ini saiedah hendak membawa anda semua menyelam untuk menikmati keindahan ciptaan Allah..macam2 jenis dan bentuk ikan yang dapat kita lihat nanti.. dan terdapat beberapa ragam di dalam nanti..
Bersedia semua.. kita akan berangkat dengan submarine dan pakaian menyelam (scuba diving)..

Submarine


or


or


Tenangkan fikiran, ucapkanlah pujian2 terhadap keindahan dan kebesaran ciptaanNya..
dengan lafaz Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah wa la haula wala quata illa billahi 'alliyu al-azdhim
Maka, bermulalah perjalanan kita..

Taufiq dan Hidayah

0 comments



Pengertian Taufiq Dan Hidayah
Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

" Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan 
hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!.."

Wallahua'lam..


p/s : http://www.faridrashidi.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...