Thursday, 14 March 2013

Oh Thesis! part3

0 comments


Assalamualaikum w.b.t  semoga semua pembaca sihat sejahtera. Sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog ni. Rindu sangat2 untuk berkongsi ilmu dalam ni. Tapi kekangan masa yang ada begitu mengekang sekali dan menghalang diri untuk berkongsi ilmu di sini. The Latest situation is 'Thesis Zone'  ya!, memang zon panas dan bahangnya memang terasa. Alhamdulillah progress tesis semakin baik, walaupun baru minggu ke 3 jumpa penyelia untuk sesi kali ni. Memang kabur tentang tesis ni, alhamdulillah sudah dapat pencerahan daripada kekaburan sebelum ni. Baki minggu pengajian hanya tinggal lwbih kurang 13 minggu lagi + final exam. Sebelum bergelar Graduated!  hehe. [Oh Thesis! - Part 1]

BAB demi BAB sedang menunggu giliran masing2 dan setia menanti. Tesis berkaitan kajian lapangan, jadi mesti kena turun ke lapangan. InsyaAllah, cuti mid sem ni memang kena settlekan borang soal selidik dan temu bual yang sempurna dari responden2. Baki tinggal lagi 2 minggu, untuk catch up BAB yang lain. 

Mula-mula rasa stress dengan tugasan Tesis ni, tapi lama-kelamaan stress hilang, manis dan seronok pula muncul. Mudah2an momentum perasaan bahagia ni berterusan sampai siap dengan sempurna dan jayanya! Amin. 

Semoga sahabat2 yang sama situasi dengan diri ini, mari sama2 kita mem'bahagia'kan diri dalam menyiapkan dan menjayakan thesis tercinta ini dengan baik!. Mudah2an dapat tamatkan pengajian dengan sempurna dan genap 3 tahun di bumi UKM tercinta ni. 

Pengalaman ber'tesis' memang menguji kekentalan jiwa/disiplin masa/pembacaan yang banyak dan pengalaman berinteraksi dengan penyelia. :)

".. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua .. "


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...