Assalamualaikum w.b.t semoga semua pembaca di bawah lembayung rahmatnya sentiasa.
Perkongsian pada hari ini, adalah mengenai 'THESIS'. As usual, bila final year akan dihantui dengan masalah tekanan proposal dan thesis, namun itu hanya aktiviti duniawi semata-mata, Nilai ilmu itu yang kita hendak, namun untuk mendapatkan nilai Ilmu yang terlalu mahal, maka adalah gerak kerja untuk mendapatkan nilai mahal itu. Apa-apa pun, setakat ni alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah mengabulkan doa ku, di atas submitnya tajuk proposal ku dan penyelia yang aku pohon..
Dalam doaku aku pinta padaNya, Ya Allah kau berikanlah tajuk thesis yang terbaik utk ku, dan penyelia yang terbaik yang dapat membimbing perjalanan thesis ku, maka Allah s.w.t telah mengabulkannya. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mendengar hajat dan permintaan dari hambanya. Apa yang penting adalah kesungguhan kita meminta padaNya dan ketulusan serta keikhlasan kita meminta padaNya, kerana kita ini hanyalah hambaNya yang hina serta banyak dosa.

Jika difikir secara logik akal, boleh ke aku dapat apa yang aku minta? Tapi itu hanyalah bicara dan monolog akal semata, kerana agama (syariat Islam) itu mengatasi fikiran rasional (akal) itu, apa yang tidak bisa difikir oleh akal, agamalah yang dapat menerangkannya. Kerana apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t itu tidak bisa disangkal dan apa yang disampaikan dan diucapkan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah wahyu yang diturunkan kepadaNya daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibril a.s.
Hehe. Nak jadikan cerita, tajuk thesis yang terpilih adalah tajuk yang diriku sendiri tidak confident (yakin) akan menjadi pilihan, namun itulah sebenarnya Kuasa Allah s.w.t, kita sangkakan ia tidak baik bagi kita, namun bagi Allah s.w.t itulah yang terbaik untuk kita.. Sememangnya nak dijadikan cerita, jika itulah yang Allah s.w.t aturkan maka yakinlah jalan untuk kita menuju apa yang kita pinta itu akan dipermudahkan, dan dibuka seluas-luasnya, yang tinggal adalah 'AFFORD' kita untuk mencapainya.
Untuk bertawakkal ke atas sesuatu mestilah ada usaha yang perlu dilakukan untuk bertawakal ke atasnya. Terdapat satu kisah sahabat yang hendak memasuki Baitullah dengan untanya, namun dihalang oleh Rasulullah s.a.w untuk membawa untanya masuk bersama dengannya kerana unta itu kotor. Namun begitu, untuk membiarkan untanya diluar kaabah, Rasulullah berpesan tambatlah untamu, lalu barulah engkau bertawakal atas penjagaan unta kepada Allah s.w.t. Cerita lanjut BAITULLAH Kisah ini berbincang mengenai konsep tawakal. Tawakal bukan penyerahan secara mutlak kpd Allah s.w.t semata-mata tanpa ada usaha yang dilakukan. Tawakal tanpa usaha itu adalah konsep tawakal yang salah. Penerangan lanjut mengenai tawakal TAWAKAL.

Maksudnya : " Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tidak ada daya
dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah s.w.t"
" May Allah Bless us, May Allah eases for our ibadah, taubat
amanah dan segala taklifan (tanggungjawab) yang perlu digalas dan dilaksanakan.. "
* Mulakan aktiviti harianmu dengan BASMALAH, dan doa ini
Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar,
No comments:
Post a Comment