Pages

Saturday 24 September 2011

JAMUAN RAYA KUFAH 2011/2012

0 comments



Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah wa syukurlillah a'la ni'matillah..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi..

Majlis Jamuan Raya KUFAH telah berjalan dengan lancar..
Pelbagai juadah telah tersedia..
Ramai ahli keluarga pensyarah yang hadir..
Pelajar PhD juga turut memeriahkan suasana membawa keluarganya
bersama-sama menikmati juadah yang enak-enak belaka..

Malam ini juga merupakan malam berlangsungnya beberapa acara di Dataran Gemilang UKM,
senior2 yang telah tamat pengajian turut hadir dalam JAMUAN RAYA ini..

Sesi fotografi juga turut diadakan,
Sesi fotografi begitu meriah sekali,
begitu banyak karenah dan gelagat masing-masing ketika
bergambar..

Semuanya terpahat dan tersemat dalam memori..
JAMUAN RAYA KUFAH SESI 2011/2012..

Ramai juga yang tidak dapat hadir dan turut serta,
disebabkan oleh kekangan masa dan pertindihan waktu jamuan
dengan aktiviti masing2..

Namun, segalanya tetap berjalan dengan lancar..

Wednesday 14 September 2011

Hukum Meninggalkan Solat

2 comments


Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya lebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
    Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi. Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
    Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
" SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN"
Wallahua'lam..
P/S: BICARA TENTANG SOLAT,KEFARDHUANNYA DAN HIKMAHNYA- SOLEH.NET

Bersin dan menguap dalam Islam

1 comments

Assalamualaikum w.r.t 
Semoga semua pembaca dan blogger sihat sentiasa,
agar dpt melaksanakan segala ibadah dn suruhanNya dengan mudah,
tenang dan lancar..
topik kali ini berkaitan dengan 'Bersin dan Menguap'..
Sememangnya fenomena ini tidak asing dalam kehidupan seharian kita..

Menguap dan bersin..
ketahuilah perkara ini juga terdapat dalam agama Islam jua..
kerana Islam itu lengkap dan menyeluruh dalam segala aspek,
bukan hanya dalam perkara yang berkaitan ibadah semata-mata..
Segala2nya adalah utk mengharapkan keredhaan Allah..

Setiap tindak tanduk kita adalah dalam pemerhatianNya sentiasa..
tidak ada yang bebas dari perhitunganNya, walau ia sekecil zarah..
kerana kita yang membuat pilihan di atas segala tindakan kita..


Walaupun segala-galanya telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t..ketahuilah bahawa takdir itu,
terdapat 2 jenis takdir iaitu takdir mubham dan mu'allaq
1. takdir mubram -takdir yang tidak mampu kita ubah walaupun kita telah berikhtiar kerana ia telah ditetapkan oleh Allah cthnya kelahiran, kematian, rezeki ..

2. takdir mu'allaq- merupakan ketentuan Allah bersesuaian dengan ikhtiar dan usaha manusia, walaubagaimanapun hasilnya tidak diketahui sebelum ia berlaku cthnya harta, taraf hidup, kejayaan hidup, tamak, berzina (kerana dia memilih utk jalan kejhtn dn kemaksiatan) dll..

'' Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada 5 (lima), menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin.''     (HR. al Bukhari dan Muslim, hadits no. 900 pada Tarjamah Riyadush Shalihin).

BERSIN
Sedangkan tata cara berbalas perkataan ketika seseorang yang sedang bersin, juga sudah diatur dalam sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib;
Dari Ali Radhiyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillah, dan hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya yarhamukallah. Apabila ia mengucapkan kepadanya yarhamukallah, hendaklah ia (orang yang bersin) mengucapkan yahdiikumullah wa yushlihu baalakum (ertinya = Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (Hadits Riwayat Bukhari.)

MENGUAP 
Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]

“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]

Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]


"BETAPA INDAHNYA ISLAM,
SEGALA PERKARA  TERDAPAT DI DALAMNYA"

-TERIMALAH ISLAM SELURUHNYA..
AL-ISLAM KAAFFAH..-

Wallahua'lam..

Saturday 10 September 2011

Malas sembahyang

0 comments

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Thursday 8 September 2011

Welcome Junior !!

0 comments

Assalamualaikum w.b.t
Semoga semua pembaca dan blogger sihat sejahtera..
Pejam celik, pejam celik..
Akhirnya sudah sampai masanya untuk
kembali ke U..
Fuhh!!!... selama berbulan2 cuti...
tamat sudah holiday yang dahsyat ni kan...
Selamat Datang kepada Junior2 baru...:)
Mmm..macam mana rasanya dapat junior baru ni kan...
mesti meriah.. jd senior la katakan...
Padahal umur junior ad yang lagi tua dari kita kan..

Apa2 pun...Setting ur mind, and setting ur intentions..
Mula je sem baru..
Assignment akan bermula.. discussion group rancak..
banyak program akan aktif..
dan bersengkang mata utk final exam...
inilah rutin di alam KAMPUS..
cewah...macam tak biasa pula...

Calculations...
calculate2... tambah tolak
bahagi darab... mm hutang ad tk?
Inilah lagi satu rutin mula sem baru...
Duit poket cukup tk?
Duit yuran subjek dh settle ke?
Duit yuran kolej naik harga ke tk?

Pusing2... duit yang ad mesti kena
budget cukup2..
memang kena catu makanan ni..
Yang perlu di UTAMAKAN,
Yang tak perlu di KEMUDIANKAN..

Haa..... cuba byngkan kita beljar 4/5 tahun..
Habis belajar je tk de duit, 
tak de kerja..tanam anggur byk2 di rumah..
sampai dh tak larat nk makan anggur tu...
apa kata tanam strawbery pula..
berseri2 je muka, hati berseri..
apa tidaknya..
Jom kita menabung/ buat pelaburan..
ataupun join bussiness ke..
Untuk ap?
Untuk simpanan wang masa depan..
Belajar2 juga.. fikirkan juga tabung kewangan utk masa
akan datang..

Penting ni!!... sebab itu bilangan penganggur bertambah..
lagi2.. permintaan kerja utk kos yang kita ambik tk de kosong..
'menganga' la jawabnya..

Moral of the topic : 
'Mari kita sama2 merancang utk masa depan'
Rancang Masa Depan dengan baik..
Rancanglah dengan baik dan tepat..
Rancang dengan cara dan jalan yang betul..
Jika hanya merancang dan tidak melaksanakannya..
tidak akan memberi apa2 kesan..

" BE THE BEST AMONG THE BEST..
IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...