Assalamualaikum w.r.t
Semoga semua pembaca dan blogger sihat sentiasa,
agar dpt melaksanakan segala ibadah dn suruhanNya dengan mudah,
tenang dan lancar..
tenang dan lancar..
topik kali ini berkaitan dengan 'Bersin dan Menguap'..
Sememangnya fenomena ini tidak asing dalam kehidupan seharian kita..
Menguap dan bersin..
ketahuilah perkara ini juga terdapat dalam agama Islam jua..
kerana Islam itu lengkap dan menyeluruh dalam segala aspek,
bukan hanya dalam perkara yang berkaitan ibadah semata-mata..
kerana Islam itu lengkap dan menyeluruh dalam segala aspek,
bukan hanya dalam perkara yang berkaitan ibadah semata-mata..
Segala2nya adalah utk mengharapkan keredhaan Allah..
Setiap tindak tanduk kita adalah dalam pemerhatianNya sentiasa..
tidak ada yang bebas dari perhitunganNya, walau ia sekecil zarah..
tidak ada yang bebas dari perhitunganNya, walau ia sekecil zarah..
kerana kita yang membuat pilihan di atas segala tindakan kita..
terdapat 2 jenis takdir iaitu takdir mubham dan mu'allaq
1. takdir mubram -takdir yang tidak mampu kita ubah walaupun kita telah berikhtiar kerana ia telah ditetapkan oleh Allah cthnya kelahiran, kematian, rezeki ..
2. takdir mu'allaq- merupakan ketentuan Allah bersesuaian dengan ikhtiar dan usaha manusia, walaubagaimanapun hasilnya tidak diketahui sebelum ia berlaku cthnya harta, taraf hidup, kejayaan hidup, tamak, berzina (kerana dia memilih utk jalan kejhtn dn kemaksiatan) dll..
'' Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada 5 (lima), menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin.'' (HR. al Bukhari dan Muslim, hadits no. 900 pada Tarjamah Riyadush Shalihin).
BERSIN
Sedangkan tata cara berbalas perkataan ketika seseorang yang sedang bersin, juga sudah diatur dalam sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib;
Sedangkan tata cara berbalas perkataan ketika seseorang yang sedang bersin, juga sudah diatur dalam sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib;
Dari Ali Radhiyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillah, dan hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya yarhamukallah. Apabila ia mengucapkan kepadanya yarhamukallah, hendaklah ia (orang yang bersin) mengucapkan yahdiikumullah wa yushlihu baalakum (ertinya = Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (Hadits Riwayat Bukhari.)
MENGUAP
Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”[Shahih Muslim, hadis no: 2995]
“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]
Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]
"BETAPA INDAHNYA ISLAM,
SEGALA PERKARA TERDAPAT DI DALAMNYA"
-TERIMALAH ISLAM SELURUHNYA..
AL-ISLAM KAAFFAH..-
Wallahua'lam..
1 comment:
ISLAM itu teramat lengkap. Maka rugilah bagi mereka yang tidak mengamalkannya (^_^)
Post a Comment