Pages

Sunday 29 September 2013

Rahsia Warna Baju

0 comments

- WARNA -


Rahsia Warna Baju/ Pakaian 
" Warna-warna yang terpamer bukan setakat mempamerkan kecantikan, tetapi ia mempunyai kualiti tersendiri. Ia turut memberi gambara kekuatan dan kelebihan seseorang dan personalitinya.. "
Personaliti suami terpamer melalui warna dirinya. Pemilihan sesuatu warna berkait rapat dengan kehendak diri yang mempunyai alasan tersendiri. Alasan-alasan inilah yang menggambarkan sifat seorang lelaki. Memahami dan memikat hati suami dengan solusi warna tidak perlu diambil secara mutlak seratus peratus sebagai satu fakta. Tetapi ia boleh dijadikan sumber rujukan yang membantu. 

Di dalam sebuah buku yang bertajuk The Complete Book of Colour karangan Suzy Chiazari beliau berkata, 

" Alam semula jadi dikurniakan dengan warna-warna untuk keperluan fizikal dan rohani kita. Ia menyumbangkan seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga yang penuh hikmah dan tidak boleh kurang dalam kehidupan seharian. Kita secara aktif atau pasif bertinfak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian. 

Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi pada warna. Kita sering memberi diri kita suatu rawatan warna dengan mendedahkan diri kita kepada warna tertentu di dalam rumah atau perkarangan rumah. Walaupun begitu, reaksi kita pada warna itu adalah secara tidak sedar, kita boleh menggunakan kuasa ini bagi memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan. 

Terdapat banyak cara bagi memperkenalkan warna ke dalam sistem kita. Dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, kita berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri, dan membebaskan tenaga kreatif kita untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja serta taman bunga.

Kita juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna bagi mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan hidup. "

* Ia adalah hasil kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya. 

Hubungan antara suami dan warna pilihan.


HITAM 

  • semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
  • Degil dan berdikari.
  • Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
  • Mewakili perbuatan tidak mengaku ataupun menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
  • Sentiasa ingin menolak daripada segala perlindungan yang kuat.
  • Dalam situasi yang tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan pada diri mengikut imej berkomunikasi. 

MERAH

  • Mendesak, mudah dirangsang dan lincah.
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi dan apabila menginginkan sesuatu dilakukan dengan pantas.
  • Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
  • Tidak peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
  • Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
  • Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak ataupun mencemaskan.
  • Mempunyai kelebihan yang dapat disalurkan bagi memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
  • Berani dan peramah, namun mudah marah jika tidak dapat memenuhi kehendak. Perlu belajar bersabar. 

PUTIH

  • Menggabungkan semua warna yang lain dalam spektrum. Mempunyai peribadi yang positif, matang dan optimistik. 
  • Gemar menyendiri. 
  • Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT

  • Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
  • Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
  • Teliti dalam teguran.
  • Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah.
  • Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
  • Inginkan suasana selamat dan mendamaikan.

BIRU GELAP

  • Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan tinggi serta mempunyai perasaan yang mendalam.
  • Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok membuat pilihan.
  • Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
  • Mudah terganggu dengan keadaan bising.
  • Pasangan yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif, bersimpati dan mudah dipergunakan. 

MERAH JAMBU

  • Bersikap penyayang, mencintai alam semulajadi.
  • Mudah bersimpati dan memahami.
  • Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
  • Sentiasa memerlukan sokongan dan dorongan orang lain.
  • Sedikit keanak-anakan.
  • Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN 

  • Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
  • Tidak sabar.
  • Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
  • Bersikap praktikal dan kreatif.
  • Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
  • Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU

  • Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayauai orang lain.
  • Sesuai dengan kehidupan yang damai sunyi.
  • Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain mengubah sikap.
  • Dengan berpakaian berwarna hijau kebiruan, sukakan persekitaran yang aman, keinginan bagi mendapatkan ketenangan, serta bebas daripada konflik ataupun ketidakpuasan hati.
  • Mudah sensitif. Ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING

  • Penuh minat dan perangsang.
  • Aktif dalam apa jua aktiviti.
  • Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
  • Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
  • Sentiasa menginginkan dan berharap bagi mencapai kegembiraan.
  • Idea dan pemikiran tinggi.
  • Sentiasa baru, moden dan mengalami perkembangan.
  • Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU 

  • Berkebolehan mengentahui sesuati melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
  • Berkeinginan mahu berjaya dalam semua bidang dan mahu melibatkan individu lain bersama.

PERANG

  • Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
  • Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
  • Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia hingga sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU

  • Tersendiri pendekatannya.
  • Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
  • Suka mengasingkan diri.
  • Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik. 

Info yang diperoleh dari buku yang bertajuk Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah terbitan PTS Millenia 2010 yang dikarang oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof.

Buku ini dilihat sebagai sebuah karya pertama penulis (Zamri Mohamad) yang membicarakan isu cinta, kasih sayang dan dunia sebelum dan selepas perkahwinan daripada kaca mata generasi lama dan baru. 

Serlahkan kehebatan cinta dan kekalkan kehangatan kasih dalam perkahwinan bagi mengabadikan kehidupan bersama yang disinari nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Banyak lagi, topik2x dan bab2x yang menarik dibincangkan dan dikupaskan dalam buku ini. 
Mari menambah ilmu dan pengetahuan, sebagai persediaan bagi yang belum berkahwin dan sebagai pengukuhan layar bahtera kepada sesiapa yang sudah berkahwin. Moga bermanfaat. 

Selamat membaca!

:) 

Saturday 21 September 2013

Entrepreneurship

0 comments

gambar hiasan

USAHAWAN 


Perkongsian antara ilmu yang diperoleh di dalam program Seminar Keusahawanan, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya perlu menekankan 4 aspek ini. 

1. Knowledge 
2. Attitude 
3. Skills
4. Habit 

Melalui ilmu/pengetahuan yang diperoleh, bila diamalkan akan membentuk suatu sikap. Bila diamalkan ilmu yang ada, maka ia menjadi satu nilai tambah sebagai skill dalam diri. Jika kitaran knowledge -> attitude -> skills terus berlangsung, kesannya akan lahirlah suatu habits seseorang itu dan kesannya kepada negara, jika setiap individu dan family melakukan kitaran lengkap ini akan terbentuklah suatu Culture. Jika tidak seimbang kitaran ini, maka tidak akan lahir usahawan yang berjaya, culture yang ada tidak membangun dan maju.

Ilmu yang lain pula, 
1. Orang (komunikasi) 
2. Barang 
3. Sokongan (pinjaman/dll) 

Untuk berniaga atau menjadi usahawan, 3 aspek ini penting. Jika tidak lengkap, maka tidak akan berjaya sesuatu perniagaan dan tidak boleh pergi lebih jauh. Misalnya, orang sudah bagus dalam menyebarkan kebaikan bussiness, barangnya juga memang bagus, tetapi tidak ada sokongan. Maka tidak boleh pergi jauh. Ataupun, orang bagus, sokongan mantap, tapi barang tak bagus, maka tidak akan pergi jauh juga. Manakala, sokongan sudah mantap, barang bagus, tapi PR (public relation) tidak pandai berkomunikasi dengan pelanggan pun tidak boleh jadi.

* Nabi Muhammad s.a.w seorang ahli perniagaan dan perdagangan yang berjaya. Dalam umurnya yang muda, sudah terlibat dalam aktiviti perdagangan bersama Saidatina Khadijah dan biasa mengikuti rombongan kabilah2x yang berdagang dari satu tempat ke tempat yang lain. Sikapnya sebagai seorang ahli perniagaan juga adalah jujur dan amanah, kerana itu baginda digelar 'Al-Amin' oleh masyarakat. 9 per 10 punca rezeki datangnya dari berniaga. Makan gaji hanya 1 per 10 punca rezeki. Berniaga banyak risiko, ya dan peluang juga banyak kerana itu 9 per 10 rezeki. Terpulang apakah bentuk perniagaan yang hendak dipasarkan, perlu ada 'passion' (semangat dan suka terhadap apa yang kita buat) baru kita enjoy. Walaupun penat, tapi berbaloi.


- USAHA- 

Untuk menjadi seorang usahawan, perlu ada 5 perkara ini daripada perkataan U.S.A.H.A

U : Usaha (perlu ada usaha) 
S : strategi ( dalam membuat keputusan, mencari lokasi, pemikiran, pemasaran)
A : Asset (perlu membina Asset : harta kewangan dan juga hartanah)
H : Hasil (perlulah ada outcome (untung) setiap apa yang kita buat)
A : Antarabangsa ( untuk menjadi usahawan, perlu ada minda antarabangsa. Dengan itu, kita akan dapat melangkah jauh kerana minda kita sudah ada hala tuju) .



Monday 16 September 2013

Decorate Iman!

0 comments


- Decoration - 

" Citarasa manusia itu sentiasa berubah-ubah. Pada asasnya, manusia itu memang suka akan kecantikan. Misalnya, susun atur meja study, ruang tamu, bilik tidur, penampilan dan lain-lain. Mereka sentiasa menginginkan semua yang dimiliki nampak teratur, kemas dan cantik. Sampai satu tahap, pasti akan jemu dengan sesuatu gaya/style. Seboleh2xnya, pasti akan ditukar dengan style yang lain agar nampak kelainan, tapi masih dalam keadaan yang cantik juga.. "

Iman dan amal, kekadang melakukan perkara yang sama dalam istilah style yang sama. Lama kelamaan akan merasai jemu dan bosan. Dengan itu, kita perlu kepada men'decorate' atau men'design' semula bentuk amal dan ibadah yang dilakukan agar mendapat nafas baru seterusnya dapat meningkatkan iman yang semakin mendatar/menurun kepada menaik dan lebih baik. 

Cara untuk men'design' kembali amal dan ibadah. Pertama sekali, kita perlu recheck dan setting niat kembali amal dan ibadah yang dilakukan. Kekadang kita melakukannya tanpa disertai 'jiwa' dalam pengamalannya dan tiada penghayatan. Kerana itu, ia seperti tidak mendatangkan rasa manis dan kesan baik yang memberi impak kepada diri dan peribadi. Selain itu, kita perlu mencari suasana2x yang dapat merangsang kembali jiwa yang semakin layu dan hampir mati. 


Marilah kita Memperbaharui Syahadah dan Iman.

Di akhir zaman ini,pelbagai kejadian syirik yang terlalu sukar dielak oleh orang Islam.Pengaruh dari suasana kehidupan,pergaulan,bacaan mahupun melalui perkataan serta lain-lain menyebabkn kita sentiasa terdedah kepada syirik atau riddah. 

Abu Hurairah berkata,bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
'Segeralah melakukan amal soleh (kebajikan), (sebabnya) nanti kamu akan berhadapan dengan fitnah besar bagaikan kegelapan malam yang sangat gelap gelita. Ketika itu seorang beriman pada waktu pagi akan (mudah) kafir pada waktu petang hari dan sebaliknya.(Kerana) mereka menukar agama dengan keuntungan duniawi yang sedikit.' 

(Riwayat Muslim) 

Oleh sebab itu kita diperintahkan SENTIASALAH memperbaharui Syahadah dan Iman setiap masa. 

Abu Hurairah berkata,Rasulullah SAW bersabda: 
'Sentiasalah kamu memperbaharuilah iman kamu. Rasulullah ditanya: 'Bagaimana memperbaharui iman Ya Rasulullah SAW? Jawab Baginda s.a.w: 'Perbanyakanlah mengucap LAILAHA ILLALLAH.'

(Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Keterangan
Dalam satu riwayat baginda bersabda, "Iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh.oleh iu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada ALLAH S.W.T supaya ALLLAH memperbaharui iman kamu.” Maksud iman menjadi lusuh ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar.

Oleh it, diterangkan dalam sebuah hadith bahawa apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah di hatinya suatu tanda hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda hitam itu lenyaplah, jika tidak maka tanda tersebut akan terus kekal. Apabila dia melakukan lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat. Sebagaimana ALLAH berfirman dalam surah al- Mutoffifiin.

Yang bermaksud:
“Sekali-kali tidak, sebenarnya apa-apa yang mereka usahakan menutup hati mereka.”
(Al-Mutaffifiin: ayat 14)

Kemudian keadaan hati itu berubah sama sekalisehingga perkataan-perkataan yang benar tidak lagi akan memberi kesan kepada hainya dan tidak lagi menyerap masuk ke dalam hatinya.

Diterangkan dalam sebuah hadith bahawa empat perkara yang akan merosakkan hati manusia ialah:
1. Berbahas dengan orang-orang jahil.
2. Melakukan banyak dosa.
3. Banyak bergaul dengan wanita yang bukan mahram
4. Sering duduk bersama-sama orang-orang yang mati. 
Baginda s.a.w ditanya, “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati?” 
jawab baginda, “Setiap orang kaya yang menjadi sombong kerana hartanya.”

- IMAN USANG dan LUSUH -

Sabda Rasulullah s.a.w : " Iman seseorang boleh menjadi usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya seperti pakaian. Maka kamu hendaklah memohon ke hadrat Allah supaya memperbaharui iman kamu yang ada dalam hatimu. ( Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)

Maksud memperbaharui iman ialah menilai dan menghidupkan kembali kefahaman dan amalan umat Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, kerana kefahaman dan amalan umat Islam boleh jadi terpesong daripada landasan Islam sehingga menuntut kepada pembaharuan kefahaman sebenar. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya jika seseorang Muslim berbuat dosa, maka akan terjadilah dalam hatinya satu titik hitam. Jika dia bertaubat dan meninggalkan perbuatan itu, maka bersihlah kembali hatinya itu. Sebaliknya, jika dia tidak bertaubat dan terus melakukan dosa, maka akan bertambahlah titik hitam itu sehingga tertutuplah hatinya. itulah al-ran yang disebut dalam al-Quran. 

( Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

* Deco 3x!..
Build up again our amal and iman to the better level. 
itu dan ini hendak kelihatan cantik, 
mengapa tidak kepada iman dan amal?

Cantik luar dan dalam, 
it's awesome!

:) 

sumber :
[1]http://halamanzaman.blogspot.com/2009/07/perbaharui-iman-dengan-ucapan-kalimah.html
[2]http://penyuluhjiwa.blogspot.com/2012/04/sentiasalah-memperbaharui-iman-kita.html

Layakkah ke syurga?

0 comments
- SYURGA -

A : Orang Islam tidak masuk dalam syurga.
B : Tidak!
A : Benar..
B : Banyak saja ayat-ayat suci yang mengisahkan tentang tawaran2x yang lumayan kepada kita dlm Quranul Karim.
A : Cuba teliti kembali, yang disebut2x di dalam firmanNya adalah orang yang beriman, bukannya wahai orang-orang Muslim.
B : * terdiam* berfikir. Benar kata awak. 
A : Islam semata tidak mencukupi syarat untuk mengimpikan syurgaNya, tetapi perlu kepada peringkat dan tahap beriman.
B : * mengangguk* setuju.

Orang Islam tidak menjadi penghuni syurga,
akan tetapi orang yang beriman yang akan menjadi penghuni syurga
dan kekal selama-lamanya di dalamnya. 

Di sini terdapat pencerahan dan huraian mengenai perbezaan Islam dan Iman. Orang Islam dan juga Orang yang beriman. 

Beza Islam dan Iman - Islam perlakuannya hanya pada lidah (zahir) manakala Iman perlakuannya dengan hati - percaya (batin). 
* Semakin kuat keyakinan, maka semakin terserlah perlakuannya secara zahir. Hingga ke tahap ikhlas dan taqwa. Muhsen? Orang yang sentiasa memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti.


Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin 

a) Perkataan Islam (إِسْلَام) merupakan Isim (Kata Nama) yang bermaksud "Agama Islam"(Religion of the muslims) atau "Agama yang benar" (الدِّينُ الحَنِيف). Orang yang menganut agama Islam dikata orang MUSLIM. Al-Syahrastani mengatakan bahawa 'Islam membawa erti patuh secara lahirnya, dan termasuklah didalamnya MUKMIN (Orang yang Beriman) dan MUNAFIQ (al-Milal wa Nihal, 1/40-41)..

(b) Perkataan Iman (إِيمان ) pula membawa erti percaya atau Tasdiq dan Iktikad (تَصْدِيقٌ واعْتِقاد).Orang yang beriman dikatakan MUKMIN. Menurut Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi Iman pada bahasa ialah 'percaya semata-mata'. Dari segi syara' pula ialah kata-kata dari kepercayaan yang khusus, iaitu percaya kepada Allah, malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-kitabnya, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar.

Dengan kata lain, seorang muslim (beragama Islam) terdiri dari mereka-mereka yang beriman dan juga tidak beriman (munafiq). Firman Allah swt :

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14]

Ayat diatas ini jelas menunjukkan perbezaan diantara Iman dan Islam. Tha'lab mengatakan bahawa :'Iman itu dengan hati, dan Islam itu dengan lidah" [Lisan Al-Arab, 1/142].

(b) Perkataan Taqwa (تَقْوَى) bermaksud 'Takut kepada Allah'. Ia berasal dari perkataan wiqaya (وقى) yang membawa erti 'perlindungan, mempertahankan diri'. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara' membawa erti : orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah swt dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah swt. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman. Firman Allah swt :

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5]

Hubung kait Iman dan Taqwa dapat kita lihat didalam ayat Al-Quran yang memerintahkan agar orang-orang BERIMAN menunaikan Puasa. Adalah diharapkan natijah daripada amalan puasa itu, seseorang itu akan mendapat TAQWA. Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183]

Boleh kita katakan bahawa buah Iman dan Amal yang dilakukan secara ikhlas kepada Allah swt akan melahirkan Taqwa. Seorang penulis pernah berkata : "Taqwa (piety) is the heavenly water of life, and a Muttaqi (pious) is the fortunate one who has found it. Only a few individuals have achieved the blessing of this attainment (Taqwa ibarat air penghidupan, dan Muttaqi (orang yang bertaqwa) adalah mereka yang beruntung menjumpainya. Hanya sedikit bilangan mereka yang mencapai kurniaan ini)". Perinkat Taqwa merupakan satu pencapaian yang tinggi didalam Islam. Firman Allah swt :-

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu" - [Al-Hujurat: 13]. 

Drs Sidi Ghazalba pernah membicara tahap-tahap keIslaman seseorang. Beliau membahagikan kepada 5 tahap :

1. Muslim - Orang Islam
2. Mukmin - Orang Yang BerIman
3. Muhsin - Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti
4. Mukhlis - Orang Yang Ikhlas didalam amalan-amalannya
5. Muttaqi - Orang yang mencapai maqam Taqwa.

Pendek kata , orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah, dengan izinnya akan memncapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa. Wallahua'lam.

Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya?

Merujuk kepada ayat diatas, Surah al-Hujurat : 14 bahawa orang Islam itu boleh terdiri dari orang yang beriman dan juga tidak beriman. Ibn Manzur mendefinisikan fasiq sebagai orang yang melakukan maksiat, tinggal perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Firman Allah swt :-

أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ 
"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." - [Surah al-Sajdah : 18]

Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama :

وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ 
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]  


Benarkah hanya menjadi orang Islam itu sudah cukup menjadi orang yang mulia di sisiNya? Orang yang beriMan kepadaNya itulah yang mempunyai tempat di sisiNya, malah orang yang bertaqwa dan orang yang ikhlas itu lebih2x lagi darjat dan martabatnya. 

Bertepatan dengan rujukan di dalam al-Quran mengenai Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Berdasarkan Firman Allah s.w.t : 

“ Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (Yaitu) surga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Surah Taha: 75-76)

FirmanNya lagi :

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka surga-surga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah As-Sajdah: 19)


Amalkanlah doa ini selepas solat.
InsyaAllah dimakbulkan olehNya, amin!
:) 


Kita semua layak untuk mengimpikan dan menginginkan masuk ke dalam syurgaNya,
selagi kita melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang. Jika kita sudah jauh dariNya, kita masih lagi punyai peluang untuk kembali bertaubat kepadaNya. Pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang bertaubat. Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, punya sifat Maha Pengasih dan Pengampun serta penerima taubat.

Dialah bapa segala kemurkaan, Dialah juga bapa segala kerahmatan.
Ya Rabbal Alamin, Ya Badi'assamawati wal ardh.
Kau ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah segala kejahilan dan kedegilan kami.

Kami hambamu yang lemah dan hina ini, terimalah taubat dan amalan kami ya Mujibul da'wat. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...