- SYURGA -
A : Orang Islam tidak masuk dalam syurga.
B : Tidak!
A : Benar..
B : Banyak saja ayat-ayat suci yang mengisahkan tentang tawaran2x yang lumayan kepada kita dlm Quranul Karim.
A : Cuba teliti kembali, yang disebut2x di dalam firmanNya adalah orang yang beriman, bukannya wahai orang-orang Muslim.
B : * terdiam* berfikir. Benar kata awak.
A : Islam semata tidak mencukupi syarat untuk mengimpikan syurgaNya, tetapi perlu kepada peringkat dan tahap beriman.
B : * mengangguk* setuju.
Orang Islam tidak menjadi penghuni syurga,
akan tetapi orang yang beriman yang akan menjadi penghuni syurga
dan kekal selama-lamanya di dalamnya.
Di sini terdapat pencerahan dan huraian mengenai perbezaan Islam dan Iman. Orang Islam dan juga Orang yang beriman.
Beza Islam dan Iman - Islam perlakuannya hanya pada lidah (zahir) manakala Iman perlakuannya dengan hati - percaya (batin).
* Semakin kuat keyakinan, maka semakin terserlah perlakuannya secara zahir. Hingga ke tahap ikhlas dan taqwa. Muhsen? Orang yang sentiasa memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti.
Ciri-ciri Muslim, Mukmin & Muttaqin
a) Perkataan Islam (إِسْلَام) merupakan Isim (Kata Nama) yang bermaksud "Agama Islam"(Religion of the muslims) atau "Agama yang benar" (الدِّينُ الحَنِيف). Orang yang menganut agama Islam dikata orang MUSLIM. Al-Syahrastani mengatakan bahawa 'Islam membawa erti patuh secara lahirnya, dan termasuklah didalamnya MUKMIN (Orang yang Beriman) dan MUNAFIQ (al-Milal wa Nihal, 1/40-41)..
(b) Perkataan Iman (إِيمان ) pula membawa erti percaya atau Tasdiq dan Iktikad (تَصْدِيقٌ واعْتِقاد).Orang yang beriman dikatakan MUKMIN. Menurut Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi Iman pada bahasa ialah 'percaya semata-mata'. Dari segi syara' pula ialah kata-kata dari kepercayaan yang khusus, iaitu percaya kepada Allah, malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-kitabnya, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar.
Dengan kata lain, seorang muslim (beragama Islam) terdiri dari mereka-mereka yang beriman dan juga tidak beriman (munafiq). Firman Allah swt :
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14]
Ayat diatas ini jelas menunjukkan perbezaan diantara Iman dan Islam. Tha'lab mengatakan bahawa :'Iman itu dengan hati, dan Islam itu dengan lidah" [Lisan Al-Arab, 1/142].
(b) Perkataan Taqwa (تَقْوَى) bermaksud 'Takut kepada Allah'. Ia berasal dari perkataan wiqaya (وقى) yang membawa erti 'perlindungan, mempertahankan diri'. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara' membawa erti : orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah swt dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah swt. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman. Firman Allah swt :
ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5]
Hubung kait Iman dan Taqwa dapat kita lihat didalam ayat Al-Quran yang memerintahkan agar orang-orang BERIMAN menunaikan Puasa. Adalah diharapkan natijah daripada amalan puasa itu, seseorang itu akan mendapat TAQWA. Firman Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183]
Boleh kita katakan bahawa buah Iman dan Amal yang dilakukan secara ikhlas kepada Allah swt akan melahirkan Taqwa. Seorang penulis pernah berkata : "Taqwa (piety) is the heavenly water of life, and a Muttaqi (pious) is the fortunate one who has found it. Only a few individuals have achieved the blessing of this attainment (Taqwa ibarat air penghidupan, dan Muttaqi (orang yang bertaqwa) adalah mereka yang beruntung menjumpainya. Hanya sedikit bilangan mereka yang mencapai kurniaan ini)". Perinkat Taqwa merupakan satu pencapaian yang tinggi didalam Islam. Firman Allah swt :-
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu" - [Al-Hujurat: 13].
Drs Sidi Ghazalba pernah membicara tahap-tahap keIslaman seseorang. Beliau membahagikan kepada 5 tahap :
1. Muslim - Orang Islam
2. Mukmin - Orang Yang BerIman
3. Muhsin - Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti
4. Mukhlis - Orang Yang Ikhlas didalam amalan-amalannya
5. Muttaqi - Orang yang mencapai maqam Taqwa.
Pendek kata , orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah, dengan izinnya akan memncapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa. Wallahua'lam.
Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya?
Merujuk kepada ayat diatas, Surah al-Hujurat : 14 bahawa orang Islam itu boleh terdiri dari orang yang beriman dan juga tidak beriman. Ibn Manzur mendefinisikan fasiq sebagai orang yang melakukan maksiat, tinggal perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Firman Allah swt :-
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ
"(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." - [Surah al-Sajdah : 18]
Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama :
Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama :
وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ
"Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20]
Benarkah hanya menjadi orang Islam itu sudah cukup menjadi orang yang mulia di sisiNya? Orang yang beriMan kepadaNya itulah yang mempunyai tempat di sisiNya, malah orang yang bertaqwa dan orang yang ikhlas itu lebih2x lagi darjat dan martabatnya.
Bertepatan dengan rujukan di dalam al-Quran mengenai Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Berdasarkan Firman Allah s.w.t :
“ Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (Yaitu) surga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Surah Taha: 75-76)
FirmanNya lagi :
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka surga-surga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah As-Sajdah: 19)
Amalkanlah doa ini selepas solat.
InsyaAllah dimakbulkan olehNya, amin!
:)
Kita semua layak untuk mengimpikan dan menginginkan masuk ke dalam syurgaNya,
selagi kita melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang. Jika kita sudah jauh dariNya, kita masih lagi punyai peluang untuk kembali bertaubat kepadaNya. Pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang bertaubat. Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, punya sifat Maha Pengasih dan Pengampun serta penerima taubat.
Dialah bapa segala kemurkaan, Dialah juga bapa segala kerahmatan.
Ya Rabbal Alamin, Ya Badi'assamawati wal ardh.
Kau ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah segala kejahilan dan kedegilan kami.
Kami hambamu yang lemah dan hina ini, terimalah taubat dan amalan kami ya Mujibul da'wat.
No comments:
Post a Comment