Wednesday, 23 March 2016

Episod 2 : Grandpa's mistery

0 comments




Mengapa atuk bermuram? Diam tanpa sebarang bicara?
Isteri atuk, dimanakah dia?


Isteri atuk juga tidak berapa sihat, parkinson katanya. Isteri pertamanya sudah lama meninggal dunia. Tetapi, atuk sudah punya isteri baru malahan Isteri atuk tinggal bersama anak tirinya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Nak harapkan anak-anak, masing-masing punya kehidupan tersendiri daripada yang atas sampai ke bawah. Jadinya, atuk dan nenek duduk berasingan. Atuk tetap begitu, diam tanpa sebarang kata. Cumanya, ada sekali sekala tersengih bila disapa cucu-cucu lain yang datang menziarahinya. Seperti biasa, tidak banyak berkata-kata. Diamnya tetap menjadi misteri. Terdapat salah seorang cucunya yang prihatin cuba mencungkil misteri diamnya namun masih belum berhasil. Isterinya merupakan orang kaya kampung, jadi anak tiri yang sibuk menjaganya. Manakala atuk tidak berharta cukup apa yang ada. Tiada peninggalan yang dapat diagih-agihkan untuk anak-anak. 

Mungkinkah dek kerana si atuk tidak berharta, anak-anak lain pandang sebelah mata? Manakala si nenek orang yang berharta, si anak tiri sibuk membela? Hmm semuanya hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui. 

Namun, perlu diingati tanggungjawab seorang anak itu terhadap bapanya adalah berbuat baik, memberi kebajikan kepadanya dan mentaatinya selagi mana ia masih hidup dan selamanya ia tetap bapa kita. Meski dia tidak berharta, itu bukan tiket bagi  seorang anak untuk mengabaikannya. Walauapapun alasannya, jenguklah mereka atau kirimkan sedikit wang atau hadiahkan mereka sesuatu, ini akan menggembirakan hati mereka. Bukannya wang yang mereka pinta, tetapi perkhabaran dan keprihatinan anak-anak itu yang membuatkan jiwa mereka bahagia dan rasa dihargai, disayangi. Tanpa redha mereka di dunia ini, tidak ke manalah kita. Ingat! berkaitan ketaatan dengan ibu bapa ni, akibat dan sebarang balasan Allah s.w.t akan bayar cash di dunia lagi, balasan yang Allah s.w.t hadirkan datang dalam pelbagai bentuk dan macam-macam boleh berlaku. Kekadang kita rasa sempit hidup, duit tidak berkat, jiwa resah atau sebagainya. Selagi mana ketaatan kepada mereka tidak menjurus ke arah maksiat dan kemurkaanNya, maka wajib si anak itu taat.  

Islam mengajar kita, agar menghormati ibu bapa, berbuat baik kepada mereka meskipun mereka agama lain. Hatta mereka itu bertukar menjadi haiwan dalam kisah-kisah teladan yang biasa kita dengar. Tanggungjawab seorang anak tidak pernah lepas selagi mana ibu bapa mereka masih bernyawa, hinggalah mereka menutup mata. Tugas sebagai anak masih tidak selesai. Kita perlu mendoakan mereka selalu serta menjadi anak yang soleh dan solehah sebagai permata hati mereka di dunia dan akhirat. (Episod 1)

Hmm.
Cuba kita bayangkan, jika hidup kita dibiarkan oleh anak sendiri.
Sadis sungguh!
Tergamaknya mereka. 


By Minah Sempoi 
12.19 PM, 22 mac 2016

Tuesday, 22 March 2016

Episod 1 : Grandpa

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum w.b.t

Perkongsian kisah rekaan di antara Cucu dan Si atuknya.
Semoga kita boleh mengambil iktibar darinya. Setiap episod menceritakan tentang perjalanan cerita yang berbeza-beza. 


Atuk yang dulu bukanlah atuk yang sekarang. Kehidupan atuk kini berbeza dari yang sebelumnya. Keceriaan dan kegembiraannya dulu seakan diragut oleh sesuatu. Diamnya menguasai diri, misteri kemurungan masih tidak terungkai lagi. Kehidupannya sepi dan sunyi setelah dia diambil dan dijaga oleh anaknya. Kehidupannya selama beberapa tahun itu sepi. Dirinya bagaikan terbiar dan tidak terurus. Atuk sseperti bangkai bernyawa dan hilang semangat untuk hidup, jiwanya tidak mempunyai sebarang impian atau harapan. 

Mengapa atuk begini? 
Hmm.

By Minah Sempoi
11.09 PM, 22 mac 2016



* Sebarang komen atau respon dari pembaca dan kaki blogger, 
amat dialukan bagi memeriahkan lagi perkongsian cerita ini."
:) 

Saturday, 20 February 2016

Pos Box : Sesat!

0 comments




" Eh! Tersilap lah.."


Bissmillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum pembuka bicara, semoga semua pembaca sentiasa sihat hendaknya.
Kekadang kita merasakan hidup yang dilalui hari-hari terasa sukar dan tiada nokhtah pengakhiran. Tapi, kekadang kita terlupa untuk muhasabah kembali mengapa kita jadi begitu. Bila kita cuba imbau dan kenang kembali, rupanya kita sudah tersasar dari matlamat asal. Kita terlupa bahawa kita ini adalah seorang hamba yang perlu selalu bergantung dan dekat denganNya. Natijah keresahan yang kita rasai sekarang merupakan kesan dan rentetan dari tindakan kita yang semakin jauh dariNya. Ya! kita perlu akuinya.

Hari ni saya ingin berkongsi satu Perkongsian ilmu, mengenai Pos Box dan NIAT bagaimanakah kaitan antara keduanya.
Jika salah alamat yang ditulis salah jugalah destinasi yang dituju. 

Hatta tersilap no poskod, lain pula tempat yang dituju. Ataupun alamat tidak lengkap atau nama tersilap, apa akan jadi? Surat yang diutus akan sampai ke tangan yang salah, atau silap2x surat tu terbiar atau terbengkalai. Jika benar-benar penting perkara yang diutus dalam surat tu, maka tak sampailah ia pada orang yang berkenaan. 

Begitu juga dengan NIAT, apakah niat kita dalam melakukan sesuatu. Jika niat utama kita melakukan sesuatu begini, begini. Maka, itulah yang mendorong kita dalam mencapainya. Begitulah hasilnya. Tetapi, jika NIAT utama tidak jelas, atau terpesong niatnya. Maka, itu juga yang bakal kita peroleh.

* Nauzubillahminzalik!*


Misalnya, mengenai belajar. Jika kita belajar semata-mata untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan. Maka, itu yang bakal kita peroleh. Berbeza pula dengan NIAT kita nak belajar untuk kefahaman diri dan peningkatan iman dan ketaqwaan padaNya dan nak sampaikan pula manfaat ilmu itu kepada orang lain, serta lulus dengan cemerlang. Itu juga bakal kita peroleh. Kerna JanjiNya, apa yang kita minta itu yang akan Dia perkenankan. 

Dan kerana itu jugalah, kita sentiasa diperingkatkan agar sentiasa meletakkan pengharapan dan tawakkal yang tinggi padaNya dan menyerahkan segala urusan kehidupan kita padaNya juga. Meski kita sudah berusaha sehabis mungkin, rencana dan cita-cita Dia lah yang mengatasi segala rencana dan cita-cita makhluk. Ini dapat dibuktikan dengan maksud doa dalam al-mathurat, yang berbunyi :

" .... Kurniakanlah naunganMu kepada kami, keluarga dan anak2 kami serta sesiapa2 sahaja yang bersama2 kami. Janganlah engkau, Ya Allah biarkan nasib kami ditentukan Oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari Itu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau Tuhan Yang memperkenankan segala permintaan." 

Kita perlu serahkan segala-galaNya kepada Dia kembali. Pernahkah kita rasa stuck dalam melakukan sesuatu? Jika kita cuba muhasabah kembali niat utama kita melakukannya itu, pasti kita tersedar " Oh, niat aku ni mungkin silap." " Oh, memang ini sebenarnya yang aku niatkan tapi sebenarnya aku tak nak macam ni, kalau boleh nak lebih baik lagi." dan ungkapan2x yang seumpama dengannya. 

Setelah kita recheck diri. Maka tidak hairanlah kita, kita sering diajar agar selalu memperbaharui NIAT. Ya! tajdid niat kembali untuk kembali ke dalam 'track yang betul. Serta mengharapkan agar Dia yang mendorong semuanya tanpa membiarkan kita terkapai-kapai dalam menentukan urusan kehidupan kita ini sendirian. 

Aduh! Terseksa rasa, jika Dia tidak meredhai satupun amalan kebaikan yang kita lakukan selama ini disebabkan oleh NIAT yang salah. Bagaimana rasanya, jika seseorang melempar kain buruk ke muka kita? Hmm. *speechless* 

NIAT betul,
NIAT tepat,

Jika tersilap atau tersasar 


TAJDID Niat.
*perbaharuinya selalu*


#NIAT
By,
Me
20 Feb 2016
3.37 PM
Rumah TerChenta



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...