Pages

Saturday 27 August 2011

SYAWAL MENJELMA

0 comments


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera kepada semua pembaca dn blogger sekalian..
Alhamdulillah sudah hampir ke garisan penamat kita di Bulan Ramadhan Yang Mulia ini
dn semakin dekat pula kita dengan gerbang yang baru, di mana Bulan Syawal pula y bakala menjelma,,
sudah hari ke-27 kita berpuasa..
Pencarian demi pencarian kita mencari Malam yang teristimewa itu, 
adakah kita sudah menemuinya?
Sudahkah kita memohon hajat dn keampunan sebyk2nya kepdNya?
Adakah puasa dn amal ibadah  kita selama ini diterima olehNya?
Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui..


Topik kita pada kali ini adalah "ukhuwah VS filem "
Memang tidak dinafikan bila Syawal bakal menjelma..
Rancangan dn filem juga turut rancak disiarkan di kaca2 tv,
Promosi yang di lakukan oleh pihak media memang hebat utk kita menonton
rancangan2 yang menarik yang telah disediakan..

Tetapi jangan dilupa..
Hari Raya ini adalah hari di mana kita menyambut kemenangan 
selama sebulan kita berpuasa, 
Hari raya juga menguji keimanan kita sama ada kita berlebih2an dalam meraikannya atau secara bersederhana(perbelanjaan) dalam meraikannya..
" Setahun ditabung, belanja sebulan"...

Hari raya ini juga menguji keimanan kita, sama ada kita mengutamakan Rancangan TV 
atau mengamalkan konsep ziarah-menziarahi sanak saudara dn jiran tetangga..
Malah di hari raya ini juga pasangan kekasih juga rancak 
dengan perancangan mereka..

"PELIHARA IMAN, MARUAH DIRI,DAN JUGA MARUAH IBU BAPA, 
LAKSANAKAN HUKUM HAKAM DAN PERINTAH ALLAH, 
AMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W
BUKAN SECARA BERMUSIM TETAPI SETIAP MASA DAN KETIKA "

Pasangan ini ketika di bulan Ramadhan mereka cuba mengawalnya..
Tetapi bila hilang "LAMPU MERAH" (bulan ramadhan)..
semua dilanggar,, walaupun "LAMPU KUNING" (AMARAN/ANCAMAN/BALASAN)
sudah dihadapan, mereka masih memecut
utk melepasinya dan tidak mengendahkan HUKUM HAKAM DAN PERINTAH ALLAH S.W.T..
Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas, selagi nyawa tidak diambil,
sebelum kiamat menjelma.. "

"Sesunggunya Allah menyukai orang2 yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri "

Ketahuilah sesungguhnya ziarah-menziarahi itu dituntut dalam ISLAM..
Ziarah adalah penghubung silaturrahim sesama kita..
Dengan ziarah kita dpt mengenali saudara mara yang jarang kita berjumpa..
Dengan ziarah kita dpt merapatkan ukhuwah bersama jiran tetangga yang lain,,
walau duduk dilorong/kawasan yang sama, kemungkinan tidak pernah 
bertegur sapa dek kerana sibuk sentiasa,
Dengan ziarah juga kita dapat melihat kehidupan saudara mara kita sendiri
yang hidup susah dan terdpt juga sanak saudara kita yang sudah uzur tetapi tinggal keseorang di rumahnya..
Mungkin juga terdapat Ibu bapa yang merayakan Hari RAYA yang mulia ini di rumah2 ORANG TUA, dengan harapan anaknya datang menemuinya..
sedih, pilu dan luluh hati ibu bapa kita jika anak2 tidak datang menemui mereka..

Dengan ziarah ini kita dapat membahagiakan orang lain,
kita dapat membantu mereka dari segi bantuan kewangan, barang keperluan asas 
dan juga mengisi kesunyian yang mereka alami..
Dengan membahagiakan orang lain, terdapat satu kepuasan yang wujud di hati kita..

"WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK, 
YOU GIVE MORE, YOU GET MORE"

Dengan ziarah juga dapat mendidik jiwa kita agr lebih menghargai orang tua kita dn juga diri
kita sendiri..
Dengan ziarah juga kita dpt menanam azam utk mengubah hidup menjadi lebih baik di hari tua dn masa hadapan nnt..(ketika melihat kemiskinan dn hidup susah yang mereka alami)
realiti y berada di depan mata menjadi motivasi dlm diri utk menjd lebih baik dn tidak menjd seperti mereka..
Dengan ziarah ini juga, jiwa dan hati kita sentiasa dlm keinsafan dan rendah diri serta bersyukur kpd Yang Maha Pencipta..sesungguhnya ada orang yang lebih susah dariku,

Amalan ziarah juga membolehkan :

yang jauh menjd dekat,
yang renggang menjd rapat,
yang bersengketa menjd damai.
yang susah menjd mudah

Seseorang Muslim itu tidak akan sempurna imannya, sekiranya dia tidak menghubungkan
silaturrahim sesama mereka..
Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA katanya: Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam"..
[ Hadis Riwayat al-Bukhari]


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA Y BAKAL MENJELMA..
PANDU SELAMAT JIWA SELAMAT..
JAGA KESELAMATAN, KESIHATAN DAN BARANG BERHARGA ANDA
BERHATI2 DI JALAN RAYA.."

MULAKAN MISI ANDA SETERUSNYA,

"PUASA ENAM KITA LAKSANAKAN..
PUASA GANTI DISEGERAKAN.."

Wallahua'lam..


Saksikan Suasana beraya di sana..

Tuesday 23 August 2011

KENCING MANIS

6 comments

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum pembuka bicara..
Semoga semua pembaca sihat sejahtera..


Sempena Bulan Ramadhan ini, perlu jaga segalanya, dr segala nafsu yang bisa meruntuhkan iman, dn
membatalkan puasa..


Disamping kita menjaga akhlak, dn IMAN jangan di lupa akan penjagaan KESIHATAN
ini kerana tanpa badan yang sihat, kita tidak dpt menjalankan ibadah kita dgn sempurna dan berjalan lancar..


Di sini saya hendak kongsikan TESTIMONI pesakit yang menghidap penyakit KENCING MANIS.. Pesakit ini merawat dengan Kaedah Perubatan Elektronik..




pertama kali datang jumpa saya,mengikut nasihat doktor hanya potong bawah lutut sahaja jalan penyelesaiannya" - kata Dr Hj Abdurrahman mengenai pesakit ini.


selepas 6 bulan mendapat rawatan intensif di klinik elektronik kapar


bulan ke 9 selepas mendapat rawatan intensif di klinik perubatan elektronik kapar
kita dapat saksikan bagaimana pesakit telah sembuh dengan izinnya.benarlah sabda nabi setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali tua dan maut. - Kata Dr Hj Abdurrahman Abdullah.

Untuk maklumat lanjut blh klik laman web dibawah
dan ketahui doktor yang bertugas..

Credited By: KLINIK PERUBATAN ELEKTRONIK

Doktor Anda : DOKTOR ANDA

Wednesday 3 August 2011

Ramadhan Kareem

0 comments

Assalamualaikum pembuka bicara, 
semoga semua sihat hendaknya,,
Musim Ramadhan datang menerpa 
mengetuk pintu setiap jiwa..

 Sambut kedatangan Ramadhan dgn sajak..
Sajak ke puisi ni..??
Mmm,, entahlah..
Tapi nak kongsi di sini..
Semoga terhibur dn memberi manfaat..




Ramadhan menjelma lagi,
adakah kita dpt bertemu dgnya lagi..
Ramadhan menguji diri,
Untuk menguji keimanan dn daya ketahanan diri..

Ramadhan bulan y mulia,
Ramadhan y menjd sebutan semua
Ramadhan bulan istimewa
semua pahala amalan berlipat ganda..

Ramadhan muncul kembali
Byk aktiviti ibadah disusuli,
bukan bermaksud yang lain dilupa,
tetapi ramadhan hebat dimata kita..

Tarawih sudah,
Tadarus sudah,
Qiyam? sudah?
Laitul qadar penyudahnya..

Lailatul qadar menjadi rebutan,
Siang dn malam dinanti2kan,
Sepuluh malam terakhir menjd sasaran,
agr tercapai apa yang dihajatkan..

Ramadhan Menjelma dn menghilang, 
Kita juga pergi dn pulang,
Amalan kita bertambah dn berkurang,
Segala amalan kita akan ditimbang..

Semoga kita dpt lakukan yang terbaik utk pembentukkan 
Rohani diri agr lebih kuat, dn mantap..
utk menjd INSAN YANG BERTAQWA..
Mari kita kerja ke arahNya,,

Memang bukan mudah,
memang payah,
dgn Usaha dn Tekad
Pasti dpt mencapainya!!..-saiedah..
InsyaAllah..

Wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...