Thursday, 25 October 2012

Accident!


Assalamualaikum w.b.t  semoga semua pembaca dalam keadaan sihat sentiasa.. Perkongsian pada hari ini mengenai "Accident!".. Semua orang ada pengalaman 'unexpected hit' masing-masing. Namun perkongsian kali ini adalah mengenai kecuaian. Tak pasal-pasal RM 855/= melayang macam tu je. Bayaran untuk baiki kerosakan yang berlaku. Hentam Divider jalan, absorber patah, tayar pecah, tiroid (tak pasti ejaan sebenar), mud guard terkopak.. Mantap! memang pergh la kan kelajuan confirm laju. 

Al kisah, biasanya memang tolong hantar kekawan di Hentian Kajang untuk naik bas express balik ke kampung halaman. Nak dijadikan cerita, Si A (nama kawan), beg kesayangan dia tertinggal katanya penting sangat barang-barang dalam tu. Baiknya hati ni, patah balik ke UKM nak pi ambil beg kesayangan si A.. Akibat nak kejar masa bas si A pukul 9.00 malam tu bertolak. Detik jam time tu 8.45 malam, memang pikir nak pecut je la. Alhamdulillah (musibah dariNya) dengan takdir Allah akibat cuai dan hebatnya diri ni, punya la nak laju, dah tak nampak jalan, dentam!! rupa2nya dah hentam divider jalan dekat kawasan petrol pam (Shell) . Dalam kepala masa tu dah tak fikir apa-apa, cuma pikir nyawa je sama ada selamat atau tidak, sebab ad lagi satu nyawa manusia dalam kereta ni, kalau nak mati biar tak menyusahkan orang akibat kecuaian sendiri. Nauzubillahiminzalik, hati ni tak kuat lagi dan belum bersedia nak dijemput ajalnya..

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 sehingga kini kami masih bernyawa lagi. Disebabkan oleh 'Kecuaian, Malang tak berbau'.. Tarikh Keramat 23 Oktober 2012, menjadi sejarah pekat dalam diri a.k.a tragedi Oktober di Final Year. Mudah2an diri ini akan lebih beringat, berhati-hati, tidak tergesa-gesa dan tergopoh-gapah. 

 "... لا تتعجل في الفعل ... "
" Cuai, membawa Padah!.. "

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...