Monday, 26 April 2010

Andai kamu menjadi "imamku" kelak




Entry kali ini sepenuhnya dari sahabat sekolah saya,,
saya rasa tersentuh bila kata2 nya tentang harapan dan doanya
kepada bakal jodohnya yang akan datang sangat tulus suci dan murni,,
saya telah meminta kebenaran darinya untuk menyiarkan entry ni,,
tuan empunya diri ini adalah seorang yang merendah diri,,
iaitu ct fatimah,,terima kasih imah,,=D
pesanannya adalah sampai2kanlah dan sebarkan kepada pembaca2 yang lain,,
saya kata insyaallah,,dengan semampunya
saya harap para pembaca entry ini,, lagi2 bagi para2 wanita/muslimah
terbuka hati dan jiwa yang kini masih buntu dalam pencarian,,hehe
ikuti entry kali ini dengan sepenuh perasaan,,


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau membazirkan perasaanmu  itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu dan juga jangan kita melampaui batasan yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu semata2 hanya mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bernilai andai aku dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.Bahkan aku amat bersyukur kepada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan menjadi peniup semangat juangmu, ku hulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu kau rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid. Akan ku keringkan darah yang mengalir dari lukamu dengan tanganku sendiri. Kerana Itu impianku.

Aku pasti menitiskan  airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu semata-mata hanya untukku. 
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insane. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga….

UNTUKMU RIJALKU....










Semoga Allah kuatkan hati kita dgn keimanan dan kasih syg..
Moga Allah menyatukan kite di dunia & akhirat...
amin ya rabbal alamin..


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"

tambahan dariku:Onion Head emoticon
jika kita meletakkan Allah adalah yang utama
dari segalanya
insyaallah segala urusan yang lain akan
dipermudahkan olehNya
yakinilah,,
kerana Allah telah menjanjikan
bahawa...
"sesiapa yang mempermudahkan urusannya dalam agamaku
aku akan permudahkan segala urusannya dalam
agamaku jua,,"
begitu jua dengan hal2 yang berkaitan dengan jiwa dan 
perasaan..
pohonlah dan pintalah
apa ciri yang hendak kita miliki
padaNya..
Insyaallah,,Allah akan memperkenankannya..

"pohonlah padaku nescaya akan aku perkenankan"

5 comments:

hiro said...

hee..membe2.

fara myra said...

best entry ni :)

Saiedah Syamielah said...

hiro-...=D


fara myra-ye ke,,saiedah pun rase best,,sebab tk ramai yang buat entry pasal jodoh cmni kan,,=D

imah said...

Syukran jazilan ya uhibbu sodiqati <3

Saiedah Syamielah said...

imah-a'fwan ya ukhti,,,=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...