sesekali hidup perlu meniti awan kelabu
dalam menongkah arus perjalanan panjang
kerana hidup penuh dengan tuntutan dan pengorbanan..
bila gerimis tak sudi menghampi mentari pun berlabuh,,
kerana janjiNya di ufuk timur tak mungkin mungkiri..
hidup ini bagai pelangi petang,,
tak bercahaya namun berseri..
dan hanya seketika cuma,,
kan pergi bila senja menyapa sepi..
dalam semua yang sementara kecuali dia Yang Maha Esa..
mana pun janji pada hati manusia bukannya satu yang pasti,,
hidup hanya sementara akhirat selamanya
beramal lah kita untuk ke sana..
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
2 comments:
pelangi.
mewarnai kehidupan org lain dgn warne2nye yg indah :)
betul tu,,begitu juga hidup kita berbagai2 warna dan berbagai2 juga cabaran dlm hidup...
Post a Comment