Bissmillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dunia!
Hehe
Dah lama rasa tidak berkongsi ilmu yang agak ilmiah.
Fasa pembelajaran di peringkat Master.
Seriously, pengakuan jujur.
Aku memang tidak faham,
Kenapa Dr OT (Othman Talib) menjadi sebutan dan buah mulut student Postgraduated.
Memang tak pandang langsung, *astaghfirullahalazhim*
Rupanya,
Bila baca perkongsian ilmu yang beliau curahkan dalam blog memang terkesan dan memberi kesan.
Ilmu yang disampaikan sempoi tetapi menusuk ke Qolbu!
>.<
Sudah semester 4, tapi masih LOST.
Alhamdulillah Allah gerakkan hati nak stalk blog Dr OT.
Tajuk ni 4 langkah sempoi kritis memang menarik perhatian,
Dalam kuliah Lecturer subjek Kaedah Penyelidikan mesti tekankan konsep penulisan kritis ni.
Fuh!
Memang x pandai, sedangkan melalui percakapan kita sentiasa amalkan konsep kritis ni.
Jadi, penerangan dan contoh yang Dr OT sampaikan memang superb!
- Ilmu Dr OT -
Ok, kak long nak kongsi sikit la petikan ilmu kritis tu di sini la. Hehe.
4 step yang dikongsikan, iaitu :
Read > Write > Rewrite > Revise1.Read: Anda kena baca artikel, analisis idea2 yang common
2. Write: Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian anda.
1. Read Pertama anda kena baca ler baca terus dari artikel, maybe terus dari Mendeley katakan anda baca 4 artikel yang relevan dgn kajian anda.
2. Write Mula menulis (katakan dalam zero draft) idea yang anda analisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah heading / sub-heading yang dah anda tentukan malah main idea ini boleh juga diperolehi dari abstract sebelum membaca dgn detail katakan 4 point / idea yang anda analisis adalah spt berikut: - pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (A, 2010) - pelajar seronok melalui proses pembelajaran dengan bahan multimedia (B, 2011) - PowerPoint dapat meningkatkan kualiti pengajaran (C, 2009) - animasi pengajaran meningkatkan afektif murid (D, 2011) Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di atas tidak consistence dgn setiap kajian menggunakan terminologi yang berbeza.
3. Rewrite: Ini adalah percubaan awal anda nak sintesis dgn merge idea / konsep / point yang common di atas dalam bentuk ayat anda sendiri. So anda sambung2 jer lah. Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan komputer mempunyai motivasi tinggi (A, 2010; B, 2011). Sementara itu guru sekolah yang sering menggunakan multimedia berupaya memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran (B, 2011; C,2009). Oleh itu pengajaran dan pembelajaran berasaskan persembahan multimedia mampu meransang domain afektif murid (D, 2011).
Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK CONSISTENT (kejap guna pelajar, kejap guna murid) dan TAK COHERENT (mula tulis pasal pengajaran then terus melompat ke domain afektif tanpa continuity yang jelas) dan apabila dibaca spt ringkasan dari petikan kajian lepas yang dicantum2kan begitu aja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal masih boleh diterima lagi tapi kalau dalam tesis memang patut kena lesing !
4. Revise – revise – revise (for synthesis) Kemudian dgn pemahaman anda yang makin baik, maklumlah semakin banyak anda membaca maka anda sepatutnya dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina paragraph dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea dan pemahaman anda sendiri. Kajian-kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran berasaskan komputer (A, 2010; B, 2011). Peningkatan motivasi dapat dijangkakan kerana aktiviti pengajaran berasaskan komputer membolehkan pelajar memahami pelbagai maklumat bukan sahaja dari bahan pengajaran guru tetapi juga dari bahan atas talian secara interaktif. Malah, aktiviti pengajaran berasaskan komputer menggunakan bahan persembahan multimedia hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video. Oleh itu aktiviti pengajaran berasaskan komputer dapat meransang semua deria pelajar, sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran guru (C, 2009) serta pembelajaran pelajar (B, 2011). Bahan persembahan multimedia dalam pengajaran berasaskan komputer ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (D, 2011) seperti minat dan sikap yang positif. Cer anda bandingkan 2 paragraph di atas, dan amati perbezaannya. Anda tak ubah maksud, point atau idea dalam petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat anda sendiri sambil menggunakan term yang konsisten dgn kajian anda sendiri. dan memasukkan "suara anda" dalam ayat tersebut sambil mengembangkannya, barulah kritis. Namun, anda masih boleh terus REVISE lagi paragraph tersebut dari masa kesemasa dan mungkin memasukkan idea baru yang disintesis dari artikel yang baru dibaca. Malah, anda boleh jadikan paragraph tersebut kepada dua paragraph baru, apabila menemui artikel yang membincangkan domain afektif.
Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri, anda bukan budak tadika dah buat master atau PhD, tulis jer ! - OT
Memang x menyesal baca blog beliau.
Cumanya, agak serabut sikit la feature blog beliau.
Tapi, peduli apa kan.
Ilmu dalam blog itu lebih bernilai dan dipandang.
Orait!
Semoga ketemu lagi,
Doakan saya ya pembaca semua!
Doakan kejayaan saya untuk habiskan Master dengan sabar, tabah dan jayanya!
Amin3x.
:)
Semoga Allah membalas beribu-ribu kebaikan dan memudahkan segala urusan kalian juga.
" Setiap kesulitan itu ada kemudahan "
26 Jan 2016
7.25 PM
Rumah Terchenta.
No comments:
Post a Comment