Pages

Monday, 13 August 2012

Taksub Hedonisme Vs Taksub Agama


Taksub Hedonisme Vs Taksub Agama..

Hedonisme??
Hedonisme menurut kamus dewan membawa maksud pegangan atau panduan hidup yang mementingkan keseronokkan atau kesenangan hidup. Justeru itu, secara ringkas dan mudahnya budaya hedonisme boleh disifatkan sebagai suatu budaya yang mementingkan keseronokkan (material) serta bersifat keterlaluan dalam mengejar hiburan yang bersifat duniawi semata – mata.

Taksub agama pula bagaimana?
Semuanya bermula apabila golongan hedonisme ini dilanda kesedaran yang membuak-buak dalam diri mereka, kesedaran yang terhasil oleh input agama hasil pembacaan, perbincangan ataupun kesan daripada masalah-masalah hidup yang menimpa diri masing-masing. 

Apabila fitrah ini dibelai atau mula mendapat pengisian, maka timbul satu kesedaran untuk mengubah keadaan. Timbul satu perbandingan antara diri, keadaan dan suasana yang idealistik dengan diri, keadaan suasana yang realistik. Kegopohan, keegoan dan kemarahan mula menyerlah. Di sinilah 'perangkap' taksub mula menganga!..

Sewajarnya kesedaran itu diiringi dengan proses pengisian ilmu yang konsisten, tulus dan harmoni. Malangnya, syaitan bijak menipu daya dengan menanamkan sifat gopoh gapah dan ingin cepat berubah dan mengubah. Mereka berasa sudah penuh dan cukup bersedia. Penyakit ini kadangkala lebih berbahaya daripada  kekosongan ilmu yang total kerana jika mereka terasa kosong, mereka akan mengisinya. Tetapi jika sebaliknya  mereka baru 'separuh' terisi sedangkan mereka menyangka mereka telah pun 'penuh' terisi. Ini akan menyebabkan mereka berhenti menambah ilmu daripada pelbagai sumber dan ulama.

Mereka tidak dapat melihat agama daripada sumber yang kulliyyah (meyeluruh) tetapi terbatas kepada sumber yang juz'iyyah (serpihan) serta membatasi sumber rujukan. Ya, mereka telah berjaya melihat Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh, tetapi mereka tidak dapat melihat Islam yang menyeluruh itu daripada sumber yang menyeluruh. 

Apakah pencarian ini akan terus dieksploitasi oleh syaitan daripada kalangan jin dan manusia untuk membawa manusia moden ke arah taksub - satu kesesatan jenama agama sebagai gandingan (atau saingan) kesesatan berjenama hedonisme? - Solusi No 33 


Kesimpulannya :
1. Kekadang ketaksuban memakan diri.
2. Setiap pegangan perlu ada asas, dan hujah yang relevan dan kukuh. Bukannya taklid (mengikut) membuta tuli.
3. Jangan menolak sumber utama yang menjadi sandaran dalam hidup ini iaitu Al-Quran dan sunnah. 
4. Ulama' menjadi tempat rujukan dan bimbingan umat. 
Tetapi ulama' su' menjadi pemusnah umat, perosak agama, serta mementingkan kepentingan diri  dan perut sendiri sahaja.
5. Jangan pernah merasa cukup dengan ilmu yang sedia ada, semakin kita berasa cukup, semakin jahil diri kita. Ilmu Allah s.w.t itu sangat luas.
6. Setiap kemusykilan yang ada perlu diselesaikan dan dileraikan. Jangan disimpan!

Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...