Astaghfirullahal'azim.............................. 3x
Banyaknya dosa ku Ya Allah..
Hari demi hari, detik demi detik..
Banyaknya dosa ku Ya Allah..
Hari demi hari, detik demi detik..
segalanya berlalu bagaikan tiada apa yang berlaku..
Setiap hari yang dilalui seperti rasa tiada erti,
entah mengapa aku rasakan begitu,,
mungkin kerana aku telah jauh dari-Nya,
Sudah lama aku tidak bersama-Nya di malam hari..
aku cuma memikirkan tentang diri ku saja,
Tapi aku telah lupa akan pencipta ku..
Aku tidak sekali2 melihat ke bawah,
Namun bila aku sudah berada di bawah,
Baru ku mengerti betapa tingginya berada di awangan..
Ini yang menyebabkan aku alpa, leka dan lalai,
Sesungguhnya, sejujurnya aku rindu pada Mu
Ya Allah!...
Aku amat merindui kemanisan imanmu,,
Aku amat rindui untuk mengadu semahu-mahunya kepada Mu,
Aku amat rindu akan rasa ketenangan dalam hati..
Aku amat rindu akan rasa syahdu bila mengenangkan kekuasaanMu..
Aku amat rindu untuk mengalir air mataku semahu-mahunya bila membuat pengakuan
akan kesalahanku padaMu,
Ya Allah,
Betapa lemah dan hinanya diri ini,
Ya Allah,
Betapa jahilnya hamba mu ini,
walaupun sudah berada di tahap yang tinggi dalam menuntut ilmuMu,
Namun aku masih tidak punya apa-apa,
Aku rasakan seperti aku tidak pernah belajar di muka bumi ini,
Ya Allah,
aku amat merinduimu Ya Zaljalaliwal Ikram..
Entah mengapa aku merasa diriku kosong,
walau aku cuba untuk mengisi hatiku,
Namun kekosongan itu masih terasa..
Ku rasakan seperti satu kelompongan dan kekurangan yang amat ketara dalam hatiku
Aku merasakan seperti tidak ada arah tuju untuk aku terus hidup di atas muka bumi ini,
kerana Aku tidak merasa nikmat iman itu,
betapa ruginya aku, nikmat iman itu amat samar-samar dari lubuk hatiku untuk aku merasainya..
Allah!!,, mengapa diriku kini terasa amat 'down' sekali..
Aku tidak tahu Ya Allah!...
Kau tenangkanlah kembali hati hambaMu ini,
Kau berikanlah hidayahMu kepadaku,
Kau berikanlah kembali rasa nikmat kemanisan ImanMu Ya Rabbul Izzati..
Aku seperti hilang arah, jika aku tidak dapat bimbingan dan pengawasan dariMu ..
Ya Allah jangan kau biarkan hambaMu mentadbir diri ini sendiri walau sesaat..
Ya Allah janganlah engkau biarkan nasib kami, ditentukan oleh kami sendiri
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..
Ya Allah jangan kau biarkan hambaMu mentadbir diri ini sendiri walau sesaat..
Ya Allah janganlah engkau biarkan nasib kami, ditentukan oleh kami sendiri
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..
Aku takut Ya Allah,
Jika aku kekal dalam kegelapan dan kesengsaraan ini,
Aku takut Ya Allah,
Jika aku tidak beroleh peluang yang kedua,
Aku takut Ya Allah,
Jika Aku masih tiada perubahan..
Aku takut Ya Allah,
Jika sisa2 hidupku yang terakhir,
bukan berada dalam husnul khatimah..
Kau jauhkanlah aku dariNya..
Doa al-Ma'thurat.. (amalkan selepas subuh dan selepas asar)
"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basahmengingati dan menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah)..
* semoga diri ini diberi kekuatan untuk terus bangkit dan meraih kembali kemanisan imanMu..
No comments:
Post a Comment