Pages

Sunday, 2 October 2011

Khidmat komuniti 2011



KHIDMAT KOMUNITI, TANGKAK JOHOR



Assalamualaikum w.b.t
Semoga semua pembaca dalam keadaan yang dirahmati dan
 mendapat keberkatan dr Allah selalu..

Pengalaman berkhidmat kpd Masyarakat di Tangkak, Johor..
merupakan pengalaman yang pertama kali dalam hidup..

Membantu membersihkan laman, rumah dan sekitar kawasan rumah orang kampung
adalah sangat menyeronokkan,.
setelah lama tidak pulang ke kampung..
suasana ini dapat dirasai...

walaubagaimanapun... penat itu sudah semestinya wujud
hidangan yang disediakan kepada kami..
dpt menghilngkan dn melegakan penat lelah kami...
hehe... macam la teruk sgt bekerja..

Mudah2an dapat berkhidmat lagi kepada masyarakat yang lain juga di lain waktu..
Ingat!!!.. yang utama adalah mengutamakan ahli keluarga dan kerabat..
sekiranya mereka mmerlukan bantuan atau kewangan..
kita harus mendahulukan mereka..
adik beradik dan ibu bapa juga termasuk di dalam kalangan ahli kerabat dn ahli terdekat
dengan kita..


Nabi SAW menunjukkan contoh teladan membina kerukunan hidup berjiran termasuk mengambil berat dan hidup rukun bersama jiran tetangga.

Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui Abu Zar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata: “Wahai Abu Zar , jika kamu memasak perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu dengan baik.”
Islam menekankan hubungan baik sesama tetangga demi melahirkan suatu kehidupan dalam masyarakat yang harmoni. Mungkin barang yang kita sedekah atau berikan kepada jiran tidak seberapa tetapi nilai ganjaran pahala di sisi Allah sangatlah besar.
Di samping itu, pemberian seumpama itu juga akan mencetuskan nilai kasih sayang sesama manusia. Jibril selalu berpesan kepada Nabi SAW mengenai jiran dan tidak sempurna status iman seseorang seandainya tidak berbuat baik terhadap jiran.
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)
Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni.
Perubahan zaman menyebabkan masyarakat khususnya yang tinggal di bandar kurang berinteraksi dengan jiran. Kesibukan kerja dengan waktu tidak menentu mendorong melakukan hal masing-masing.





Hak Jiran tetangga ada 3 kategori:
Hak seorang bukan muslim : mereka mendapat  1 hak,
iaitu hak sebagai Jiran. kita harus bertegur sapa dan bermesra dgn mereka..

Hak seorang Muslim: mereka mempunyai 2 hak,
iaitu hak sebagai jiran dan hak saudara se Islam. Kita harus melayani mereka dn mewujudkan sifat mahabah di antara kita..

Hak seorang kerabat : mereka mempunyai 3 hak,
iaitu sebagai jiran, saudara seIslam, dn seorang kerabat
kita harus melayani mereka, wujudkn mahabbah di antara kita dn mengutamakan mereka dahulu di dalam semua aspek. cthnya sedekah, jika kerabat kita ad yang memerlukan kita perlu sumbangkn kepada mereka terdahulu..

..JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT..
..MAHABBAH TERJALIN UKHUWAH TERBINA..

"ORANG MUKMIN YANG BERIMAN KEPADA 
ALLAH DAN HARI AKHIRAT
ADALAH ORANG YANG MENJAGA 
HAK2 KEJIRANANNYA.."

please see this :
dan kupasan lebih lanjut :



Wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...