Pages

Friday, 3 February 2012

Shoot.. Shoot more..


Assalamualaikum,, semoga para pembaca dan sahabat blogger tegar,, sentiasa dalam rahmat Nya sentiasa.. sudah lama tak updated blog tercinta ni...Seronok rasa di hati untuk kongsikan info yang simple, tp penuh bermakna.. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan semangat baru untuk anda semua... zass... :)


Let's shoot something dari bulatan gembira tadi.

I. Dakwah itu tidak tertegak atas semangat semata-mata. Bahtera itu tetap akan terus belayar walaupun tanpa semangat. Orang lain masih terus melangkah. Nak kena tinggal?

II. Dalam satu kisah seorang tokoh yang sepatutnya memberi syarahan utama tapi dia turut serta datang awal dan membuat persiapan dewan, menyusun kerusi dan sebagainya. Bila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian, jawapannya mudah,

"Aku tak tahu amal yang manakah akan diterima Allah"
 
Shoot. Tepuk dahi sendiri.

III. Anda islam? Islam pada kad pengenalan sudah cukup?

Islam itu perlu menyeluruh. islam pada fikiran dan akidah. Islam kah cara pemikiran kita? Islam juga perlu pada akhlak. Nama islam tapi akhlak islamnya di mana? Belajar di sekolah dan ditinggalkan celah-celah buku teks? Juga semestinya islam pada perasaan. Seterusnya pasti islam pada amalan dan tingkah laku. Kalau cara cakap serupa yang bukan islam. Errr. Itu susah dik.

Islam itu bermula dengan seorang pemuda. Seterusnya membentuk keluarga. Pastinya individu seorang wanita  yang diperlukan bagi membentuk keluarga muslim sangat memerlukan individu wanita muslim yang sama hebat seperti pemuda yang tadi. Maka, pembentukan seorang wanita muslim tidak seharusnya pernah dipandang mudah. Tugas membentuk keluarga itu terletak pada keduanya.

Isteri bukanlah setakat tukang cuci baju, tukang masak, tukang kemas rumah. Itu semua kerja bibik. Jadi untuk mengangkat martabat seorang isteri tidak bermakna perlu menggaji bibik tetapi turut sama terlibat dalam mendidik, menanam nilai rabbani dalam sebuah rumah tangga.

Errr. Tugas isteri.

Mencungkil nilai khalifah. Merangsang jiwa hamba. Menyemai benih amal soleh. Menyubur iman dan taqwa. Qudwah hasanah pasti posisi paling mustahak. Sabarnya dalam menyusur laluan hidup berumah tangga, dalam mendidik jiwa-jiwa muda khalifah.

Errr. Tak punya pengalaman lagi. Naqibah dah memandai masuk bab BM.

Shoot. yang jelas, islam itu harus pada semua aspek hidup.

IV. Shoot. Banyak lagi. Tapi tak berjaya dihurai strukturnya. Heh. Masalah hati? Astaghfirullah. Mungkin banyak ayat-ayat akademik untuk assignment bersusun dalam otak.

Errr. Atau mungkin sebenarnya semakin kita banyak membuka mata hati semakin banyak yang dapat ditafsirkan. Semakin banyak yang terasa di hati. Seperti tadi budak comel yang bergenang air mata memikirkan nikmat tuhan bila banyak mentadabbur ayat, melihat bukti kekuasaan-Nya. Bergenang di sepanjang bulatan gembira berjalan.

Juga terasa ada rasa suam hangat menyinggah.

Allah hadirkan ujian untuk menguji dan merindui hamba-Nya.Bila diuji apa langkah pertama kita?

Demam. Mana pandol?Sakit perut. Mana minyak?Highest result. Yeahh.

Allah letak mana?

Sakit. istighfar selawat dulu. tenang hati. telan and sapu ubat pelan-pelan.Dapat nikmat. ucap syukur. kurniaan Dia.

Allah letak depan dulu.

Moga Allah redha.

References : http://mutaiyam.blogspot.com/ .. :) tq.
from my lovely friends.. 

2 comments:

Mukhlisah said...

betul2..ct sebenarnya selalu fikir..hati ct bersih ke tidak?warna apakah selama ct hidup ni?berapa bintik noda hitam?besar ke kecil?bolehkah ia dihapus kan??

talk is easy than done..ct kadang2 rasa ct antara manusia paling lemah iman..

ct xnak menjadi salah seorang penyaksi hari kiamat..mase tu semua orang yang xberiman je tinggal..xnak jadi orang yang tertinggal tu=="..nauzubillah:(

SaEidah SyamIelah said...

Betul tu,,
semua tidak mengimpikan diri
tergolong dalam golongan yang tertinggal tu,
Iman manusia ad naik dan turunnya..

Dan Allah itu Maha Penerima Taubat..
Walau sebesar mana dosa yang kita lakukan,, maka kita tetap ad peluang utk bertaubat,, kecuali bila mata tertutup buat selamanya...

semoga kita sentiasa Ingt selalu padaNya.. ketika susah mahupun senang,,
Bila senang, kita sujud syukur selalu..
Bila susah, kita mohon rahmat drNya dn pohon taubat ats sgala dosa y dilakukan,, :)

Perbaiki dan tingkatkan prestasi diri selalu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...