" kekadang sesuatu perancangan tidak disusuli dengan tindakan,
kekadang tindakan dibuat tanpa perancangan..
yang terbaik adalah perlu ada perancangan dan tindakan..
kekadang sesuatu perancangan yang dibuat utk jangka masa yang panjang,
tetapi terpaksa dipercepatkan,
kekadang sesuatu perancangan untuk jangka masa yang pendek telah dibuat,
tapi terpaksa dipanjangkan (ditangguh/dilambatkan)...
Semuanya yang kita lakukan sudah siap dalam perancangan,
tetapi perlaksanaannya terlaksana atau tidak?
Allah yang Maha Berkuasa dan Berkehendak ke atas sesuatu
yang dikehendaki atau tidak dikehendaki..Kerana Dia Maha Mengetahui.."
kekadang tindakan dibuat tanpa perancangan..
yang terbaik adalah perlu ada perancangan dan tindakan..
kekadang sesuatu perancangan yang dibuat utk jangka masa yang panjang,
tetapi terpaksa dipercepatkan,
kekadang sesuatu perancangan untuk jangka masa yang pendek telah dibuat,
tapi terpaksa dipanjangkan (ditangguh/dilambatkan)...
Semuanya yang kita lakukan sudah siap dalam perancangan,
tetapi perlaksanaannya terlaksana atau tidak?
Allah yang Maha Berkuasa dan Berkehendak ke atas sesuatu
yang dikehendaki atau tidak dikehendaki..Kerana Dia Maha Mengetahui.."
Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu
usaha mu tidak menentu,
jika kau fikirkan kekalahan
kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
terkandung dalam pemikiran
berfikir boleh melakukan
fikirkan boleh!!..
Kau boleh...
# tugasan yang diberi kekadang terlalu banyak dalam satu masa menyebabkan kita stress..
#segala masalah yang kita hadapi, perlu ditangani dan diurus dalam keadaan yang tenang dan berfikir dengan waras.. agar masalah yang di hadapi dapat diselesaikan dgn sempurna.
# Kekadang juga kita sendiri yang menjadi punca utama diri kita stress..kerana memiliki sikap bertangguh dan tidak sistematik terhdp tugasan dan pengurusan diri kita sendiri... bila sesuatu kerja dan tugasan itu sudah bertambah, bertimbun dan berlambak, baru mahu menyelesaikannya..
Maka mulalah nak pening2 nak stress nak termuntah..dan seumpamanya..
TIPS :
1. Hadapi segalanya dengan tenang dan berfikir dengan bijak dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah..
2. Amalakan sikap bersedia di awal waktu, dengan persediaan awal maka tidak akn berlaku kekalutan dan kekabutan ..
'' Bersama2 berubah ke arah kecemerlangan HIDUP di dunia dan akhirat"...
Matlamat hidup seorang Insan :-
1. mengabdikan diri kepada Allah - iaitu menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan larangannya.
2. Menjadi Khalifah Allah - iaitu mengajak orang ke arah kebaikan, dan menegah orang dari melakukan kemungkaran.. amar ma'ruf dan nahi mungkar harus seiring.. tidak boleh hanya mengajak berbuat baik sahaja, tanpa menegah/ menghalang orang melakukan kemungkaran..
3. Menjadi Mukmin yang bertaqwa - banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada keluarga, masyarakat dan agamanya..
Dengan melengkapi ketiga2 ini maka akan terbentuk
"INSAN YANG CEMERLANG di DUNIA dan AKHIRAT.."
PULAU HARAPAN - PULAU IMPIAN
Di hari permulaan
suatu pertemuan
merancang pelayaran
di sulam keazaman
berbekal kecekalan dan impian
mengemudi bahtera
merentasi samudera
mengejar cita – cita
satu hasrat terpendam
seiring pengorbanan dan harapan
walau ribut ..walau badai yang melanda
kami harungi dengan tabah dan rela
ini semua sudah suratan ilahi
hadapi dengan sepenuh kenyataan
biar..apa pun dugaan kita...
jadikan panduan
agar tidak karam dipertengahan pelayaran
semoga dapat diteruskan perjuangan
berarak kabus pagi..
terserlah sinar suci
keringat yang tercurah terbalas sudah...
walau ribut ..walau badai yang melanda
kami harungi dengan tabah dan rela
ini semua sudah suratan ilahi hadapi dengan
sepenuh kenyataan..
biar..apa pun dugaan
kita... jadikan panduan
agar tidak karam dipertengahan pelayaran
semoga dapat diteruskan perjuangan
berarak kabus pagi..terserlah sinar suci
keringat yang tercurah terbalas sudah...
melangkah ke akhiran pulau harapan..
2 comments:
mohon share... :3
silakan... :)
Post a Comment